Malu dengan kulit jeragat anda?
Jangan risau lagi. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda 5 tips cara hilangkan jeragat yang berkesan.
Tips yang kami kongsi merangkumi kesemua jenis jeragat iaitu jeragat sejak lahir, akibat dedahan sinar matahari serta juga yang berpunca daripada perubahan hormon.
5 Tips Hilangkan Jeragat
1. Kerap Menyapu Krim Pelindung Suria
Pemakaian krim pelindung suria boleh dikatakan sebagai wajib atau perlu rajin diamalkan setiap kali anda keluar rumah, terutamanya jika kulit anda sangat sensitif terhadap sinaran matahari.
Jeragat yang terbentuk akibat terdedah kepada sinaran matahari sebelumnya juga akan menghilang perlahan-lahan apabila kulit terlindung dan semakin kurang meradang.
2. Ganti Bedak Asas dengan Pelindung Suria
Jika anda fikir bedak asas cukup untuk melindungi kulit anda, ketahuilah bahawa ini tidak mencukupi kerana bedak asas tidak mempunyai kadar pelindungan yang cukup.
Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda disarankan untuk memakai krim yang diformulasi khas untuk melingdungi wajah dari sinar UV.
Jadi untuk mereka yang hanya mengamalkan bedak asas sebagai satu-satunya cara untuk melidungi wajah dari sinar UV, bertukarlah kepada pemakaian krim yang diformulasikan khas untuk melindung wajah dari sinar UV.
3. Pengambilan Makanan Tinggi Kandungan Vitamin C
Bagi mereka yang mendapat jeragat kerana perubahan hormon luar biasa, tiada lain yang dapat membantu selain daripada menjaga pemakanan supaya lebih berkhasiat dan lebih berat ke arah kandungan vitamin C.
Vitamin ini membantu mengekalkan keanjalan kulit juga menghalang sebarang penyahwarnaan kulit dengan menggalakkan sintesis kolagen.
Pengambilan pemakanan yang tinggi kandungan vitamin C dan serat juga penting untuk tujuan menyahkan radikal bebas.
Baca Juga: 17 Petua dan Cara Menghilangkan Jerawat (Mudah dan Pantas)
4. Rawatan Laser
Dan tip menghilangkan jeragat yang terakhir sekali adalah rawatan laser.
Ini agak tinggi kosnya namun ia antara cara hilangkan jeragat yang sangat efektif.
Proses rawatan ini sangat cepat. Hanya 15 minit dan jeragat anda terus hilang.
Pada kulit biasa, rawatan ini tidak menyakitkan, cuma sesetengah kulit mungkin akan menunjukkan tanda-tanda keradangan yang sinonim dengan simptom apabila berjemur lama di bawah sinar matahari —kulit menjadi kemerahan dan kadang-kadang pedih.
Namun, kes sebegini jarang berlaku, dan sekiranya berlaku ianya tidak akan lebih daripada 10 hari, tergantung kepada berapa banyak bahagian badan yang dirawat.
Walau bagaimanapun, jangan khuatir, secara keseluruhannya rawatan laser adalah dijamin selamat.
5. Menggunakan Khidmat Pakar Kulit
Jika masalah jeragat anda masih berlarutan walaupun telah mencuba berbagai-bagai cara untuk hilangkan jeragat, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kulit.
Ini kerana, pakar kulit dapat memberi nasihat yang betul tentang cara menangani masalah kulit secara lebih efektik yang sesuai dengan kulit anda.
Berbekalkan ilmu pakar dan juga pelbagai jenis produk yang terbukti untuk membantu menghilangkan jeragat, peluang anda untuk mempunyai wajah yang bebas jeragat adalah lebih tinggi berbanding dengan jika anda melakukannya sendiri.
Di Dermalene, kami menawarkan beberapa cara hilangkan jeragat yang efektif melalui produk-produk dan rawatan yang kami tawarkan seperti Chemical peel (anti aging/whitening), Intraceuticals, Rx Spots correct, Collagen Induction Protocol dan Retinol Peel.
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan rawatan yang kami tawarkan, sila hubungi/whatsapp 012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170 (Kota Bharu).
Anda juga boleh terus klik di sini untuk book appointment rawatan bersama Dermalene.