Jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri dan memberi kesan terhadap penampilan serta keyakinan seseorang individu.
Namun begitu, jeragat ini tidak berbahaya dan setiap orang pasti akan mengalami masalah jeragat ini.
Penjagaan kulit secara konsisten sangat penting bagi mengekalkan kesihatan kulit dan mengelakkan dari sebarang masalah di masa hadapan kelak.
Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui punca-punca terjadi nya jeragat serta cara-cara yang anda boleh gunakan bagi menghilangkan jeragat tersebut.
Bagaimana Masalah Jeragat Timbul?
Jeragat merupakan tompok-tompok hitam yang sering terjadi pada bahagian muka terutamanya pada bahagian hidung, pipi sekitar mulut serta dahi.
Ianya terhasil daripada pengumpulan sel-sel kulit yang mati dan pembentukan minyak di liang-liang muka.
Tambahan lagi, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat bagi mereka yang berkulit cerah manakala tompok yang berwarna hitam akan kelihatan pada mereka yang berkulit gelap.
Berikut merupakan punca-punca berlakunya jeragat.
-
Terdedah kepada sinaran matahari
Sinaran matahari mengandungi sinaran Ultraviolet (UV) yang boleh merosakkan sel-sel kulit anda sekiranya terdedah di bawah sinaran matahari terlalu lama.
Terdapat tiga jenis sinaran ultraviolet (UV) iaitu:
Ultraviolet A
Cahaya UV A mampu menembusi lapisan kulit dengan mudah dan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung yang menyebabkan jeragat dan kanser kulit.
Ultraviolet B
Cahaya UV B menyebabkan kulit seseorang itu mudah terbakar atau lebih dikenali sebagai sunburn.
Ultraviolet C
Cahaya UV C merupakan cahaya yang sangat berbahaya terhadap kulit. Namun begitu, cahaya UV C tidak sampai ke bumi kerana diserap oleh lapisan ozon.
-
Faktor keturunan
Antara salah satu faktor seseorang itu mempunyai jeragat adalah disebabkan faktor keturunan.
-
Penggunaan Kosmetik
Jeragat juga boleh berpunca daripada pemakaian produk kosmetik yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri dan lain-lain.
Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.
-
Perubahan Hormon
Jeragat juga boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengambil pil perancang kehamilan yang menyebabkan perubahan hormon.
Antara salah satu cara untuk mengelakkan kulit anda dari terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, pastikan anda memakai sunscreen ketika keluar dari rumah.
Namun, sekiranya anda sudah mempunyai masalah jeragat, terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba untuk menghilangkan masalah tersebut.
Artikel Berkaitan: Alamak, JERAGAT! Ketahui Punca dan Rawatan Sesuai
7 Cara Mudah Hilangkan Masalah Jeragat
Berikut merupakan cara-cara mudah yang anda boleh ikuti untuk menghilangkan masalah jeragat.
-
Menjaga Kebersihan Kulit Wajah
Menjaga kebersihan muka adalah amat penting untuk mengelakkan masalah kulit seperti jeragat dan juga jerawat. Pastikan anda memcuci muka dua kali sehari.
Ini adalah untuk mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda dan bebas daripada bahan-bahan terlarang.
-
Jus Lemon
Asid sitrik yang terkandung di dalam buah lemon dapat membantu anda membersihkan kulit dari sebarang kekotoran sekali gus membantu menghilangkan jeragat.
Gosokkan hirisan lemon ke permukaan kulit muka dan biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya.
-
Oatmeal
Selain berfungsi sebagai makanan, Oatmeal juga dapat membantu anda menghilangkan masalah jeragat dimana ianya bertindak sebagai agen penggelupasan semula jadi.
Bukan itu sahaja, ianya dapat menyerap lebihan-lebihan minyak di bahagian permukaan kulit dan membuka liang pori.
Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat dan biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.
-
Krim Dari Farmasi
Selain itu, sekiranya anda tidak mahu menggunakan bahan-bahan semula jadi, anda boleh mendapatkan krim dari farmasi berdekatan anda.
Krim benzoil peroksida merupakan krim yang berkesan dalam merawat jerawat dan jeragat.
Krim ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dari permukaan liang-liang muka.
Namun begitu, pastikan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelakkan kulit daripada menjadi sakit, gatal, kering dan mengelupas.
-
Aloe Vera
Seperti yang kita tahu, aloe vera mempunyai pelbagai khasiat dan antaranya merupakan mengecut dan menghilangkan jeragat.
Caranya adalah dengan mencampurkan gel aloe vera bersama madu dan biarkan selama 10 minit sebelum melumurkan pada kulit muka.
Biarkan selama 20-30 minit sebelum membilasnya dengan menggunakan air suam.
-
Teh Hijau
Selain itu, teh hijau juga dapat membantu merawat masalah jeragat selain dari khasiatnya yang baik untuk kesihatan tubuh badan.
Teh hijau dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan menghalang penyerapan androgen dalam kulit.
Masukkan teh hijau ke dalam beg teh hijau dan rendam di dalam air panas selama 5 minit, angkat dan gosokkan ke kawasan terjejas secara perlahan-lahan.
-
Diet Pemakanan Sihat
Akhir sekali, menjaga pemakanan yang seimbang adalah amat penting bagi mengurangkan masalah jeragat sekaligus memberikan anda kesihatan yang baik.
Hadkan pengambilan makanan berminyak di dalam diet harian anda dan amalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dan pastikan anda meminum air yang secukupnya.
Kesimpulannya, masalah jeragat ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, masalah jeragat ini bukanlah penyakit yang berbahaya dan dapat dirawat.
Jika anda masih lagi tercari-cari tempat rawatan kulit yang bagus untuk merawat masalah penyakit kulit yang anda hidapi, anda boleh lah cuba rawatan yang di tawarkan oleh Dermalene.
Dermalene merupakan local brand yang menawarkan perkhidmatan rawatan kulit untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat dan terjaga.
Selain itu, Dermalene juga telah mengeluarkan produk skin care yang diperbuat dari bahan bebas chemical dan di keluarkan oleh makmal yang diiktiraf.
Bukan itu sahaja, Dermalene telah mendapat sijil HALAL serta berdaftar bersama KKM demi memastikan produk dikeluarkan selamat dan boleh digunakan tanpa rasa was-was.
Dermalene juga menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah. dan dikendalikan oleh doktor profesional dan diiktiraf.
Banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit mereka makin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene
Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah:
• chemical peel treatment
• glycolic peel
• hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.
Dermalene pasti dapat membantu anda tidak kira jenis kulit samada kulit kombinasi, kulit berminyak mahupun kulit sensitif.
Bukan tu je, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan. Anda boleh walk-in ke Dermalene skin-centre yang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu.