AWAS…Leptospirosis @ kencing tikus!

Post by in Blog

Suka tengok filem Ratatouille? Nampak cute jer kan tengok tikus tikus comel sediakan makanan kat restoran. Itu dalam filem dik oi, realitinya kalau korang nampak tikus kat dapur, jangan rasa tazabar pula nak makan!

Memang kecil fizikalnya, tapi Leptospirosis/ kencing tikus ini besar padahnya! Jangkitan ini disebabkan oleh kuman LEPTOSPIRA. Kamu perlu tahu, kuman ini berjangkit dari haiwan ke manusia, bukan antara manusia ke manusia.

Bagaimana kuman merebak?

Melalui luka/ termakan/ terminum air yang dicemari kuman LEPTOSPIRA. Kamu yang suka main air di lopak atau ketika musim banjir, hati-hati! Kuman ini bertebaran di tanah & lumpur.

Bahayakah?

Penyakit yang membawa MAUT. Jika kamu demam, sakit kepala, muntah cirit birit & sakit kuning, waspadalah!

Kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik boleh membawa maut. ( Buah pinggang, hati, pendarahan paru-paru atau jangkitan di otak)

Jadi, sila awasi persekitaran kamu. Tahap kebersihan memainkan peranan penting dalam memerangi Leptospirosis.

Kuman akan memasuki dalam badan dalam tempoh sepuluh hari. Jaga kebersihan sebaiknya, lupakan hasrat untuk makan di kedai makan yang tikus lalu lalang okay 😉