Di Dermalene Medisuite, setiap senyuman pelanggan sebaik habis rawatan menjadi kepuasan kami. Sebagai salah satu medisuite yang dipantau sepenuhnya oleh doktor kulit bertauliah, Dr Alina Hasni, beliau amat menitikberat setiap masalah kulit pesakit yang datang ke Klinik Kulit Shah Alam milik Dermalene.
Lakukan temujanji dengan Dr Alina Hasni lebih awal untuk penerangan kaedah rawatan bersesuaian dengan jenis masalah kulit pelanggan. Kami sedia menerima pelbagai masalah kulit melibatkan jerawat, pigmentasi, jeragat, parut malah rawatan rambut & urutan badan turut disediakan.
Beroperasi sejak tahun 2017, perunding kulit, Dr Alina Hasni berjaya menyelesaikan ribuan masalah kulit yang membelenggu pengunjung.
Selain daripada perkhidmatan terbaik untuk masalah kulit pesakit, Klinik Kulit Shah Alam milik Dermalene ini turut menyediakan kemudahan seperti dibawah:
1) Tempat letak kereta – mudah dan percuma (di depan dan di basement)
2) Pelbagai restoran – dari kedai makan selera kampung, selera mamak, selera sup utara, kedai seafood “Shell Out” dan juga kedai makan “Nippon Sushi” untuk yang berselera Jepun.
3) Kedai Serbaneka seperti MyNews, 88Mart dan juga beberapa farmasi di deretan sama.
3) Dibuka setiap hari dari jam 10pagi sehingga 7malam (termasuk public holiday, kecuali cuti Raya Puasa, Raya Haji, New Year dan Labor Day)
Testimoni Pelanggan Klinik Kulit Shah Alam – Dermalene Medisuite:
Kisah 1 – Kisah Aimi Alwani
Pada pertengahan tahun 2017, Aimi Alwani terjebak dengan satu produk pemutih wajah yang sedang sibuk viral. Dalam masa beberapa minggu sahaja, kulit muka Aimi Alwani menjadi putih, gebu, flawless bak kulit telur. Gembira dengan perubahan mendadak ini, Aimi meneruskan penggunaan produk itu dan sangat seronok melihat perubahan kulit yang semakin cerah.
Suatu hari, Aimi Alwani terbaca satu artikel mengenai bahana produk yang mengandungi racun berjadual yang menjadikan kulit flawless secara mendadak. Risau akan impak jangka masa Panjang, serta merta, Aimi Alwani berhenti menggunakan produk ******. Setelah berhenti, Aimi mengalami “break-out” yang sangat dasyat dan menakutkan. Pelbagai cara dilakukan, sampi bingung dibuatnya. Dari Twitter, ke IG, ke Blog, pendek kata semua platform Aimi cuba mencari tempat yang sesuai untuk membaik pulih keadaan kulit mukanya.
Setelah mencari beberapa Klinik Kulit Shah Alam, Aimi diperkenalkan dengat Klinik Kulit Dermalene. Memandangkan sahabat baik Aimi juga pengunjung tegar Dermalene, Aimi memberi sepenuh kepercayaan kepada Dr Alina bagi merawat masalah kulit wajah Aimi. Biarkan lambat, asalkan selamat. Akhirnya, selepas mendapatkan rawatan & pantauan Doctor di Dermalene, kesan buruk produk #timbangkilo akhirnya hilang secara beransur. Tidak perlu berbotol-botol krim “mengarut”..yang penting kulti kembali sihat. Tak putih tak mengapa, asalkan kulit sihat bebas jerawat, betul tak?
-Nuraimi Alwani, 29 tahun, pengunjung Dermalene-
#kisahaimialwani #dermalenetestimonial
Kisah 2 – Shazwanies
Sejak 2015, Shazwanies berdepan dengan masalah jerawat kronik kerana terlalu percaya dengan iklan produk pencuci wajah, kulit wajah Shazwanies akhirnya menjadi mangsa. Lebih merisaukan, Shazwanies bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat penerbangan terkenal. Setiap hari, Shazwanies perlu berjumpa dengan pelanggan, maka Shazwanies menjadi semakin runsing dan tidak senang duduk. Sehinggalah satu hari, kenalan Shazwanies syorkan Klinik Kulit Shah Alam bernama Dermalene. Dengan harapan yang besar, Shazwanies kunjungi Klinik Kulit Shah Alam mini dan menjalani beberapa sesi rawatan untuk masalah kulit kroniknya.
Selepas 5-6 sesi rawatan di Dermalene, Alhamdulillah kulit wajah Shazwanies beransur pulih. Bagi menambah baik proses pemulihan wajahnya, Dr Alina turut menyarankan Shazwanies untuk melakukan pengelupasan Glycolic. Macam tak percaya kan? Kulit wajah Shazwanies yang sekarang dah tak macam dulu lagi!
Kepada sesiapa yang mengalami masalah kulit kronik seperti Shazwanies, kunjungilah Dermalene untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
-Shazwanies, Pegawai Khidmat Pelanggan di Syarikan Penerbangan-
#kisahshazwanies #dermalenetestimonial
Kisah 3 – Kak Aida
Kak Aida melalui pengalaman yang mengerikan sehingga merasa tidak konfident untuk berdepan dengan orang ramai. Kak Aida bekerja ni bahagian khidmat pelanggan di sebuah syarikat jenama kereta. Perasaan down, putus asa, sedih, semua bercampur baur. Semua gara-gara terpedaya dengan produk-produk yang bersepah memodelkan muka model jelita di kotaknya. Atas saranan salah seorang rakan Kak Aida yang mengalami masalah yang sama, Kak Aida diperkenalkan kepada Klinik Kulit Shah Alam – Dermalene.
Selepas jalani skin analysis dan berjumpe dengan doctor kulit – Dr Alina, Kak Aida disarankan untuk bertukar ke Dermalene Skincare set khusus utk kulit berjerawat dan berminyak. Dr Alina juga menekankan penggunaan sunblock setiap hari untuk membantu pemulihan wajah Kak Aida. Kak Aida menggunakan sunblock Heliocare Gel Oil Free yang disarankan untuk kulit wajah yang berminyak.
Selain produk-produk yang disarankan, Kak Aida juga dinasihati untuk menjaga pemakanan dalam tempoh pembaik pulih kulit wajahnya. Setelah beberapa sesi rawatan Chemical Peel khusus utk rawatan jerawat dan parut jerawat, kulit wajah Kak Aida beransur pulih. “Ramai rakan saya yang menegur perubahan pada kulit wajah saya yang semakin pulih” katanya.
Kesilapan memilih produk penjagaan wajah kadangkala boleh membawa keburukan. Tambahan pula sudah banyak kes di luar sana di mana kulit wajah akan menjadi rosak dan bermasalah. Hati-hati sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik tempatan.
Silap hari bulan, buruk padahnya. Selepas dua tahun bersama Dermalene, kulit wajah Kak Aida kembali pulih daripada masalah jerawat kronik. Tanpa perlukan suntikan atau produk mengarut, Kak Aida Berjaya memperbaiki keadaan kulit wajah ke asal dengan bantuan Klinik Kulit Shah Alam – Dermalene.
#kisahkakaida #dermalenetestimonial
Kisah 4 – Cik Ain
Cik Ain, seorang jurutera berdepan dengan masalah parut lekuk, kulit kusam dan kulit berminyak disebabkan factor persekitaran kerjanya. Sering terdedah dengan cuaca panas di luar, kulit wajahnya mengalami kesukaran untuk pulih.
Faktor pekerjaan yang memerlukan Cik Ain berada di site menyebabkan masalah kulit berminyak bertambah parah. Puas mencuba pelabagi cara, termasuk mencuci muka 4-5 kali sehari, kulit Cik Ain masih membimbangkan. Cik Ain mengamalkan penggunaan pelembab untuk mengatasi masalah kulit berminyak seperti yang selalu disarankan dalam “Google”. Namun yang demikian, cahaya “nur” di kulit muka Cik Ain semakin menjadi-jadi.
Selepas menonton beberapa perkongsian tentang kulit oleh Dr Alina di FB Live beliau, hati Cik Ain tergerak untuk mengunjungi Dermalene – Klinik Kulit Shah Alam ini. Selepas menjalani pemeriksaan kulit, Cik Ain menjalani sesi konsultasi bersama Dr Alina di mana Cik Ain disarankan untuk mengurangkan penggunaan pelembab memandangkan kulit Cik Ain jenis cepat berminyak. Dr Alina juga menasihatkan Cik Ain untuk mengutamakan penggunaan toner bagi mengawal pengeluaran minyak (sebum production) di wajah. Dr Alina juga menerangkan beberapa rawatan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah parut lekuk Cik Ain, antaranya Resurface + Serum. Dr Alina sangat menekankan kepentingan penggunaan Sunblok memandangkan tugas Cik Ain yang sentiasa ter”expose” pada cahaya matahari ketika mengunjungi site.
Alhamdullillah selepas empat kali rawatan resurface, kulit Cik Ain semakin pulih! Selepas setahun menjadi pengunjung Dermalene, Cik Ain semakin yakin dengan penampilan wajahnya.
Bagi anda yang tercari-cari solusi kulit bermasalah, Dermalene lah jawapannya. Kunci dia kena sabar, kena komited dengan jadual treatment yang disarankan dan ikuti pantang larang yang dinasihatkan. Cik Ain meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dr Alina & barisan beauty consultant yang sangat berpengalaman. “A big thanks to Dr Alina and Dermalene team”
#kisahcikain #dermalenetestimonial
Kisah 5 – Cerita Maira
“Ini kisah benar guys! Bukan rekaan, selepas Maira kena “game” dengan produk kecantikan beracun ini, kulit Maira hancur lebur dek jerawat”
Dua bulan sebelum berkahwin, kebanyakan bakal pengantin perempuan memang macam ni. Setengah orang pergi spa everyday setengah orang pegi facial. Maira plak pegi tukar skincare. Konon nak muka SUPER FLAWLESS lah di hari bahagia saya nanti. Selepas beberapa bulan, kulit Maira menjadi mimpi ngeri. Kulit wajah Maira mula dipenuhi jerawat kemerahan. Kulit wajah terasa gatal dan sakit. Malu berdepan denagn tunang walaupun dia tak pernah sekalipun tersebut atau ter-tegur pasal breakout Maira ni. Dalam hati rasa malu yang amat kalau dia pandang, rasa taknak dipandang langsung.
Setelah beberapa bulan, Maira ditemukan dengan Dr Alina yang sangat passionate nak membantu masalah kulit. Maira melalui sesi rawatan selama 3 bulan dengan Klinik Kulit Shah Alam ini. Setelah 3 bulan, jerawat aktif sudah tiada, yang tinggal hanya parut-parut jerawat. Memang banyak parut sebab hasil jerawat yang tersangat banyak 3-4 bulan sebelum menjalani treatment di Dermalene. Alhamdulillah, sekarang kulit Maira dah pulih, self confidence pun dah improve. Makeup pun cantik bila kulit dah sihat. Untuk cerita lanjut tentang #ceritamaira, bole search di Facebook atau Instagram.
#ceritamaira @nurulnabilahumaira
Jika anda mengalami mimpi-mimpi ngeri sebegini, jangan fikirkan tidak ada jalan penyelesaian. Kunjungilah Dermalene. Doctor Alina dan Team Dermalene yang sangat passionate untuk menyelesaikan masalah kulit anda setia menanti. Lakukan temujanji bersama Dr Alina Hasni hari ini!
Lokasi Klinik Kulit Dermalene SHAH ALAM;
B- LG- 7, Vista Alam,
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
012 677 7617