fbpx

JANGAN MALU BERBAHASA IBUNDA

Sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia disambut 21 Februari setiap tahun. Ini salah satu usaha menyedarkan masyarakat betapa pentingnya bahasa ibunda. Ayuh rakyat Malaysia, perkasakan bahasa ibunda kita agar terus terpelihara untuk generasi akan datang 😉 Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak bahasa ibunda. Jangan segan untuk bertutur dalam bahasa ibunda di tempat awam, kalau bukan kita yang banggakan, siapa lagi kan? Fikirkan 😉 #iktirafbahasaibunda #Internationalmotherlanguageday #faktaharian

RAMBUT GUGUR 100 HELAI SEHARI? ITU NORMAL!

TelogeAlahai, malunya rambut gugur menggila sejak dua menjak ni. Nampak gaya hujung tahun ni memang botak aku 😥 Antara masalah dihadapi oleh lelaki & wanita, Telogen Effluvium iaitu keguguran rambut yang terlalu banyak namun ia bersifat sementara. Masalah ini selalu berlaku selepas proses kelahiran, demam, tekanan atau diet tak seimbang. Namun kamu jangan risau, ia akan tumbuh semula selepas beberapa waktu 😋 Jangan risau bila rambut kamu gugur setiap hari, sesuatu yang normal bila kehilangan antara 80-100 helai rambut sehari! Tiada istilah kamu sering menyikat atau membasuh, rambut akan gugur! Tapi ia menjadi luar biasa bila jumlah helaian yang gugur melebihi jumlah itu. Harus tahu, terdapat 3 peringkat kitaran pertumbuhan rambut normal iaitu; a) Anagen ( Fasa Pertumbuhan ). b) Telogen ( Fasa Berehat ). c) Fasa Gugur. Kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti usia, tekanan, kekurangan nutrisi, ubatan & bahan kimia.

TIME GETS AWAY VERY QUICKLY, TAKE MASSIVE ACTION!

Managing time is a key to successful academic life. As an option, make a planning list in advance! If you are not experienced in list making, try to plan your next day only, beginning from morning till the end of your day. Try to highlight the most important things in your list in order to know the prioritized things. Try to settle every single thing ON TIME! If you delay once, there is no surety that you will not do it again. As wisdom by Dale Carnegie, “Plan your day to achieve your goals. Keep to your plan!,” -Dale Carnegie-

JANGAN ASYIK NEGATIF DALAM KEHIDUPAN!

Tiada yang mustahil dalam kehidupan seseorang. Kuncinya, CUBA. Ini tidak, belum cuba dah mengomel, ‘Ala, kau boleh lah, kau lain’. Janganlah negatif sangat dik, kalau dia boleh, kamu pun pasti boleh Wanita bernama Annie Edson Taylor menyahut cabaran dengan mengharungi air terjun Niagara dalam usahanya mendapatkan wang. Hanya dengan bantuan sebuah tong kayu, pada usia 63 tahun, dia berjaya lakukannya! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan #motivasi #weekend #faktabukanauta

TIPS KULIT KEKAL SIHAT BERTENAGA OLEH DR ALINA

PESONA KULIT WAJAH BEBAS CELA? IKUTI TIPS PERKONGSIAN DARIPADA DR ALINA HASNI. KULIT BEBAS CELA DATANG DARIPADA HASIL REJIM PENJAGAAN KULIT KAMU SENDIRI.

1) Tak salah menggunakan alat solek tapi biarlah berpada! Cuti hujung minggu cukuplah sekadar olesan pelembap & sunblock. Biarkan kulit kamu bernafas seketika ok? 2) Pengambilan buah-buahan sebagai ‘makanan’ tambahan untuk kulit kamu. Serat & vitamin itu penting! 3) Elakkan berada di bawah sinaran matahari terlalu lama. Bukan bermaksud kamu perlu jadi ‘puteri lilin’ tapi jika berada di bawah panas terik, sunblock is a must! 4) Minum air sekurang-kurangnya 6- gelas sehari. 5) ELAK sentuh wajah. Tangan kamu mengandungi bakteria yang datang entah dari mana, ELAK ELAK sentuh muka selalu. 6) Tekanan emosi punca jerawat! Jangan stress kerana semua masalah ada penyelesaiannya. Bawa bertenang…   7) Hati- hati dengan produk rambut. Terdapat produk mengandungi bahan kimia yang mendatangkan iritasi kepada kulit. Awas!   8) Jangan takut atau segan untuk dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah. Temui Dr Alina Hasni untuk kenali kulit kamu lebih mendalam lagi. Ketahui punca sebenar kemunculan jerawat berdasarkan analisa tepat. Jom ke Dermalene sekarang 😉 PM je kami sekarang untuk kulit yang sihat. –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 atau hubungi  012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170(Kota Bharu) untuk maklumat lanjut.

LIMAU MANDARIN MEMANG SEDAP TAPI…

Situ sana sini limau mandarin dijual, memang syok bila tiba saja perayaan Tahun Baru Cina! Pasti banyak buah limau mandarin yang kamu ‘pulun’ kan? Limau memang kaya dengan Vitamin C namun pengambilannya juga membuatkan sesetengah daripada kita mengalami sakit tekak & batuk. Betul tak? Sebelum limau dipek dan dimasukan dalam kotak untuk dijual, pengusaha buah-buahan menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’ yang mana buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair ini bagi melindungi kulit limau rosak dijangkiti bakteria, kulat dan serangga.
Langkah pencegahan awal sebelum kamu asyik mengunyah limau mandarin, basuh terlebih dahulu sebelum makan! Pakai sarung tangan plastik bersih sebelum mengopek. Cegah awal sebelum batuk & demam datang menyerang okay? Pastikan limau mandarin yang kamu makan itu dalam keadaan 100% bersih. Amalkan tips ini untuk kekal sihat di musim perayaan ini  #cny #tahunbarucina #tips #dermalene

KEKAL SIHAT DALAM CUACA PANAS

Pergh, mengelegak beb. Panasnya! Dah sejam duduk mengadap kipas ni, tetap rasa panas 

Kami kongsikan beberapa tips ringkas untuk anda amalkan dalam cuaca tak menentu ini. Yang penting, banyakkan minum air masak, jangan lupa SUNBLOCK & kurangkan minuman berkafein/ bergula. Satu lagi tips menarik, turunkan langsir di dalam rumah ketika matahari memancor terik. Ini kerana menurut saranan oleh Family Handman, kira-kira 30 peratus haba yang tidak dikehendaki oleh kita memasuki rumah melalui tingkap rumah yang tidak diturunkan langsirnya. Dengan menurunkan langsir, kira-kira 7 peratus haba dapat dikurangkan dan menurunkan haba. Suhu pun menurun & sejuk sikit keadaan dalam rumah. Cubalah!. Pening cari sunblock yang berkesan? Jangan risau di Dermalene kami ada sunblock yang berkualiti dan mampu melindungi anda dari cahaya matahari ! Istimewa bulan ini, Mari dapatkan harga DISKAUN . –> WHATSAPP DERMALENE  www.wasap.my/+601128738648 –> WHATSAPP DERMALENE  www.wasap.my/+601128738648 –> WHATSAPP DERMALENE  www.wasap.my/+601128738648 atau hubungi  012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170(Kota Bharu) untuk maklumat lanjut.

DERMALENE CLEAR SKIN TESTIMONY

Even when you’re still young, you can have acne scars or uneven skin tone from exposure to the sun and free radicals in the air. Have you had a chemical peel? After a couple more treatments her skin will be more clear and have less acne scars & huge improvement in texture! Would love to find out your experiences, before and after or if you need advice from us. Schedule your appointment today 

FB LIVE 14/2: SALAH KE DILAHIRKAN BERKULIT GELAP?

SALAH KE AKU DILAHIRKAN GELAP?! Berlambak produk pemutih wajah di pasaran sekarang kan? Persoalan dia, kalau jadi gelap tu memang menjadi kesalahan ke? Atau automatik kamu dilabel hodoh seandainya dilahirkan gelap? HELLO!!! Siapa bilang Hitam itu TAK MENAWAN! Malam ini, jom dengar pandangan @dralinahasni mengenai ‘wabak’ kegilaan putihkan kulit ini. #fblivedermalene #dralinahasni #hitamitumenawan

EPIDERMOLYSIS BULLOSA UMPAMA KESAN TERBAKAR

Melecur dan mengelupas seperti terbakar walhal bukan...Epidermolysis Bullosa (EB) merupakan masalah kulit yang disebabkan kekurangan kolagen yang bertanggungjawab memegang kulit! Juga dikenali sebagai penyakit ‘rama-rama’ memandangkan kulit begitu lemah dan rapuh umpama sayap rama-rama.
Di Malaysia saja, dengan jumlah penduduk seramai 30 juta, dianggarkan terdapat 150-300 orang menghidap masalah kulit ‘Rama-rama’ Genetik antara faktor utama yang mana kesan awal dapat dilihat sejak lahir lagi. Namun segelintir simptom mula muncul sewaktu remaja atau awal dewasa. Sekiranya kamu atau pasangan mengalami masalah ‘Rama-rama’, ujian perlu dilakukan ke atas bayi dalam kandungan seawal usia 11 minggu. Jika anda atau keluarga mengalami masalah ini, Segera hubungi kami untuk dapatkan rawatan pakar. –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 atau hubungi  012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170(Kota Bharu) untuk maklumat lanjut.
Product has been added to your cart
×