DERITA DALAM DIAM

Post by in Blog

Kaya & terkenal bukan jaminan kamu untuk tidak alami depresi. Ia satu penyakit yang sukar ‘diteka’ kerana simptom yang ditunjukkan tidak begitu ketara. Derita dalam diam, suka menyendiri, sukar buat keputusan, perasaan suka & duka bersilih ganti, kelakuan berubah menjadi pemarah & hilang sabar antara simptom bagi si penderita depresi.

Baru-baru ini, kes bunuh diri penyanyi utama Boyband SHINee mengejutkan ramai pihak. Namun menurut anggota SHINee yang lain, Jong- Hyun sering kemurungan dan suka bersendiri sebelum mendiang ditemui mati di sebuah service apartment di Seoul.

Peka pada diri sendiri dan sekeliling. Ayat seperti ‘ Kau ni sensitif lah’, ‘Hidup ni memang susah’, ‘Sakit macam ni memang normal’ atau ‘Kena berhenti kesian pada diri sendiri’ sememangnya tak membantu! Jangan kritik dengan ayat sedemikian, seeloknya bawa mereka berjumpa pakar untuk rawatan!