GAGAL BENTUK MELANIN

Post by in Blog

Pesakit Albinisme @ albino amat sensitif kepada cahaya matahari! Fizikalnya terlihat dengan rambut & kulit berwarna putih sepenuhnya. Pendek kata, kulit tidak berwarna…

Tatkala cuaca semakin membahang, kulit si pesakit yang ditumbuhi rerambut halus keperangan mulalah kemerahan!

Masalah berpunca apabila tubuh tidak berupaya menghasilkan melanin yang merupakan pigmen penting untuk menyerap sinar UV. Akhirnya kulit tidak membentuk sebarang warna. Ia juga berlaku disebabkan genetik.

Penampilan pesakit Albino membuatkan banyak tanggapan dan kepercayaan muncul dalam budaya pelbagai masyarakat dunia.

Keadaan ini turut mendapat tanggapan berbeza-beza. Di Jamaica, ia telah lama dikaitkan dengan sejenis sumpahan. Ish, ke situ pula 😅