parut jerawat

Parut Jerawat: Punca, Tips Dan Dapatkan Treatment Di Dermalene!

Post by in Blog

Jerawat dah pulih tapi tinggalkan kesan seperti parut jerawat. Mesti stres, kan?

Meskipun tidak berbahaya tetapi ianya boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan individu. 

Masalah parut ini tidak dapat ditutup oleh penggunaan makeup semata-mata terutama dalam tempoh yang panjang. 

Memang benar parut boleh pudar seiring masa tetapi tidak dapat hilang sepenuhnya kecuali dengan rawatan yang sesuai.

Anda ingin tahu rawatan untuk mengatasi masalah parut jerawat? Teruskan membaca perkongsian dalam artikel ini.

Macam Mana Parut Jerawat Terjadi?

Jerawat boleh menyebabkan terjadinya keradangan pada kulit. 

Keradangan ini hilang setelah parut surut atau pulih tetapi meninggalkan bekas bertompok berwarna gelap atau merah.

  • Post Inflammatory Erythema (PIE)

Parut yang berwarna kemerahan atau pink serta terdapat jerawat yang aktif.

  • Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

Parut yang berwarna gelap dan hitam serta terdapat jerawat yang aktif.

Bekas jerawat tersebut akan perlahan-lahan pudar dalam tempoh berbulan-bulan tetapi boleh jadi makin gelap jika salah cara.

Cerita tentang kulit berparut pula, ia disebabkan penghasilan kolagen yang kurang semasa proses pembaikan kulit akibat jerawat.

Dalam bidang kesihatan, terdapat beberapa jenis kategori parut iaitu parut atropik, keloid, dan kontraktur. 

  • Keloid 

Keloid adalah parut yang besar dan luas kesan daripada kecederaan asal. 

Apabila kulit luka, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan.

Ia menjadi tisu parut keras yang mempunyai ciri-ciri seperti menonjol dan saiz yang kerap membesar. 

  • Parut Atrofik

Biasanya parut atropik berlaku lebih kerap pada wajah akibat daripada kebiasaan memicit jerawat dengan jari.

Sentuhan jari yang kotor dapat meningkatkan risiko terjadinya jerawat dan meningkatkan risiko untuk mendapat parut.

Parut atrofik sejenis parut berlubang atau berlekuk yang disebabkan oleh kehilangan tisu dan kolagen yang terjadi daripada proses penyembuhan di bawah permukaan kulit.

Parut Atrofik ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis parut:

  • Ice pick scars

Parut jenis ini dipanggil “ice pick” kerana bentuk seperti lubang yang terkena objek tajam seperti pemecah ais dan jarum. 

Ianya boleh masuk sehingga ke lapisan dalam kulit atau dermis. Bagaimana parut ini terhasil?

Ice pick scars terbentuk apabila radang sampai ke permukaan kulit. 

Kebiasaan terhasil akibat jerawat cyst iaitu jerawat besar dan sakit yang terhasil di bahagian rahang, dagu dan pipi.

  • Boxcar scars

Parut boxcar adalah jenis masalah parut yang biasa dalam kalangan individu.

Ianya sejenis bekas luka yang berbentuk bulat atau oval dengan bahagian hujung mempunyai garis yang jelas. 

Lubang parut ini lebih lebar berbanding parut jenis ice pick.

Punca awal disebabkan kesan jerawat yang pernah muncul pada wajah.

  • Rolling scars

Parut “rolling” ini nampak seperti berombak atau bukit bukau di atas kulit.

Muncul sebagai lekukan pada kulit yang tidak terlalu dalam tetapi diameternya boleh mencecah ukuran beberapa milimeter.

Tangani Parut Jerawat di Dermalene

Sebenarnya, tiada skincare yang boleh menghilangkan parut berlekuk dan berlubang akibat jerawat.

Ia memerlukan rawatan khas untuk rawat masalah tersebut.

Berbeza dengan parut jerawat yang gelap dan merah, anda boleh rawat dengan pemakaian krim pelindung matahari setiap hari.

Cara ini dapat mengelakkan parut menjadi semakin gelap.

Anda telah cuba pelbagai cara untuk merawat parut kesan daripada jerawat namun parut masih tidak hilang?

Jom kami bantu! 

Dermalene ada menyediakan beberapa rawatan yang boleh menyelesaikan masalah parut jerawat.

Diasaskan oleh Dr Alina Hasni iaitu seorang doktor bertauliah dan berkelulusan dalam jurusan Clinical Dermatology.

Dermalene terdiri daripada ahli-ahli yang mahir dalam penjagaan kulit wajah.

Umumnya, parut akan dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan jenis rawatan yang sesuai. 

Keputusan ini juga bergantung pada kedalaman dan bentuk parut pada kulit anda.

Di Dermalene, konsultasi awal akan dijalankan secara terperinci termasuk menggunakan mesin face scanner yang canggih.

Kemudian, barulah rawatan yang sesuai akan dicadangkan.

Untuk masalah parut jerawat, terdapat rawatan Resurface dan rawatan Dermapen.

Rawatan RESURFACE merupakan kaedah berkesan untuk meremajakan kulit tanpa proses pembedahan.

Antara kelebihan lain rawatan ini ialah:

  • Rawatan selamat dan berkesan dengan masa downtime yang kurang 
  • Memudarkan kesan parut
  • Membuat tekstur kulit menjadi lebih sekata

Rawatan DERMAPEN pula membolehkan sel kulit rosak dan sel kulit sihat bergabung untuk pembentukan kolagen baharu.

Dengan itu, kulit akan kembali menjadi sekata semula. 

Selain merawat masalah parut jerawat, rawatan ini juga membantu untuk:

  • Menghilangkan garis halus
  • Menghilangkan kedutan
  • Meningkatkan keanjalan kulit

Kenapa Kena Pilih Dermalene? 

  • Caring skin life partner yang berjaya merawat 50,000 masalah kulit terutama masalah jerawat, jeragat dan parut
  • Rawatan kulit patuh shariah yang skin friendly iaitu tanpa sebarang suntikan
  • Terdiri daripada doktor pakai kulit yang bertauliah
  • Menggunakan teknologi terkini yang selamat untuk kulit wajah
  • Mendapat sesi konsultasi dan tips penjagaaan kulit wajah
  • Rawatan kulit selama 45 minit
  • Memberi tips penjagaan kulit muka yang baik
  • Mendapat 4.9 star ratings di Google Review

Ingat, masalah parut berlekuk dan parut berlubang tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan skincare sahaja.

Hanya rawatan wajah yang boleh membantu mengembalikan kulit yang sekata serta meransang pembentukan kolagen baru daripada dalam kulit.

Apa terjadi jika parut jerawat dibiarkan? Berkemungkinan menjadi lebih tebal dan akan meninggalkan garis luka.

Jangan berlengah lagi, jom rawat masalah parut jerawat di Dermalene untuk memiliki wajah yang bersih dan cantik.

Leave a comment