5 Tips Cara Hilangkan Jeragat
Malu dengan kulit jeragat anda?
Jangan risau lagi. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda 5 tips cara hilangkan jeragat yang berkesan.
Tips yang kami kongsi merangkumi kesemua jenis jeragat iaitu jeragat sejak lahir, akibat dedahan sinar matahari serta juga yang berpunca daripada perubahan hormon.
5 Tips Hilangkan Jeragat
1. Kerap Menyapu Krim Pelindung Suria
Pemakaian krim pelindung suria boleh dikatakan sebagai wajib atau perlu rajin diamalkan setiap kali anda keluar rumah, terutamanya jika kulit anda sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jeragat yang terbentuk akibat terdedah kepada sinaran matahari sebelumnya juga akan menghilang perlahan-lahan apabila kulit terlindung dan semakin kurang meradang.2. Ganti Bedak Asas dengan Pelindung Suria
Jika anda fikir bedak asas cukup untuk melindungi kulit anda, ketahuilah bahawa ini tidak mencukupi kerana bedak asas tidak mempunyai kadar pelindungan yang cukup. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda disarankan untuk memakai krim yang diformulasi khas untuk melingdungi wajah dari sinar UV. Jadi untuk mereka yang hanya mengamalkan bedak asas sebagai satu-satunya cara untuk melidungi wajah dari sinar UV, bertukarlah kepada pemakaian krim yang diformulasikan khas untuk melindung wajah dari sinar UV.3. Pengambilan Makanan Tinggi Kandungan Vitamin C
Bagi mereka yang mendapat jeragat kerana perubahan hormon luar biasa, tiada lain yang dapat membantu selain daripada menjaga pemakanan supaya lebih berkhasiat dan lebih berat ke arah kandungan vitamin C. Vitamin ini membantu mengekalkan keanjalan kulit juga menghalang sebarang penyahwarnaan kulit dengan menggalakkan sintesis kolagen. Pengambilan pemakanan yang tinggi kandungan vitamin C dan serat juga penting untuk tujuan menyahkan radikal bebas.Baca Juga: 17 Petua dan Cara Menghilangkan Jerawat (Mudah dan Pantas)