Parut Jerawat: Punca, Tips Dan Dapatkan Treatment Di Dermalene!
Macam Mana Parut Jerawat Terjadi?
Jerawat boleh menyebabkan terjadinya keradangan pada kulit. Keradangan ini hilang setelah parut surut atau pulih tetapi meninggalkan bekas bertompok berwarna gelap atau merah.- Post Inflammatory Erythema (PIE)
- Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)
-
Keloid
-
Parut Atrofik
- Ice pick scars
- Boxcar scars
- Rolling scars
Tangani Parut Jerawat di Dermalene
Sebenarnya, tiada skincare yang boleh menghilangkan parut berlekuk dan berlubang akibat jerawat. Ia memerlukan rawatan khas untuk rawat masalah tersebut. Berbeza dengan parut jerawat yang gelap dan merah, anda boleh rawat dengan pemakaian krim pelindung matahari setiap hari. Cara ini dapat mengelakkan parut menjadi semakin gelap. Anda telah cuba pelbagai cara untuk merawat parut kesan daripada jerawat namun parut masih tidak hilang? Jom kami bantu! Dermalene ada menyediakan beberapa rawatan yang boleh menyelesaikan masalah parut jerawat. Diasaskan oleh Dr Alina Hasni iaitu seorang doktor bertauliah dan berkelulusan dalam jurusan Clinical Dermatology. Dermalene terdiri daripada ahli-ahli yang mahir dalam penjagaan kulit wajah. Umumnya, parut akan dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan jenis rawatan yang sesuai. Keputusan ini juga bergantung pada kedalaman dan bentuk parut pada kulit anda. Di Dermalene, konsultasi awal akan dijalankan secara terperinci termasuk menggunakan mesin face scanner yang canggih. Kemudian, barulah rawatan yang sesuai akan dicadangkan. Untuk masalah parut jerawat, terdapat rawatan Resurface dan rawatan Dermapen. Rawatan RESURFACE merupakan kaedah berkesan untuk meremajakan kulit tanpa proses pembedahan. Antara kelebihan lain rawatan ini ialah:- Rawatan selamat dan berkesan dengan masa downtime yang kurang
- Memudarkan kesan parut
- Membuat tekstur kulit menjadi lebih sekata
- Menghilangkan garis halus
- Menghilangkan kedutan
- Meningkatkan keanjalan kulit
Kenapa Kena Pilih Dermalene?
- Caring skin life partner yang berjaya merawat 50,000 masalah kulit terutama masalah jerawat, jeragat dan parut
- Rawatan kulit patuh shariah yang skin friendly iaitu tanpa sebarang suntikan
- Terdiri daripada doktor pakai kulit yang bertauliah
- Menggunakan teknologi terkini yang selamat untuk kulit wajah
- Mendapat sesi konsultasi dan tips penjagaaan kulit wajah
- Rawatan kulit selama 45 minit
- Memberi tips penjagaan kulit muka yang baik
- Mendapat 4.9 star ratings di Google Review
Cara Hilangkan Jerawat Dengan Ingredients Ini!
Buat mereka yang menghadapi masalah breakout wajah, pasti anda telah menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat.
Mana tidaknya, masalah ini boleh menyebabkan seseorang individu kurang berkeyakinan untuk bersosial bersama orang ramai.
Disebabkan itu kami akan berkongsi beberapa cara untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan alami dan juga produk.
Ikuti artikel ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
Definisi Ringkas Masalah Jerawat
Pada bahagian ini, kami akan menerangkan definisi masalah jerawat.
Perkara ini penting dalam menerapkan penjagaan kebersihan kendiri dalam kalangan orang ramai.
Secara amnya, jerawat merujuk kepada bintik-bintik pada permukaan wajah.
Ia merupakan masalah kulit yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang roma.
Terdapat dua faktor utama yang boleh menyebabkan tersumbatnya liang roma iaitu penghasilan minyak (sebum) berlebihan dan sel kulit mati.
Maka, anda digalakkan untuk melakukan scrubbing bagi menanggalkan kesan berminyak serta sel kulit mati daripada wajah.
Dengan berbuat demikian, wajah anda akan tampak lebih berseri dan bersih meskipun tidak memakai alat solek.
Jenis-jenis Jerawat
Seperti yang dinyatakan di atas, penghasilan sebum berlebihan dan sel kulit mati akan menyebabkan liang roma wajah tersumbat.
Sekiranya anda memandang enteng terhadap penjagaan kebersihan wajah, ia akan menyebabkan sejenis bakteria membiak di dalam liang roma.
Bakteria tersebut dikenali sebagai Propionibacterium acnes, atau singkatannya ialah P. Acnes.
Ia akan menyebabkan jenis-jenis jerawat seperti di bawah muncul pada permukaan wajah:
1. Bebintik hitam
Bebintik hitam ialah punca utama terjadinya jerawat hitam dan jerawat putih.
Jerawat hitam atau bebintik terbuka terjadi akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat.
Antaranya adalah merokok dan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi.
Selain itu, kelembaban kulit yang tinggi juga boleh mengundang kepada terjadi jerawat hitam.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan senaman dan scrubbing (secara berkala) bagi mengurangkan kandungan air berlebihan daripada tubuh badan.
Manakala, jerawat putih atau bebintik tertutup pula adalah disebabkan penghasilan sebum dan pembiakan bakteria pada permukaan kulit muka.
Berikut merupakan ciri-ciri jerawat putih:
- Mempunyai bintik putih yang kecil
- Keras
- Sekeliling jerawat ini tidak meradang (atau kemerahan)
- Tumbuh di dahi, pipi, dan kawasan di bawah mata.
2. Jerawat biasa (Papules)
Pori-pori wajah yang tersumbat merupakan punca utama terjadinya jerawat biasa.
Pembiakan bakteria P. Acnes akan menyebabkan rasa radang pada sekitar jerawat.
Kebiasaannya, jerawat ini memiliki bintik kecil dan berwarna merah atau merah jambu.
3. Jerawat Besar (Pustules)
Jika jerawat biasa tidak dirawat dengan segera, ia akan membesar dan dikenali sebagai jerawat besar.
Lazimnya, jerawat besar memiliki ciri-ciri seperti bermata putih, berwarna merah dan keradangan.
4. Jerawat Nodul & Sista (Nodules & Cysts)
Jerawat Nodul & Sista amat sukar untuk dirawat kerana saiznya yang besar dan ia menyebabkan rasa sakit kepada si individu.
Buat pengetahuan anda, Nodul ialah jerawat berbintik besar dan keras yang tumbuh di dalam permukaan kulit muka.
Manakala, Sista ialah jerawat yang bermata besar tetapi lembut. Rupa jerawat ini adalah seakan bisul.
Untuk merawat kedua-dua jerawat jenis ini, anda perlu merujuk kepada pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat serta tindakan yang sewajarnya.
Punca-punca Terjadinya Jerawat
Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa punca yang menyebabkan terjadinya pertumbuhan jerawat di wajah.
Berikut merupakan punca-puncanya:
1. Stress
Stress atau tekanan di institusi pembelajaran atau tempat kerja merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan jerawat.
Ini terjadi disebabkan penghasilan hormon yang tidak seimbang di dalam tubuh badan.
Meskipun anda perlu bertungkus-lumus dalam hal akademik dan kerjaya, anda disarankan untuk memikirkan kepentingan kesihatan mental dan fizikal.
2. Kedatangan haid atau hamil
Wanita yang sedang kedatangan haid atau hamil akan mengalami perubahan hormon.
Pertumbuhan jerawat dalam kalangan wanita yang sedang haid adalah sebelum atau semasa tempoh tersebut.
Manakala, bagi wanita mengandung pula, pertumbuhan jerawat lazimnya akan timbul ketika 3 bulan pertama kandungan.
3. Tidak membersihkan wajah secara teliti
Pasti anda tertanya-tanya, mengapa jerawat masih timbul sedangkan anda sudah membersihkan wajah menggunakan produk pencuci muka?
Salah satu sebabnya adalah anda tidak mencuci wajah secara teliti. Anda perlu melakukan rotation pada muka selama 30 saat atau seminit untuk mendapatkan kulit yang bersih.
Rotation ini dibuat untuk memastikan muka anda bersih daripada segala kekotoran dan sebum yang boleh menyumbatkan liang roma.
4. Penggunaan produk yang berminyak
Sekiranya anda melayari Internet, anda pasti akan terjumpa beberapa tips penjagaan kulit yang menggunakan produk berminyak.
Produk berminyak seperti minyak zaitun semestinya bagus untuk membersihkan wajah daripada alat solek serta memberi kelembaban kulit.
Namun, penggunaan produk berminyak secara berlebihan pada muka boleh menyebabkan liang roma tersumbat.
Untuk itu, anda perlu mengehadkan pemakaian produk berminyak dan mencuci muka secara teliti agar liang roma tidak tersumbat.
5. Terdedah kepada pencemaran udara
Sebenarnya, terdapat situasi-situasi yang boleh menyebabkan kulit wajah kita kotor. Antaranya ialah:
- Mengunjungi kawasan pasar malam atau bazar Ramadan
- Terlibat dalam kesesakan lalu lintas (penunggang motosikal)
- Kedai-kedai makan yang menjual makanan bakar seperti sate
Kawasan berasap dan berdebu seperti ini akan menyebabkan zarah-zarah kotor melekat pada wajah.
Oleh itu, anda digalakkan untuk mencuci muka dengan menggunakan facial wipe tissues atau micellar water bagi menanggalkan kekotoran di wajah.
Jika anda dapati terdapat kesan-kesan kotor pada produk yang dinyatakan, maka itu merupakan petanda bahawa wajah anda perlu dibersihkan secara teliti.
5 Kandungan Bahan Produk Hilangkan Jerawat
Tahukah anda bahawa terdapat 5 kandungan di dalam produk skincare yang dapat merawat masalah jerawat?
- Benzoyl Peroxide
Benzoyl Peroxide membantu untuk mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat. Ia juga sesuai dijadikan sebagai treatment untuk merawat jerawat untuk tempoh masa yang lama.
Namun begitu, penggunaan produk yang mengandungi Benzoyl Peroxide akan menyebabkan kulit wajah anda kekeringan.
Oleh itu, anda perlu apply produk tersebut sekadar dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
- Clindamycin & Erythromycin
Clindamycin dan Erythromycin ialah sejenis antibiotik yang dapat mengawal pembiakan bakteria P. Acnes. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan jerawat daripada bertambah teruk.
- Salicylic Acid
Kandungan ini tidak lagi asing di bibir rakyat Malaysia pada masa kini.
Salicylic acid berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati dari permukaan wajah. Ini yang dipanggil sebagai chemical peeling.
Selain daripada membuang sel-sel kulit mati, salicylic acid juga dapat mengelakkan liang roma anda tersumbat dan merawat jerawat yang tumbuh di dalam kulit.
- Azelaic Acid
Bahan ini dapat mengurangkan bengkak dan keradangan jerawat pada permukaan wajah. Ia boleh didapati di dalam bahan organik seperti gandum dan barli.
- Dapzone
Dapzone diperkaya dengan kandungan anti-bakteria yang tinggi. Maka, anda digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi dapzone sebanyak 2 kali sehari.
Kesimpulannya, pertumbuhan jerawat pada permukaan wajah bukanlah perkara yang remeh. Ia boleh menyebabkan tahap keyakinan seseorang individu merosot.
Buat mereka yang amat mementingkan penampilan wajah yang bersih; sama ada lelaki mahupun wanita, usaha anda sangat dikagumi!
Anda boleh mencari produk-produk skincare yang kami kongsikan di atas sebagai alternatif bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih.
Sekiranya anda memerlukan sokongan daripada pakar dermatology, anda boleh merujuk dengan kami di DERMALENE.
DERMALENE ialah sebuah klinik aesthetic yang diasaskan oleh Dr Alina Hasni yang telah melengkapkan pengajiannya dalam bidang Clinical Dermatology daripada Universiti Cardiff.
Disebabkan minat beliau yang begitu mendalam terhadap skop penjagaan kendiri, beliau berkongsi tips kecantikan dan kesihatan di online platform, Youtube.
Kini, DERMALENE sudah mempunyai 5 cawangan di lokasi berikut:
- Persiaran Ampang UKAY, Ampang di Selangor.
- Medan Pusat 2d, Seksyen 9 di Bangi, Selangor.
- KL Traders Square di Kuala Lumpur.
- Vista Alam, Seksyen 14 di Shah Alam, Selangor.
- Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bahru, Kelantan.
Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan kulit di klinik kami?
- Sesi konsultasi dijalankan selama 30 minit.
- Rawatan kulit hanya dalam 45 minit sahaja.
- Doktor-doktor pakar kulit yang bertauliah dan terpelajar.
- Rawatan kulit yang skin-friendly, iaitu tidak menggunakan sebarang suntikan.
- Menggunakan teknologi terkini dan selamat
Buat anda yang ingin mendapatkan rawatan kulit di DERMALENE, anda boleh menekan pautan di bawah untuk menempah janji temu.
17 Petua dan Cara Menghilangkan Jerawat (Mudah dan Pantas)
"Arghhh, jerawat dah timbul, macam mana cara untuk menghilangkan jerawat ni. "
Itulah perasaan yang dialami apabila anda melihat cermin pada waktu pagi. Memang menjadi igauan buat wanita sampai tak yakin nak keluar berjumpa orang.
Cara Menghilangkan Jerawat
Berikut adalah 17 cara menghilangkan jerawat yang telah dibuktikan boleh mengecutkan jerawat dengan pantas, selamat dan mudah dilakukan.
-
Aloe Vera
Cara hilangkan jerawat dengan cepat ialah menggunakan Aloe Vera atau daun lidah buaya.
Jika anda ada menanamnya di rumah, ia adalah satu bonus lebih-lebih lagi untuk anda yang berhadapan dengan masalah jerawat!
Gel yang terkandung pada daun Aloe Vera dikatakan dapat membantu mengecutkan jerawat dengan pantas.
Tapi jika tiada bahan semula jadi, tak mengapa kerana di farmasi terdapat pelbagai jenama gel aloe vera yang dijual.
Cara menggunakannya cukup mudah:
Ambil lendir pada aloe vera atau gel yang anda beli, sapukan pada seluruh wajah atau kawasan yang berparut dan biarkan semalaman.
Basuh wajah seperti biasa apabila bangun tidur.
-
Asam Jawa & Bedak Sejuk
Asam jawa bukan sekadar menjadi perasa kepada makanan, tetapi bahan alami ini juga bermanfaat untuk mendapatkan wajah yang licin bebas dari parut jerawat.
Caranya hanyalah campurkan sedikit asam jawa bersama air kosong dan jadikan dalam bentuk pes. Pastikan ia tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Kemudian, campur lima ketul beduk sejuk pada paste itu tadi. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air dan bolehlah disapukan pada wajah seperti memakai masker.
Biarkan selama 30 minit, seterusnya bilas. Lakukan setiap malam sehingga parut jerawat hilang sepenuhnya.
-
Minyak Zaitun, Lemon & Bedak Sejuk
Satu lagi petua hilangkan jerawat ialah dengan menggunakan minyak zaitun, lemon dan juga bedak sejuk.
Caranya, ambil lima biji bedak sejuk, perahkan sedikit lemon dan dicampurkan bersama satu sudu kecil minyak zaiton. Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut sehingga sebati.
Jadikan sebagi masker dan biarkan selama 30 minit kemudian bilas hingga bersih.
Bagaimanapun, petua ini tidak digalakkan diamalkan setiap malam kerana dikhuatiri boleh menghakis wajah berikutan lemon bersifat asid.
-
Timun
Satu lagi bahan alami yang murah serta mudah didapati tetapi menjadi agen yang cukup berkesan untuk membantu anda yang bermasalah dengan jerawat.
Cara hilangkan jerawat dengan timun cukup mudah, caranya kisar timun dan tapiskan hampasnya. Hampas timun kemudian dijadikan sebagai masker dan dibiarkan selama 30 minit.
Manakala ambil lebihan air daripada timun berkenaan, masukkan ke dalam botol penyembur untuk dijadikan sebagai penyegar.
Sembur pada wajah selepas mencuci. Ia bukan saja membantu menghilangkan jerawat tetapi turut mencerahkan kulit anda!
-
Tomato
Tomato juga sangat bermanfaat untuk kecantikkan kulit termasuk membantuk menghilangkan parut jerawat.
Caranya sangat mudah, hancurkan tomato sehingga menjadi pes. Jadikan sebagai masker, biarkan seketika, bilas dan kemudian lap wajah sehingga kering.
-
Scrub
Scrub wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kerana dipercayai mampu memudarkan parut jerawat. Bagaimana scrub membantu menghilangkan parut jerawat?
Setiap kali anda scrub wajah, sel kulit lama akan tertanggal dan digantikan dengan sel kulit yang baru. Terdapat pelbagai jenama scrub yang boleh anda dapati dipasaran tetapi anda juga boleh menghasilkan scrub sendiri hanya menggunakan kopi.
Caranya ambil satu sudu kecil serbuk kopi dan campurkan dengan sesudu kecil gula pasir. Kemudian masukkan sedikit air. Anda juga boleh menggunakan madu untuk menggantikan air.
Sapu pada wajah, biarkan seketika dan kemudian scrub perlahan-lahan. Amalkan petua ini tiga kali seminggu. Anda pasti terkejut melihat kesannya jika diamalkan secara konsisten.
-
Cuka Epal
Cuka epal boleh membantu menghilangkan parut jerawat.
Apa yang perlu anda lakukan ialah basahkan kapas dengan cuka epal dan sapukan pada parut jerawat.
Biarkan lima minit dan kemudian cuci bersih.
Oleh kerana sifat cuka epal yang berasid, anda tidak digalakkan melakukan amalan ini dengan kerap. Seminggu sekali sudah memadai.
-
Madu Asli & Yogurt
Madu memang dikenali mempunyai 1001 khasiat termasuklah dalam soal penjagaan wajah. Madu dikatakan baik untuk menghilangkan parut jerawat.
Caranya ambil sesudu kecil madu dan campurkan dengan sesudu kecil yogurt asli.
Masukkan seketika ke dalam peti sejuk, setelah itu jadikan sebagai masker. Biarkan semalaman pada wajah dan cuci macam biasa keesokan paginya.
Artikel Berkaitan; Cara Hilangkan Jerawat Dengan Ingredients Ini!
-
Kulit kayu manis & Madu.
Ambil sedikit serbuk kulit kayu manis, campurkan bersama sedikit madu.
Jadikan seperti pes dan sapukan ke wajah yang berparut. Biarkan semalaman dan cuci seperti biasa.
-
Air Basuhan Beras
Jangan buang air yang digunakan untuk membasuh beras, sebaliknya ambil air basuhan beras dan masukkan dalam bekas kosong.
Kemudian basuh seluruh muka sehingga rata. Biarkan setengah jam kemudian barulah basuh muka anda.
-
Makan Secara Sihat
Amalan pemakanan yang tidak seimbang juga dipercayai boleh menyumbang kepada masalah jerawat.
Makanan proses dan mengandungi minyak menyebabkan kenapa kulit kita sering bermasalah.
Oleh itu perbanyakkan pengambilan makanan yang seimbang daripada buah-buahan serta sayur-sayuran.
Mengambil jumlah nutrien yang betul dapat membantu memperbaiki kulit yang bermasalah.
Elakkan makanan yang diproses atau mengandungi banyak gula untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bebas jerawat.
-
Rehat Secukupnya
Tidur dan berehat dipercayai dapat memperbaiki kerosakan yang berlaku pada tubuh dan wajah.
Pastikan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari kerana disamping dapat melegakan badan, ia juga dipercayai dapat membuang toksin berbahaya pada tubuh.
Tidur yang cukup juga berkeupayaan memperbaharui sel kulit. Oleh itu anda dinasihatkan supaya tidur awal setiap hari supaya dapat merehatkan diri secukupnya.
-
Bersenam
Bersenam bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga dipercayai dapat mengurangkan masalah jerawat yang dihadapi.
Ini kerana sewaktu bersenam, badan kita akan melepaskan hormon endorfin. Hormon ini dipercayai dapat menurunkan tekanan serta mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit wajah.
Senaman juga dapat mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam tubuh serta membersihkan sel kulit mati.
Bersenam 30 minit setiap hari dapat membantu mengurangkan jerawat dan menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga.
-
Minum Air Kosong
Badan kita terdiri daripada 70% air. Amalan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari akan membantu badan kita beroperasi dengan baik.
Air membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh dan menjadikan kita lebih muda & bertenaga.
Jumlah air yang diambil berbeza bagi setiap individu bergantung kepada berat badan.
-
Gunakan ‘Skincare’ Yang Sesuai
Pilih skincare yang sesuai dengan kulit supaya masalah yang dialami dapat diatasi dengan betul.
Sebelum membeli sebarang produk, pastikan terlebih dulu jenis kulit wajah anda supaya tidak mendatangkan masalah lebih teruk.
Penggunaan skincare yang kurang sesuai dengan kulit akan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan menjadi punca liang roma tersumbat.
Itulah menjadi punca kepada timbulnya jerawat.
Oleh itu, amat penting untuk anda memilih skincare yang bersesuaian supaya masalah anda tidak bertambah teruk.
-
Guna Pelindung Matahari
Wajah yang kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet tanpa dilindungi menyebabkan kita kelihatan tua dari usia.
Ia juga amat merbahaya dan boleh menjadi punca kepada kanser kulit.
Sinaran matahari juga boleh menyebabkan penuaan pramatang seperti timbulnya bintik matahari, garis halus serta kedutan.
Pastikan anda menjadikan pemakaian krim pelindung matahari sebagai rutin penjagaan wajah harian.
-
Kerap Mandi
Pastikan anda mandi setiap hari kerana kekerapan mandi dapat merendahkan pengeluaran minyak dari kulit serta membunuh bakteria.
Ia juga membantu membersihkan sel kulit mati. Sel kulit mati dikatakan menjadi punca kepada masalah jerawat.
Jadi jika anda ingin memiliki kulit wajah yang bersih bebas dari jerawat, pastikan anda bukan saja menjaga luaran semata-mata sahaja.
Anda juga perlu menjaga dalaman tubuh kerana kecantikan luaran bermula dari dalaman kita.
Makanlah makanan yang seimbang, dapatkan tidur secukupnya, minum air mengikut keperluan, jaga kebersihan dan amalkan petua yang dikongsikan supaya dapat bebas dari jerawat.
P.S Jika anda masih lagi tercari-cari tempat rawatan kulit yang bagus untuk merawat masalah penyakit kulit yang anda hidapi, anda bolehlah mendapatkan rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene.
Dermalene merupakan local brand yang menawarkan perkhidmatan rawatan kulit untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat dan terjaga.
Selain itu, Dermalene juga telah mengeluarkan produk skin care yang diperbuat dari bahan bebas chemical dan di keluarkan oleh makmal yang diiktiraf.
Bukan itu sahaja, Dermalene telah mendapat sijil HALAL serta berdaftar bersama KKM demi memastikan produk dikeluarkan selamat dan boleh digunakan tanpa rasa was-was.
Dermalene juga menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah. dan dikendalikan oleh doktor profesional dan diiktiraf.
Banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit mereka makin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene
Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah:
- chemical peel treatment
- glycolic peel
- hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.
Dermalene pasti dapat membantu anda tidak kira jenis kulit samada kulit kombinasi, kulit berminyak mahupun kulit sensitive.
Bukan itu sahaja, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan. Anda boleh walk-in ke Dermalene skin-centre yang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu.