fbpx
rawatan muka

Parut Jerawat: Punca, Tips Dan Dapatkan Treatment Di Dermalene!

Jerawat dah pulih tapi tinggalkan kesan seperti parut jerawat. Mesti stres, kan? Meskipun tidak berbahaya tetapi ianya boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan individu. Masalah parut ini tidak dapat ditutup oleh penggunaan makeup semata-mata terutama dalam tempoh yang panjang. Memang benar parut boleh pudar seiring masa tetapi tidak dapat hilang sepenuhnya kecuali dengan rawatan yang sesuai. Anda ingin tahu rawatan untuk mengatasi masalah parut jerawat? Teruskan membaca perkongsian dalam artikel ini.

Macam Mana Parut Jerawat Terjadi?

Jerawat boleh menyebabkan terjadinya keradangan pada kulit. Keradangan ini hilang setelah parut surut atau pulih tetapi meninggalkan bekas bertompok berwarna gelap atau merah.
  • Post Inflammatory Erythema (PIE)
Parut yang berwarna kemerahan atau pink serta terdapat jerawat yang aktif.
  • Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)
Parut yang berwarna gelap dan hitam serta terdapat jerawat yang aktif. Bekas jerawat tersebut akan perlahan-lahan pudar dalam tempoh berbulan-bulan tetapi boleh jadi makin gelap jika salah cara. Cerita tentang kulit berparut pula, ia disebabkan penghasilan kolagen yang kurang semasa proses pembaikan kulit akibat jerawat. Dalam bidang kesihatan, terdapat beberapa jenis kategori parut iaitu parut atropik, keloid, dan kontraktur.
  • Keloid

Keloid adalah parut yang besar dan luas kesan daripada kecederaan asal. Apabila kulit luka, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan. Ia menjadi tisu parut keras yang mempunyai ciri-ciri seperti menonjol dan saiz yang kerap membesar.
  • Parut Atrofik

Biasanya parut atropik berlaku lebih kerap pada wajah akibat daripada kebiasaan memicit jerawat dengan jari. Sentuhan jari yang kotor dapat meningkatkan risiko terjadinya jerawat dan meningkatkan risiko untuk mendapat parut. Parut atrofik sejenis parut berlubang atau berlekuk yang disebabkan oleh kehilangan tisu dan kolagen yang terjadi daripada proses penyembuhan di bawah permukaan kulit. Parut Atrofik ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis parut:
  • Ice pick scars
Parut jenis ini dipanggil “ice pick” kerana bentuk seperti lubang yang terkena objek tajam seperti pemecah ais dan jarum. Parut ini boleh masuk sehingga ke lapisan dalam kulit atau dermis. Bagaimana parut ini terhasil? Parut ice pick terbentuk apabila radang sampai ke permukaan kulit. Kebiasaan terhasil akibat jerawat cyst iaitu jerawat besar dan sakit yang terhasil di bahagian rahang, dagu dan pipi.
  • Boxcar scars
Parut boxcar adalah jenis masalah parut yang biasa dalam kalangan individu. Parut ini sejenis bekas luka yang berbentuk bulat atau oval dengan bahagian hujung mempunyai garis yang jelas. Lubang parut ini lebih lebar berbanding parut jenis ice pick. Punca awal disebabkan kesan jerawat yang pernah muncul pada wajah.
  • Rolling scars
Parut "rolling" ini nampak seperti berombak atau bukit bukau di atas kulit. Muncul sebagai lekukan pada kulit yang tidak terlalu dalam tetapi diameternya boleh mencecah ukuran beberapa milimeter.

Tangani Parut Jerawat di Dermalene

Sebenarnya, tiada skincare yang boleh menghilangkan parut berlekuk dan berlubang akibat jerawat. Ia memerlukan rawatan khas untuk rawat masalah tersebut. Berbeza dengan parut jerawat yang gelap dan merah, anda boleh rawat dengan pemakaian krim pelindung matahari setiap hari. Cara ini dapat mengelakkan parut menjadi semakin gelap. Anda telah cuba pelbagai cara untuk merawat parut jerawat namun parut masih tidak hilang? Jom kami bantu! Dermalene ada menyediakan beberapa rawatan yang boleh menyelesaikan masalah parut jerawat. Diasaskan oleh Dr Alina Hasni iaitu seorang doktor bertauliah dan berkelulusan dalam jurusan Clinical Dermatology. Dermalene terdiri daripada ahli-ahli yang mahir dalam penjagaan kulit wajah. Umumnya, parut akan dianalisis terlebih dahulu untuk menentukan jenis rawatan yang sesuai. Keputusan ini juga bergantung pada kedalaman dan bentuk parut pada kulit anda. Di Dermalene, konsultasi awal akan dijalankan secara terperinci termasuk menggunakan mesin face scanner yang canggih. Kemudian, barulah rawatan yang sesuai akan dicadangkan. Untuk masalah parut jerawat, terdapat rawatan Resurface dan rawatan Dermapen. Rawatan RESURFACE merupakan kaedah berkesan untuk meremajakan kulit tanpa proses pembedahan. Antara kelebihan lain rawatan ini ialah:
  • Rawatan selamat dan berkesan dengan masa downtime yang kurang
  • Memudarkan kesan parut
  • Membuat tekstur kulit menjadi lebih sekata
Rawatan DERMAPEN pula membolehkan sel kulit rosak dan sel kulit sihat bergabung untuk pembentukan kolagen baharu. Dengan itu, kulit akan kembali menjadi sekata semula. Selain merawat masalah parut jerawat, rawatan ini juga membantu untuk:
  • Menghilangkan garis halus
  • Menghilangkan kedutan
  • Meningkatkan keanjalan kulit

Kenapa Kena Pilih Dermalene?

  • Caring skin life partner yang berjaya merawat 50,000 masalah kulit terutama masalah jerawat, jeragat dan parut
  • Rawatan kulit patuh shariah yang skin friendly iaitu tanpa sebarang suntikan
  • Terdiri daripada doktor pakai kulit yang bertauliah
  • Menggunakan teknologi terkini yang selamat untuk kulit wajah
  • Mendapat sesi konsultasi dan tips penjagaaan kulit wajah
  • Rawatan kulit selama 45 minit
  • Memberi tips penjagaan kulit muka yang baik
  • Mendapat 4.9 star ratings di Google Review
Ingat, masalah parut berlekuk dan parut berlubang tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan skincare sahaja. Hanya rawatan wajah yang boleh membantu mengembalikan kulit yang sekata serta meransang pembentukan kolagen baru daripada dalam kulit. Apa terjadi jika parut jerawat dibiarkan? Berkemungkinan menjadi lebih tebal dan akan meninggalkan garis luka. Jangan berlengah lagi, jom rawat masalah parut jerawat di Dermalene untuk memiliki wajah yang bersih dan cantik. Dapatkan Treatment Parut Jerawat di Dermalene
cara hilangkan jerawat

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Ingredients Ini!

Buat mereka yang menghadapi masalah breakout wajah, pasti anda telah menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat.

Mana tidaknya, masalah ini boleh menyebabkan seseorang individu kurang berkeyakinan untuk bersosial bersama orang ramai.

Disebabkan itu kami akan berkongsi beberapa cara untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan alami dan juga produk.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

 

 

Definisi Ringkas Masalah Jerawat

cara hilangkan jerawat

Pada bahagian ini, kami akan menerangkan definisi masalah jerawat.

Perkara ini penting dalam menerapkan penjagaan kebersihan kendiri dalam kalangan orang ramai.

Secara amnya, jerawat merujuk kepada bintik-bintik pada permukaan wajah. 

Ia merupakan masalah kulit yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang roma.

Terdapat dua faktor utama yang boleh menyebabkan tersumbatnya liang roma iaitu penghasilan minyak (sebum) berlebihan dan sel kulit mati.

Maka, anda digalakkan untuk melakukan scrubbing bagi menanggalkan kesan berminyak serta sel kulit mati daripada wajah.

Dengan berbuat demikian, wajah anda akan tampak lebih berseri dan bersih meskipun tidak memakai alat solek.

 

 

Jenis-jenis Jerawat 

Seperti yang dinyatakan di atas, penghasilan sebum berlebihan dan sel kulit mati akan menyebabkan liang roma wajah tersumbat.

Sekiranya anda memandang enteng terhadap penjagaan kebersihan wajah, ia akan menyebabkan sejenis bakteria membiak di dalam liang roma.

Bakteria tersebut dikenali sebagai Propionibacterium acnes, atau singkatannya ialah P. Acnes.

Ia akan menyebabkan jenis-jenis jerawat seperti di bawah muncul pada permukaan wajah:

 

1. Bebintik hitam

Bebintik hitam ialah punca utama terjadinya jerawat hitam dan jerawat putih.

Jerawat hitam atau bebintik terbuka terjadi akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat.

jenis jerawat blackhead

Antaranya adalah merokok dan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi.

Selain itu, kelembaban kulit yang tinggi juga boleh mengundang kepada terjadi jerawat hitam.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan senaman dan scrubbing (secara berkala) bagi mengurangkan kandungan air berlebihan daripada tubuh badan.

Manakala, jerawat putih atau bebintik tertutup pula adalah disebabkan penghasilan sebum dan pembiakan bakteria pada permukaan kulit muka.

Berikut merupakan ciri-ciri jerawat putih:

  • Mempunyai bintik putih yang kecil 
  • Keras 
  • Sekeliling jerawat ini tidak meradang (atau kemerahan) 
  • Tumbuh di dahi, pipi, dan kawasan di bawah mata. 

 

2. Jerawat biasa (Papules) 

jenis jerawat biasa

Pori-pori wajah yang tersumbat merupakan punca utama terjadinya jerawat biasa.

Pembiakan bakteria P. Acnes akan menyebabkan rasa radang pada sekitar jerawat.

Kebiasaannya, jerawat ini memiliki bintik kecil dan berwarna merah atau merah jambu.

 

3. Jerawat Besar (Pustules)

jenis jerawat besar

Jika jerawat biasa tidak dirawat dengan segera, ia akan membesar dan dikenali sebagai jerawat besar.

Lazimnya, jerawat besar memiliki ciri-ciri seperti bermata putih, berwarna merah dan keradangan.

 

4. Jerawat Nodul & Sista (Nodules & Cysts)

Jerawat Nodul & Sista amat sukar untuk dirawat kerana saiznya yang besar dan ia menyebabkan rasa sakit kepada si individu.

Buat pengetahuan anda, Nodul ialah jerawat berbintik besar dan keras yang tumbuh di dalam permukaan kulit muka.

Manakala, Sista ialah jerawat yang bermata besar tetapi lembut. Rupa jerawat ini adalah seakan bisul.

Untuk merawat kedua-dua jerawat jenis ini, anda perlu merujuk kepada pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat serta tindakan yang sewajarnya.

 

 

Punca-punca Terjadinya Jerawat 

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa punca yang menyebabkan terjadinya pertumbuhan jerawat di wajah.

Berikut merupakan punca-puncanya:

 

1. Stress

Stress atau tekanan di institusi pembelajaran atau tempat kerja merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan jerawat.

Ini terjadi disebabkan penghasilan hormon yang tidak seimbang di dalam tubuh badan.

Meskipun anda perlu bertungkus-lumus dalam hal akademik dan kerjaya, anda disarankan untuk memikirkan kepentingan kesihatan mental dan fizikal.

 

2. Kedatangan haid atau hamil

Wanita yang sedang kedatangan haid atau hamil akan mengalami perubahan hormon.

Pertumbuhan jerawat dalam kalangan wanita yang sedang haid adalah sebelum atau semasa tempoh tersebut.

Manakala, bagi wanita mengandung pula, pertumbuhan jerawat lazimnya akan timbul ketika 3 bulan pertama kandungan.

 

3. Tidak membersihkan wajah secara teliti

punca jerawat

Pasti anda tertanya-tanya, mengapa jerawat masih timbul sedangkan anda sudah membersihkan wajah menggunakan produk pencuci muka?

Salah satu sebabnya adalah anda tidak mencuci wajah secara teliti. Anda perlu melakukan rotation pada muka selama 30 saat atau seminit untuk mendapatkan kulit yang bersih.

Rotation ini dibuat untuk memastikan muka anda bersih daripada segala kekotoran dan sebum yang boleh menyumbatkan liang roma.

 

4. Penggunaan produk yang berminyak

minyak punca jerawat

Sekiranya anda melayari Internet, anda pasti akan terjumpa beberapa tips penjagaan kulit yang menggunakan produk berminyak.

Produk berminyak seperti minyak zaitun semestinya bagus untuk membersihkan wajah daripada alat solek serta memberi kelembaban kulit.

Namun, penggunaan produk berminyak secara berlebihan pada muka boleh menyebabkan liang roma tersumbat.

Untuk itu, anda perlu mengehadkan pemakaian produk berminyak dan mencuci muka secara teliti agar liang roma tidak tersumbat.

 

5. Terdedah kepada pencemaran udara

pencemaran punca jerawat

Sebenarnya, terdapat situasi-situasi yang boleh menyebabkan kulit wajah kita kotor. Antaranya ialah:

  1. Mengunjungi kawasan pasar malam atau bazar Ramadan 
  2. Terlibat dalam kesesakan lalu lintas (penunggang motosikal) 
  3. Kedai-kedai makan yang menjual makanan bakar seperti sate

Kawasan berasap dan berdebu seperti ini akan menyebabkan zarah-zarah kotor melekat pada wajah.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mencuci muka dengan menggunakan facial wipe tissues atau micellar water bagi menanggalkan kekotoran di wajah.

Jika anda dapati terdapat kesan-kesan kotor pada produk yang dinyatakan, maka itu merupakan petanda bahawa wajah anda perlu dibersihkan secara teliti.

 

5 Kandungan Bahan Produk Hilangkan Jerawat

bahan hilangkan jerawat

Tahukah anda bahawa terdapat 5 kandungan di dalam produk skincare yang dapat merawat masalah jerawat?

 

  • Benzoyl Peroxide

Benzoyl Peroxide membantu untuk mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat. Ia juga sesuai dijadikan sebagai treatment untuk merawat jerawat untuk tempoh masa yang lama.

Namun begitu, penggunaan produk yang mengandungi Benzoyl Peroxide akan menyebabkan kulit wajah anda kekeringan.

Oleh itu, anda perlu apply produk tersebut sekadar dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.

 

  • Clindamycin & Erythromycin

Clindamycin dan Erythromycin ialah sejenis antibiotik yang dapat mengawal pembiakan bakteria P. Acnes. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan jerawat daripada bertambah teruk.

 

  • Salicylic Acid

Kandungan ini tidak lagi asing di bibir rakyat Malaysia pada masa kini.

Salicylic acid berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati dari permukaan wajah. Ini yang dipanggil sebagai chemical peeling.

Selain daripada membuang sel-sel kulit mati, salicylic acid juga dapat mengelakkan liang roma anda tersumbat dan merawat jerawat yang tumbuh di dalam kulit.

 

  • Azelaic Acid

Bahan ini dapat mengurangkan bengkak dan keradangan jerawat pada permukaan wajah. Ia boleh didapati di dalam bahan organik seperti gandum dan barli.

 

  • Dapzone

Dapzone diperkaya dengan kandungan anti-bakteria yang tinggi. Maka, anda digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi dapzone sebanyak 2 kali sehari.

Kesimpulannya, pertumbuhan jerawat pada permukaan wajah bukanlah perkara yang remeh. Ia boleh menyebabkan tahap keyakinan seseorang individu merosot.

 

Buat mereka yang amat mementingkan penampilan wajah yang bersih; sama ada lelaki mahupun wanita, usaha anda sangat dikagumi!

Anda boleh mencari produk-produk skincare yang kami kongsikan di atas sebagai alternatif bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih.

Sekiranya anda memerlukan sokongan daripada pakar dermatology, anda boleh merujuk dengan kami di DERMALENE.

DERMALENE ialah sebuah klinik aesthetic yang diasaskan oleh Dr Alina Hasni yang telah melengkapkan pengajiannya dalam bidang Clinical Dermatology daripada Universiti Cardiff.

Disebabkan minat beliau yang begitu mendalam terhadap skop penjagaan kendiri, beliau berkongsi tips kecantikan dan kesihatan di online platform, Youtube.

Kini, DERMALENE sudah mempunyai 5 cawangan di lokasi berikut:

  • Persiaran Ampang UKAY, Ampang di Selangor.
  • Medan Pusat 2d, Seksyen 9 di Bangi, Selangor. 
  • KL Traders Square di Kuala Lumpur.
  • Vista Alam, Seksyen 14 di Shah Alam, Selangor.
  • Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bahru, Kelantan. 

 

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan kulit di klinik kami?

  • Sesi konsultasi dijalankan selama 30 minit.
  • Rawatan kulit hanya dalam 45 minit sahaja. 
  • Doktor-doktor pakar kulit yang bertauliah dan terpelajar.
  • Rawatan kulit yang skin-friendly, iaitu tidak menggunakan sebarang suntikan. 
  • Menggunakan teknologi terkini dan selamat 

 

Buat anda yang ingin mendapatkan rawatan kulit di DERMALENE, anda boleh menekan pautan di bawah untuk menempah janji temu.

 

Tempah Janji Temu DERMALENE Sekarang

Product has been added to your cart
×