4 Cara Semulajadi Mengatasi Masalah Kulit Muka Kering (No. 3 Anda Mesti Cuba)
Adakah anda mengalami masalah kulit muka kering dan sudah buntu bagaimana ingin merawatnya?
Pelbagai jenis ubat dan penjagaan kulit muka anda dah cuba tapi masih lagi tiada yang berkesan?
Jangan risau, anda berada di tempat yang betul.
Artikel ini akan berkongsi 5 cara semulajadi merawat masalah kulit muka anda yang kering.
Punca Masalah Kulit Muka Kering
1. Penggunaan air panas yang kerap
Adakah anda sering mencuci muka dan mandi menggunakan air panas?
Rupanya, penggunaan air panas dengan kerap dapat mengeringkan kulit.
Kadang kala, tekstur kulit berasa lebih baik apabila dicuci dengan air panas kerana kadar minyak dan air berkurang.
Namun begitu, air panas boleh mengeringkan kulit kerana ia merosakkan sel keratin yang berada di lapisan atas kulit.
Apabila sel ini terganggu, ia dapat menghalang kulit dari menyerap kelembapan.
2. Penggunaan pencuci muka yang kasar
Sememangnya tidak dinafikan bahawa mencuci muka dengan sabun dapat membersihkan dan menyingkirkan kotoran pada kulit muka.
Namun, memakai pencuci muka yang kasar terhadap kulit boleh mengakibatkan kulit menjadi kering.
Ini kerana ia berpotensi untuk menyingkirkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit.
Hal ini menyebabkan minyak semulajadi tersebut yang sepatutnya menjaga lapisan luar kulit terhakis.
Akibatnya, kondisi ini menyebabkan kulit kering.
3. Cuaca/Iklim
Menetap di negara beriklim panas dan lembap menjadikan anda sering berada di dalam bilik yang berhawa dingin.
Seperti yang diketahui, penghawa dingin menyerap kelembapan dari udara yang juga dapat menyerap kelembapan dari kulit anda.
Ini dapat mempengaruhi epidermis kulit dan secara tuntasnya membuat kulit anda sangat kering.
Jika kulit anda tidak dihidrat dengan secukupnya, kekeringan kulit secara berterusan akan memberi impak terhadap lapisan dalam bahagian kulit.
Lama-kelamaan, kulit yang sentiasa kering dalam waktu yang berpanjangan adalah cenderung untuk menggelupas.
4. Faktor lingkungan usia
Semakin anda berusia, kulit anda menjadi semakin nipis dan kering.
Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan pengeluaran sel secara merosot.
Semua jenis kulit adalah berpotensi untuk menjadi kering apabila usia meningkat.
Walaubagaimanapun, ini bukan lah masalah yang janggal kerana ia merupakan masalah yang umum bagi semua orang.
Oleh itu, sangat lah penting untuk anda sentiasa memakai pelembap muka untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dan lembap.
5. Kekurangan vitamin
Badan kita memerlukan vitamin yang mencukupi.
Kadangkala, vitamin daripada diet seharian kita tidak mampu menampung keperluan badan.
Pengambilan vitamin mampu membantu mengisi kelompongan tersebut.
Kulit yang kekurangan vitamin akan mula menghadapi masalah kulit seperti kering dan kusam.
Pengambilan vitamin A adalah sangat penting untuk dapat kulit yang sihat.
Artikel Berkaitan: Rimas Dengan Kulit Kering? Amal Tips Ini
4 Cara Semulajadi Mengatasi Masalah Kulit Muka Kering
Kadangkala menjaga kulit muka boleh memakan kos yang tinggi sedangkan terdapat pelbagai cara semulajadi yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah kulit muka kering.
1. Tomato
Tomato dapat melembabkan kulit dan baik untuk sesiapa yang mempunyai kulit kusam.
Caranya amatlah mudah iaitu lenyekkan sebiji tomato yang telah dipotong kecil-kecil sehingga keluar jus tomato tersebut.
Sapukan jus itu ke seluruh wajah untuk jadikan seperti masker dan biarkan selama 10 minit supaya dapat diserap oleh kulit muka.
Bilas dengan air suam dan lakukannya dengan kerap untuk melihat hasil yang menakjubkan.
2. Madu
Untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih lembab dan anjal, gunakan madu asli.
Madu terkenal sebagai pelembap semulajadi yang mengandungi antioksidan dan antibakteria.
Tambahan lagi, madu mengandungi banyak vitamin yang dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit.
Lulurkan madu ke seluruh badan dan wajah selama 5 hingga 10 minit sebelum mandi.
Jadi ini rutin harian anda untuk menikmati kulit yang sihat dan lembap.
3. Minyak kelapa
Minyak kelapa adalah sangat bagus untuk merawat kulit yang kering.
Oleskan minyak kelapa sawit di kulit badan dan bahagian badan yang kering.
Lakukan ini setiap hari untuk mendapat kulit yang lembap dan lembut.
Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa ini selepas mandi sebagai pelembap kulit.
4. Lidah buaya / Aloe Vera
Bahan aktif dalam lidah buaya ini terbukti mampu merawat parut, tompok hitam, mencegah penuaan dan melembapkan kulit.
Belahkan daun lidah buaya ini dan ambil jel pada daun tersebut lalu sapukan pada kulit beberapa kali seminggu.
Anda juga boleh menjadikannya seperti mask muka dengan mencampurkan satu sudu jel lidah buaya dengan satu sudu madu.
Sapukan pada muka selama 15 sehingga 20 minit.
Kesimpulan
Walaupun rawatan semulajadi bagus dan baik untuk kulit anda, anda masih lagi perlu mempunyai rutin penjagaan kulit yang rapi.
Pastikan anda menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kulit anda.
Jika anda masih lagi tercari-cari produk yang sesuai, anda boleh mencuba Demalene.
Produk penjagaan kulit Dermaline dikeluarkan oleh makmal yang diiktiraf jadi anda tidak perlu risau kerana ianya bebas daripada bahan kimia yang membahayakan kulit.
Dermalene juga mempunyai sijil HALAL dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Produk mereka adalah selamat digunakan tanpa ragu-ragu.
Bukan sahaja produk penjagaan kulit, Dermalene juga menawarkan khidmat rawatan kulit.
Antara rawatan kulit yang ditawarkan adalah chemical peel treatment, glycolic peel dan hydrofacial collagen treatment.
Jika anda tidak pasti yang mana nak pilih, anda boleh mendapatkan konsultasi tentang kulit anda terlebih dahulu daripada doktor profesional yang diiktiraf.
Anda boleh walk-in sahaja ke Dermalene Skin Centre di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu.
Atau anda boleh terus hubungi kami dan membuat tempahan temujanji di sini.