fbpx
klinik pakar kulit

Klinik Pakar Kulit Terbaik di Malaysia! [2023]

Kulit yang sihat dan cantik menjadi idaman setiap insan. Namun, ada yang diuji dengan masalah kulit sehingga perlu ke klinik pakar kulit. Dah cuba guna pelbagai produk kecantikan tetapi seperti tidak memberi perubahan, sebaliknya memberi tekanan pula. Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga cenderung mengalami kulit bermasalah atau kulit jenis sensitif. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan bersama anda bagaimana kami, ahli klinik pakar kulit Dermalene bersedia untuk membantu mengurangkan masalah kulit yang dialami.

Masalah Kulit Yang Sering Dialami

Kami akan menerangkan kepada anda beberapa masalah kulit yang sering dialami oleh orang Malaysia. Jadi, sebelum anda mendapatkan rawatan, lebih elok sekiranya anda mengetahui jenis masalah kulit yang dihadapi. Lebih-lebih lagi, apabila cuaca dan musim di Malaysia pada masa sekarang tidak menentu. Baik lelaki mahupun wanita, pasti ada yang mengalami masalah kulit seperti berikut:

1. Kulit Muka Kusam

klinik pakar kulit Kulit yang kusam terjadi apabila keadaan tona kulit yang tidak bermaya. Tekstur kulit kelihatan tidak sekata yang juga dikenali sebagai uneven skin tone. Antara tanda-tanda anda memiliki kulit kusam ialah:
  • Kulit wajah yang kering
  • Lingkaran gelap di bawah mata
  • Munculnya jerawat atau bintik hitam
  • Kulit tiada seri wajah
Mereka yang ada kulit kusam sering kelihatan seperti tidak ceria serta tampak lebih berusia daripada umur sebenar. Berikut merupakan punca-punca bagaimana kulit kusam boleh terjadi:
  • Terdapat kesan penuaan pada wajah antaranya ialah kulit kendur, kedutan, dan garisan halus.
  • Dehidrasi atau kekurangan minum air daripada jumlah yang sepatutnya diminum.
  • Kelembapan kulit yang rendah atau tidak memakai krim pelembab (moisturiser) yang cukup.
  • Terdedah kepada sinaran matahari atau UV untuk tempoh yang lama.

2. Bintik Hitam

klinik pakar kulit Kemunculan bintik-bintik hitam berlaku apabila kulit mengeluarkan melanin melebihi kadar yang biasa. Kemunculan bintik-bintik hitam pada wajah akan menyebabkan seseorang individu kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini disebabkan akibat daripada radang kulit seperti ekzema, jerawat, psoriasis atau luka pada kulit individu. Bintik hitam boleh juga timbul di belakang tangan serta belakang badan dan bahu jika terdedah kepada sinaran matahari secara berlebihan.

3. Kulit Kering

pakar kulit Kulit kering boleh dikenali melalui istilah dan kondisi yang terbahagi kepada tiga iaitu:
  • Asteatosis. Kelenjar sebum menghasilkan rembesan yang berkurangan.
  • Xerosis Bermusim. Sejenis gatal pada musim sejuk disebabkan kelembapan rendah yang melibatkan rasa gatal tanpa ruam.
  • Ekzema. Keradangan kulit dengan gejala seperti kulit kering dan bersisik. Tiada ubat tetapi boleh dikurangkan.
  • Dermatitis. Kulit terengsa yang merujuk kepada masalah kulit hingga menyebabkan kulit radang.
Lazimnya, tanda kulit kering adalah termasuk kulit terasa tegang, kerap alami gatal-gatal, kulit merekah dan nampak kasar. Kulit kering boleh berpunca atas beberapa sebab seperti virus, rengsaan persekitaran, alahan dan proses penuaan. Selain muka, kulit kering juga boleh berlaku pada tangan, paha dan kaki yang mendatangkan ketidakselesaan seperti gatal dan mengelupas.

4. Jeragat

Jeragat merujuk kepada bintik berwarna coklat yang berbentuk datar dan biasanya muncul pada wajah, bahu serta dada. Ia berpunca daripada sinar matahari, faktor genetik atau peningkatan melanin dalam badan. Ia masalah kulit yang dianggap cela kerana menampilkan kulit kelihatan tidak sempurna. Namun, ada yang menganggap bintik-bintik jeragat ini unik sehingga muncul trend menambah “freckling” atau jeragat tiruan.

Tips Penjagaan Muka Selepas Rawatan Muka

Buat mereka yang ingin menjalani rawatan muka di klink pakar kulit, kami akan berkongsi beberapa tips penjagaan muka yang perlu diutamakan, antaranya adalah:

1. Tidak memakai make up atau facial product 

tips jaga muka Bebaskan muka daripada pemakaian make up atau sebarang facial product sekurang-kurangnya 6 jam selepas rawatan.

2. Jangan dedah kulit kepada direct heat

Hindari kulit muka daripada terdedah kepada haba secara langsung seperti steam muka atau sauna sejurus selepas rawatan muka. Ini termasuklah dengan berjemur di tepi pantai, ya.

3. Hanya pergi satu rawatan muka pada satu masa

Langkah ini bertujuan untuk membantu kulit menyesuaikan diri dengan rawatan terutama bagi yang pertama kali. Selain itu, ia juga untuk memastikan kulit dapat adapt dengan proses pemulihan sebelum rawatan muka yang seterusnya.

4. Jangan scrub atau gosok muka 

klinik pakar kulit Ia adalah normal jika mengalami kulit kemerahan atau gatal-gatal selepas rawatan. Perbuatan scrub muka atau menggosok muka termasuklah memicit jerawat tidak sesuai kerana akan menyebabkan ketidakselesaan.
Jika ada tanda dan gejala masalah kulit yang kronik, mungkin petanda anda perlu rujuk ke klinik pakar kulit. Kami di Dermalene merupakan ahli yang mahir dalam selok-belok mengenai rawatan yang sesuai untuk penjagaan kulit wajah. Diasakan oleh Dr Alina Hasni iaitu seorang doktor yang bertauliah dan berkelulusan dalam jurusan Clinical Dermatology daripada Cardiff University. Beliau amat berpengetahuan dalam penjagaan kulit dan wajah sehinggakan beliau membuka akaun media sosial di Youtube. Beliau sering berkongsi maklumat penting mengenai penjagaan kulit, wajah dan juga tips gaya hidup sihat. Selain itu, kami di Dermalene sentiasa komited dalam memastikan kulit wajah anda kembali sihat. Buat anda yang pertama kali ingin melawat kami, ini merupakan details mengenai rawatan muka di DERMALENE:
  • Sesi konsultasi dijalankan selama 30 minit. Kami akan menerangkan situasi kulit wajah anda serta langkah penjagaan dengan lebih mendalam.
  • Rawatan kulit selama 45 minit sahaja.
  • Kami terdiri daripada doktor pakar kulit yang bertauliah serta berkelulusan.
  • Rawatan kulit yang skin-friendly iaitu tidak menggunakan sebarang suntikan.
  • Kami menggunakan teknologi terkini yang selamat untuk kulit wajah anda.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan kulit wajah daripada kami, berikut merupakan 5 cawangan DERMALENE:
  • Persiaran Ampang UKAY, Ampang di Selangor.
  • Medan Pusat 2d, Seksyen 9 di Bangi, Selangor.
  • KL Traders Square di Kuala Lumpur.
  • Vista Alam, Seksyen 14 di Shah Alam, Selangor.
  • Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bahru, Kelantan.
Jadi, tunggu apa lagi?

Tempah Janji Temu DERMALENE Sekarang

Product has been added to your cart
×