Jerawat Badan, Jom Ketahui Puncanya!
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Perkataan jerawat bukan sahaja muncul untuk muka sahaja, ia juga terjadi pada tempat lain dan dipanggil sebagai jerawat badan.
Seperti muka, badan juga mempunyai kelenjar yang merembeskan minyak dan ini adalah penentu faktor kepada jerawat badan.
Ramai yang ambil remeh dengan perkara ini, lebih-lebih lagi dengan kulit di badan.
Mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom, lebih separuh daripada jumlah individu yang mempunyai jerawat mempunyai jerawat badan.
Selain itu, 15 peratus daripada jumlah tersebut mempunyai masalah jerawat di dada.
Untuk yang mempunyai masalah jerawat pada badan ini, artikel ini untuk anda. Teruskan membaca!
Punca Terjadinya Jerawat Badan
Jerawat badan terjadi apabila minyak, kotoran, sel-sel kulit mati dan bakteria menyumbat pori-pori sekitar tubuh badan. Di mana-kawasan permukaan kulit yang mempunyai banyak kelenjar minyak (sebaceous glands), kecenderungan untuk mendapat jerawat badan. Jerawat badan selalu disebabkan oleh peluh yang diserap oleh baju yang dipakai, lebih-lebih jika anda bersukan setiap hari.Faktor yang Menerukkan Jerawat Badan
1. Hormon
Hormon androgen ialah sejenis hormon yang meningkat semasa akil baligh. Hormon ini dijumpai lebih tinggi di kalangan golongan lelaki daripada golongan perempuan. Hormon ini boleh menyebabkan kelenjar minyak membesar dari kebiasaan yang seterusnya menggalakkan penghasilan sebum lebih banyak. Hormon ketika mengandung juga tidak terkecuali, walaupun ia normal ketika ini.2. Ubat
Ubat-ubatan yang mengandungi bahan seperti kortikosteroid, testosteron dan lithium boleh menjadi penyebab jerawat badan. Ubat hormon dan beberapa jenis ubat antidepresi juga boleh menjadi trigger kepada pertumbuhan jerawat badan.3. Genetik
Bila bercakap mengenai jerawat, faktor genetik juga main peranan dalam masalah ini. Jika ibu bapa anda ada masalah yang sama, kebarangkalian untuk anda menghidapi jerawat di badan adalah tinggi.4. Diet
Diet yang mengandungi susu skim dan makanan kaya karbohidrat boleh menjadi punca kepada masalah ini juga. Selain itu, jika anda tidak menjaga paras gula dalam darah akibat diet tidak sihat, insulin akan meningkat dan seterusnya memberi kesan kepada hormon androgen. Seperti yang anda ketahui, hormon androgen akan menyebabkan kelenjar minyak lebih aktif.5. Stres melampau
Stres memberi impak negatif kepada badan. Contohnya, stres menjadi pencetus (trigger) kepada inflamasi dan penghasilan minyak berlebihan seterusnya menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat.Baca Juga Parut Jerawat: Punca, Tips dan Dapatkan Treatment di Dermalene!