fbpx
rawatan muka

Rawatan Muka Untuk Kulit Makin Sihat Ketika Sambutan Raya

Sudah menjadi kebiasaan kita menyambut Aidilfitri dengan wajah yang lebih bersih dan glowing. Mana tidaknya, ada individu yang mendapatkan rawatan muka di klinik aesthetic yang berkelulusan. Menjalani rawatan ini tidak semestinya perlu dilakukan ketika menyambut sesuatu perayaan. Lebih-lebih lagi apabila sambutan Raya ini dijalankan selama sebulan di Malaysia. Jadi, jika anda berhasrat untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi Dermalene. Ia merupakan sebuah klinik aesthetic dilengkapi dengan golongan doktor terpelajar dan peralatan yang canggih. Yang lebih menarik, klinik aesthetic ini akan melakukan rawatan muka menggunakan teknik tertentu berdasarkan keadaan wajah anda. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai rawatan yang bakal diterima. Anda ingin tahu jenis-jenis rawatan muka yang dilakukan di Dermalene? Baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Siapa Yang Perlu Dapatkan Rawatan Muka?

laser rawatan muka Pada bahagian ini, kami akan serta beberapa masalah yang sering dihadapi oleh individu. Jika anda tergolong dalam salah satu daripada kumpulan, pastikan anda mendapat rawatan muka di Dermalene dengan segera.
  •  Individu yang mengalami acne

rawatan muka jerawat Acne bukan lagi suatu masalah yang asing dalam kalangan setiap individu. Ia merupakan isu sensitif dan boleh dijadikan sebagai taboo topic. Sesiapa pun tidak dibenarkan untuk menegur mengenai acne buat individu yang mengalami masalah ini. Namun begitu, sekiranya masalah ini semakin berleluasa, anda perlu dapatkan rawatan dengan segera. Jika tidak, ia boleh merebak bukan sahaja pada muka, malah ke seluruh badan dan semakin sukar untuk dipulihkan. Buat pengetahuan anda, acne merupakan suatu keradangan yang terjadi pada lapisan bawah kulit muka. Keradangan itu berpunca daripada sebum; iaitu minyak yang ada pada wajah untuk memastikan ia tidak kering. Apabila sebum dan sel kulit mati “berkumpul” di lapisan bawah kulit, ia akan menyebabkan liang pori tersumbat. Inilah punca utama terjadinya breakout seperti pimple and zits. Berikut merupakan jenis-jenis acne yang anda perlu tahu:
  • Whitehead (Sejenis masalah acne yang ada pada lapisan bawah kulit dan mempunyai “isi” yang berwarna putih),
  • Blackhead (Sejenis masalah acne yang berpunca daripada liang pori yang tersumbat. Ia terjadi pada permukaan kulit wajah dan berwarna hitam).
  • Papules (Keradangan lesions yang menghasilkan bintik benjolan merah yang kecil pada permukaan wajah).
  • Pustules atau pimples (Bintik-bintik merah keradangan yang mempunyai “isi” berwarna putih atau kuning).
  • Nodules (Sejenis masalah acne yang mempunyai isi, besar, dan keras yang ada pada permukaan wajah.
Terdapat sesetengah situasi yang nodules dipanggil sebagai cystic acne. Di sini, kami akan sertakan punca-punca terjadinya masalah acne:
  • Penghasilan sebum yang terlampau banyak di dalam liang pori.
  • Penghasilan sel kulit mati dalam liang pori.
  • Pertumbuhan bakteria dalam liang pori.
  • Penghasilan hormon androgens.
  • Faktor genetik keluarga.
  • Faktor umur.
  • Individu yang ada dark spots (pigmentation)

rawatan muka Pigmentation yang terjadi pada kulit boleh meninggalkan kesan warna yang lebih gelap pada kulit. Ia terjadi akibat daripada melanin yang terhasil daripada sel kulit. Penghasilan melanin ini akan bertambah teruk apabila sel kulit tersebut sudah “rosak”. Ada golongan individu yang mengalami masalah pigmentation hanya pada wajah. Tetapi, ada juga yang mengalami masalah ini pada seluruh tubuh badan. Faktor seperti mengandung dan terdedah kepada matahari secara terlalu kerap dan lama akan menyebabkan kulit anda menjadi lebih gelap.
  • Individu yang mengalami parut

bekas jerawat Parut terjadi apabila breakout jerawat menembusi permukaan kulit dan merosakkan tisu pada lapisan tersebut. Faktor seperti warna kulit amat memainkan peranan ketika anda ingin merawat parut jerawat. Sebagai contoh, individu yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap perlu mengelakkan daripada menerima rawatan laser kulit. Ini akan menyebabkan parut dan pigmentasi yang lebih mendalam dan tampak dengan lebih jelas. Bagi individu yang mempunyai parut jerawat, anda boleh menggunakan solusi di bawah:
  • Penggunaan produk Alpha Hydroxic Acid (AHA)
  • Penggunaan produk yang mengandungi lactic acid
  • Retinoid
  • Salicylic acid
  • Menggunakan sunscreen sebelum keluar dari rumah
  • Mendapatkan perkhidmatan daripada klinik aesthetic.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Rawatan Muka Di Dermalene?

Kami di Dermalene sedia untuk membantu individu yang ingin mengatasi masalah jerawat, parut, dan juga pigmentasi yang melampau. Pengasas kami iaitu Dr. Alina Hasni sudah lama berkecimpung dalam dunia penjagaan kulit. Pada umur 18 tahun, beliau menumbuhkan sebuah website dan Youtube akaun untuk berkongsi pengalaman dan tips penjagaan kesihatan. Selain itu, beliau melanjutkan pengajian Master di Clinical Dermatology daripada University of Cardiff. Jadi, berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang ditimba sepanjang tempoh pengajian, Dr Alina Hasni berhasrat untuk menumbuhkan klinik aesthetic Dermalene dan membantu orang ramai. Disebabkan itu, Dermalene amat menitikberatkan persekitaran klinik yang bersih, mesra pelanggan dan memiliki staf klinik yang boleh membantu untuk merawat masalah pesakit. Rawatan muka di Dermalene menggunakan teknologi tinggi dan bebas daripada sebarang suntikan di wajah. Jadi, hasil rawatan muka yang lebih selamat dan meninggalkan result yang lebih lama. Dalam pada itu, klinik kami juga sudah berada di media platform seperti Astro Awani, ML Studios, TV3, Borak Kopitiam, dan juga MHI. Jadi, kredibiliti kami sebagai staf di Dermalene sudah menerima kepercayaan daripada orang ramai di Malaysia. Ramai pesakit kami yang sudah mencuba rawatan muka di Dermalene dan mereka berpuas hati dengan hasil dan servis kami! Jika anda ingin mendapatkan rawatan muka di Dermalene, anda akan menerima:
  • Sesi konsultasi wajah selama 30 minit.
  • Rawatan muka akan dijalankan selama 45 minit sahaja.
  • Mempunyai skin support careline.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom Dapatkan Rawatan Muka Di Dermalene Sekarang!
Product has been added to your cart