fbpx
Klinik Kulit Shah Alam

Klinik Kulit SHAH ALAM – Dermalene Medisuite

Di Dermalene Medisuite, setiap senyuman pelanggan sebaik habis rawatan menjadi kepuasan kami. Sebagai salah satu medisuite yang dipantau sepenuhnya oleh doktor kulit bertauliah, Dr Alina Hasni, beliau amat menitikberat setiap masalah kulit pesakit yang datang ke Klinik Kulit Shah Alam milik Dermalene. Lakukan temujanji dengan Dr Alina Hasni lebih awal untuk penerangan kaedah rawatan bersesuaian dengan jenis masalah kulit pelanggan. Kami sedia menerima pelbagai masalah kulit melibatkan jerawat, pigmentasi, jeragat, parut malah rawatan rambut & urutan badan turut disediakan. Beroperasi sejak tahun 2017, perunding kulit, Dr Alina Hasni berjaya menyelesaikan ribuan masalah kulit yang membelenggu pengunjung. Selain daripada perkhidmatan terbaik untuk masalah kulit pesakit, Klinik Kulit Shah Alam milik Dermalene ini turut menyediakan kemudahan seperti dibawah: 1) Tempat letak kereta – mudah dan percuma (di depan dan di basement) 2) Pelbagai restoran – dari kedai makan selera kampung, selera mamak, selera sup utara, kedai seafood “Shell Out”  dan juga kedai makan “Nippon Sushi” untuk yang berselera Jepun. 3) Kedai Serbaneka seperti MyNews, 88Mart dan juga beberapa farmasi di deretan sama. 3) Dibuka setiap hari dari jam 10pagi sehingga 7malam (termasuk public holiday,  kecuali cuti Raya Puasa, Raya Haji, New Year dan Labor Day) Testimoni Pelanggan Klinik Kulit Shah Alam – Dermalene Medisuite: Kisah 1 – Kisah Aimi Alwani Klinik Kulit Shah Alam Kisah 1 Pada pertengahan tahun 2017, Aimi Alwani terjebak dengan satu produk pemutih wajah yang sedang sibuk viral. Dalam masa beberapa minggu sahaja, kulit muka Aimi Alwani menjadi putih, gebu, flawless bak kulit telur. Gembira dengan perubahan mendadak ini, Aimi meneruskan penggunaan produk itu dan sangat seronok melihat perubahan kulit yang semakin cerah. Suatu hari, Aimi Alwani terbaca satu artikel mengenai bahana produk yang mengandungi racun berjadual yang menjadikan kulit flawless secara mendadak. Risau akan impak jangka masa Panjang, serta merta, Aimi Alwani berhenti menggunakan produk ******. Setelah berhenti, Aimi mengalami “break-out” yang sangat dasyat dan menakutkan. Pelbagai cara dilakukan, sampi bingung dibuatnya. Dari Twitter, ke IG, ke Blog, pendek kata semua platform Aimi cuba mencari tempat yang sesuai untuk membaik pulih keadaan kulit mukanya. Setelah mencari beberapa Klinik Kulit Shah Alam, Aimi diperkenalkan dengat Klinik Kulit Dermalene. Memandangkan sahabat baik Aimi juga pengunjung tegar Dermalene, Aimi memberi sepenuh kepercayaan kepada Dr Alina bagi merawat masalah kulit wajah Aimi. Biarkan lambat, asalkan selamat. Akhirnya, selepas mendapatkan rawatan & pantauan Doctor di Dermalene, kesan buruk produk #timbangkilo  akhirnya hilang secara beransur. Tidak perlu berbotol-botol krim “mengarut”..yang penting kulti kembali sihat. Tak putih tak mengapa, asalkan kulit sihat bebas jerawat, betul tak? -Nuraimi Alwani, 29 tahun, pengunjung Dermalene- #kisahaimialwani #dermalenetestimonial Kisah 2 - Shazwanies Klinik Kulit Shah Alam Kisah 2 Sejak 2015, Shazwanies berdepan dengan masalah jerawat kronik kerana terlalu percaya dengan iklan produk pencuci wajah, kulit wajah Shazwanies akhirnya menjadi mangsa. Lebih merisaukan, Shazwanies bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat penerbangan terkenal. Setiap hari, Shazwanies perlu berjumpa dengan pelanggan, maka Shazwanies menjadi semakin runsing dan tidak senang duduk. Sehinggalah satu hari, kenalan Shazwanies syorkan Klinik Kulit Shah Alam bernama Dermalene. Dengan harapan yang besar, Shazwanies kunjungi Klinik Kulit Shah Alam mini dan menjalani beberapa sesi rawatan untuk masalah kulit kroniknya. Selepas 5-6 sesi rawatan di Dermalene, Alhamdulillah kulit wajah Shazwanies beransur pulih. Bagi menambah baik proses pemulihan wajahnya, Dr Alina turut menyarankan Shazwanies untuk melakukan pengelupasan Glycolic. Macam tak percaya kan? Kulit wajah Shazwanies yang sekarang dah tak macam dulu lagi! Kepada sesiapa yang mengalami masalah kulit kronik seperti Shazwanies, kunjungilah Dermalene untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. -Shazwanies, Pegawai Khidmat Pelanggan di Syarikan Penerbangan- #kisahshazwanies #dermalenetestimonial Kisah 3 – Kak Aida Klinik Kulit Shah Alam Kisah 3 Kak Aida melalui pengalaman yang mengerikan sehingga merasa tidak konfident untuk berdepan dengan orang ramai. Kak Aida bekerja ni bahagian khidmat pelanggan di sebuah syarikat jenama kereta. Perasaan down, putus asa, sedih, semua bercampur baur. Semua gara-gara terpedaya dengan produk-produk yang bersepah memodelkan muka model jelita di kotaknya. Atas saranan salah seorang rakan Kak Aida yang mengalami masalah yang sama, Kak Aida diperkenalkan kepada Klinik Kulit Shah Alam – Dermalene. Selepas jalani skin analysis dan berjumpe dengan doctor kulit – Dr Alina, Kak Aida disarankan untuk bertukar ke Dermalene Skincare set khusus utk kulit berjerawat dan berminyak. Dr Alina juga menekankan penggunaan sunblock setiap hari untuk membantu pemulihan wajah Kak Aida. Kak Aida menggunakan sunblock Heliocare Gel Oil Free yang disarankan untuk kulit wajah yang berminyak. Selain produk-produk yang disarankan, Kak Aida juga dinasihati untuk menjaga pemakanan dalam tempoh pembaik pulih kulit wajahnya. Setelah beberapa sesi rawatan Chemical Peel khusus utk rawatan jerawat dan parut jerawat, kulit wajah Kak Aida beransur pulih. “Ramai rakan saya yang menegur perubahan pada kulit wajah saya yang semakin pulih” katanya. Kesilapan memilih produk penjagaan wajah kadangkala boleh membawa keburukan. Tambahan pula sudah banyak kes di luar sana di mana kulit wajah akan menjadi rosak dan bermasalah. Hati-hati sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik tempatan. Silap hari bulan, buruk padahnya. Selepas dua tahun bersama Dermalene, kulit wajah Kak Aida kembali pulih daripada masalah jerawat kronik. Tanpa perlukan suntikan atau produk mengarut, Kak Aida Berjaya memperbaiki keadaan kulit wajah ke asal dengan bantuan Klinik Kulit Shah Alam – Dermalene. #kisahkakaida #dermalenetestimonial Kisah 4 – Cik Ain Klinik Kulit Shah Alam Kisah 4Cik Ain, seorang jurutera berdepan dengan masalah parut lekuk, kulit kusam dan kulit berminyak disebabkan factor persekitaran kerjanya. Sering terdedah dengan cuaca panas di luar, kulit wajahnya mengalami kesukaran untuk pulih. Faktor pekerjaan yang memerlukan Cik Ain berada di site menyebabkan masalah kulit berminyak bertambah parah. Puas mencuba pelabagi cara, termasuk mencuci muka 4-5 kali sehari, kulit Cik Ain masih membimbangkan. Cik Ain mengamalkan penggunaan pelembab untuk mengatasi masalah kulit berminyak seperti yang selalu disarankan dalam “Google”. Namun yang demikian, cahaya “nur” di kulit muka Cik Ain semakin menjadi-jadi. Selepas menonton beberapa perkongsian tentang kulit oleh Dr Alina di FB Live beliau, hati Cik Ain tergerak untuk mengunjungi Dermalene - Klinik Kulit Shah Alam ini. Selepas menjalani pemeriksaan kulit, Cik Ain menjalani sesi konsultasi bersama Dr Alina di mana Cik Ain disarankan untuk mengurangkan penggunaan pelembab memandangkan kulit Cik Ain jenis cepat berminyak. Dr Alina juga menasihatkan Cik Ain untuk mengutamakan penggunaan toner bagi mengawal pengeluaran minyak (sebum production) di wajah. Dr Alina juga menerangkan beberapa rawatan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah parut lekuk Cik Ain, antaranya Resurface + Serum. Dr Alina sangat menekankan kepentingan penggunaan Sunblok memandangkan tugas Cik Ain yang sentiasa ter”expose” pada cahaya matahari ketika mengunjungi site. Alhamdullillah selepas empat kali rawatan resurface, kulit Cik Ain semakin pulih! Selepas setahun menjadi pengunjung Dermalene, Cik Ain semakin yakin dengan penampilan wajahnya. Bagi anda yang tercari-cari solusi kulit bermasalah, Dermalene lah jawapannya. Kunci dia kena sabar, kena komited dengan jadual treatment yang disarankan dan ikuti pantang larang yang dinasihatkan. Cik Ain meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dr Alina & barisan beauty consultant yang sangat berpengalaman. “A big thanks to Dr Alina and Dermalene team” #kisahcikain #dermalenetestimonial Kisah 5 – Cerita Maira Klinik Kulit Shah Alam Testimonial“Ini kisah benar guys! Bukan rekaan, selepas Maira kena “game” dengan produk kecantikan beracun ini, kulit Maira hancur lebur dek jerawat” Dua bulan sebelum berkahwin, kebanyakan bakal pengantin perempuan memang macam ni. Setengah orang pergi spa everyday setengah orang pegi facial. Maira plak pegi tukar skincare. Konon nak muka SUPER FLAWLESS lah di hari bahagia saya nanti. Selepas beberapa bulan, kulit Maira menjadi mimpi ngeri. Kulit wajah Maira mula dipenuhi jerawat kemerahan. Kulit wajah terasa gatal dan sakit. Malu berdepan denagn tunang walaupun dia tak pernah sekalipun tersebut atau ter-tegur pasal breakout Maira ni. Dalam hati rasa malu yang amat kalau dia pandang, rasa taknak dipandang langsung. Setelah beberapa bulan, Maira ditemukan dengan Dr Alina yang sangat passionate nak membantu masalah kulit. Maira melalui sesi rawatan selama 3 bulan dengan Klinik Kulit Shah Alam ini. Setelah 3 bulan, jerawat aktif sudah tiada, yang tinggal hanya parut-parut jerawat. Memang banyak parut sebab hasil jerawat yang tersangat banyak 3-4 bulan sebelum menjalani treatment di Dermalene. Alhamdulillah, sekarang kulit Maira dah pulih, self confidence pun dah improve. Makeup pun cantik bila kulit dah sihat. Untuk cerita lanjut tentang #ceritamaira, bole search di Facebook atau Instagram. #ceritamaira @nurulnabilahumaira Jika anda mengalami mimpi-mimpi ngeri sebegini, jangan fikirkan tidak ada jalan penyelesaian. Kunjungilah Dermalene. Doctor Alina dan Team Dermalene yang sangat passionate untuk menyelesaikan masalah kulit anda setia menanti.  Lakukan temujanji bersama Dr Alina Hasni hari ini! Lokasi Klinik Kulit Dermalene SHAH ALAM; B- LG- 7, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan 012 677 7617

Cara-Cara Menghilangkan Jerawat

  Tidak mengira jantina, keturunan atau umur, sesiapa sahaja boleh diserang jerawat! Hampir 85% manusia berdepan dengan masalah jerawat yang tiada kesudahan. Runsing pun tiada gunanya kalau tidak berbuat apa. Cara menghilangkan jerawat boleh dimulakan dengan langkah tidak lagi mengambil gula dalam minuman selepas ini.  

1) Jauhi Minuman/ Makanan Manis

Suka air manis? Tak salah tapi bila muka berjerawat jangan salahkan orang lain pula ya? Pengambilan gula berlebihan bakal menyumbang kepada radang kulit. Terutama gula putih/ gula dalam sumber makanan atau minuman yang sudah dimasak atau segera. Gula Ibarat ‘Racun’? Gula bakal mempengaruhi kadar penghasilan insulin dalam badan seterusnya membawa kepada rembesan hormon lain yang menjadi punca utama jerawat. Jika diambil melebihi keperluan badan anda, jerawat akan mula tumbuh di luar kawalan. Amalkan pemakanan yang mempunyai indeks glisemik (glysemic index) rendah.

2) Ambil Makanan Seimbang

Keperluan gizi setiap individu adalah berbeza. Maklumlah, gaya hidup masing-masing bukannya sama. Paling penting, pengambilan makanan berunsur vitamin D amat penting. Kalau tidak, anda mungkin lemah. Lebih parah, badan tidak mampu melawan bakteria dalam badan. Pengambilan multivitamin penting dan adalah cara menghilangkan jerawat jangka panjang yang berkesan.  Contoh makanan kaya vitamin D, ikan Salmon.

3) Bersenam

Percaya tak jika kamu rajin bersenam setiap hari, kulit kamu lebih sihat. Apabila kerap bersenam, kadar degupan jantung meningkat sekaligus meningkatkan aliran darah. Aliran darah membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel di seluruh badan berfungsi baik termasuklah sel kulit. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari bagi kulit lebih sihat.

4) Tidur Seawal Mungkin

Waktu malam adalah waktu puncak di mana sel kulit bekerja. Ketika kamu sedang lena diulit mimpi, kulit kamu akan mengalami proses ‘repairing & restore’. Selain rajin tukar sarung bantal, pastikan kamu tidur lebih awal untuk awet muda.

5) Jumpa Pakar Kulit

Ghairah cantikkan kulit sampai sanggup cuba semua produk untuk hilangkan jerawat? AWAS, ia mungkin bakal memudaratkan kesihatan kulit. Sebaiknya, dapatkan khidmat nasihat yang lebih arif dalam hal ini. Di Dermalene, kami menawarkan beberapa rawatan jerawat yang boleh membantu untuk merawat masalah jerawat anda seperti chemical peel treatment, glycolic peel dan hydrofacial collagen treatment. Untuk sepanjang bulan Disember ni, kami ada promo dgn harga yang tak masuk akal. BERMINAT UNTUK HARGA DISKAUN? –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 atau hubungi  012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170(Kota Bharu) untuk maklumat lanjut.
jeragat-pigmentasi-sunblock

Jeragat – Pigmentasi dan Kepentingan Sunblock

Baik tapi menyusahkan? Itu adalah perumpamaan saya bagi pigmentasi. Papulosa Nigra atau PIGMENTASI merupakan tompokan hitam yang berfungsi melindungi dari serangan kanser kulit. Pendek kata, dialah kawan, dialah lawan. Bila dah terlampau banyak & dilihat sebagai 'over protective', kehadirannya membuat kulit tak keruan.

Pigmentasi ibarat 'payung'

Setiap hari kita pasti terdedah kepada sinaran matahari. Di sinilah bermula fungsi pigmentasi yang mana mereka bekerja untuk menghalang pembentukan sel kanser pada kulit. TETAPI bayangkan jika wajah kita dipenuhi tompokan pigmentasi, sudah tentu kita sendiri rasa tak selesa kan? Punca nampak tua Ya, pelik tapi benar. Saya boleh katakan pigmentasi elok untuk kulit. Ini tidak bermakna saya menggalakan anda tidak berbuat sesuatu dengan pigmentasi pada kulit. Harus rawat cuma kemunculannya tidak bahaya tetapi ganggu penampilan/keselesaan. Kulit kita memiliki beberapa peringkat pigmentasi & ia bergantung pada kandungan melanin. Melanin berfungsi melindungi sel kulit dari bertukar menjadi kanser kulit! Namun bila dah terlalu banyak melanin, maka terhasilah JERAGAT.

Pentingnya Sunblock

Kesemua individu yang datang ke Dermalene pasti tidak akan terlepas mendengar 'ceramah free' mengenai pentingnya sunblock@pelindung tabir suria. Jangan salahkan cermin atau pencuci wajah kalau pigmentasi masih berleluasa. Kerana sunblock adalah 'must have item' oleh semua orang! Sangat penting bagi kita untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang amat bahaya. Jangan sentap bila kawan cakap muka anda nampak tua dari usia sebenar jika anda sendiri tak berbuat sesuatu. Kesimpulannya, pigmentasi tak bahaya cuma ia akan ganggu penampilan anda. Siapa yang tak teringin cantik kan? Jangan cakap saya tak payung info 🙂

Dr Alina Hasni

Ketahuilah bahawa Produk Dermalene Skincare DIFORMULASIKAN OLEH DR. ALINA HASNI (DERMATOLOGIST). Produk Dermalene adalah setanding produk Dermatology luar negara yang mahal NAMUN PADA HARGA MAMPU MILIK. Produk ini juga telah diuji selamat secara klinikal dan mampu menjadikan kulit anda kembali sihat dan cantik. KELEBIHAN DERMALENE:
  1. Sesuai untuk Lelaki dan Wanita;
  2. Diuji dan terbukti secara klinikal;
  3. Tiada paraben, merkuri, SLS dan bahan terlarang,
  4. Sesuai untuk ibu mengandung dan breastfeeding mom;
  5. Mendapat kelulusan KKM (NOT170600137K,NOT170600136K).
Sepanjang bulan ini, kami ada promo dgn harga yang tak masuk akal. BERMINAT UNTUK HARGA DISKAUN? –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 atau hubungi  012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170(Kota Bharu) untuk maklumat lanjut.

Rawatan Jerawat: 5 Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat adalah masalah biasa bagi kesihatan kulit wajah yang menyerang hampir 85% manusia di muka bumi ini tanpa mengira jantina, asal-usul dan peringkat umur. Sekiranya anda sedang rungsing tentang jerawat di wajah dan sedang memikirkan rawatan jerawat yang ada dipasaran sekarang ini, apa kata anda cuba 5 cara menghilangkan jerawat seperti yang di bawah, yang mungkin anda tidak pernah terfikirkan sebelum ini!
  1. Hentikan Pengambilan Gula
Terdapat beberapa kajian saintifik yang menyokong dakwaan pengambilan gula yang berlebihan menyumbang kepada masalah jerawat. Sekiranya anda mempunyai pelbagai masalah kesihatan, tidak kiralah masalah kecil seperti jerawat atau penyakit kronik yang lain, saranan utama adalah hentikan pengambilan gula, baik dari sumber langsung seperti gula putih mahupun gula dalam sumber makanan atau minuman yang sudah dimasak atau segera. Ini disebabkan oleh peranan gula yang mempengaruhi kadar penghasilan insulin dalam badan, yang seterusnya membawa kepada rembesan hormon-hormon lain yang menjadi punca utama jerawat terutamanya jika ianya diambil secara berlebihan daripada keperluan sebenar badan seseorang. Selain daripada itu, anda disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang mempunyai indeks glisemik (glysemic index) yang rendah.
  1. Amalkan Pemakanan yang Sihat
Diet yang seimbang bagi tubuh anda mungkin tidak seimbang untuk orang lain walaupun dengan ibu bapa anda sendiri. Keperluan gizi makanan setiap orang adalah berbeza. Gaya hidup yang sibuk juga kadang-kadang mengakibatkan seseorang terlupa untuk mengambil pemakanan yang cukup zat. Kurangnya vitamin D dalam badan boleh mengakibatkan badan anda lemah dan tidak mampu melawan jangkitan bakteria yang mengakibatkan jerawat. Oleh itu, pengambilan multivitamin juga penting dan adalah cara menghilangkan jerawat jangka panjang yang berkesan. Bagi menjadikan amalan ini lebih sihat, pastikan sentiasa diselang-seli dengan pengambilan nutrien melalui makanan seimbang biasa yang lebih semula jadi. Jadi, tubuh anda tidaklah dilatih untuk terlalu bergantung kepada nutrisi buatan.
  1. Kerap Bersenam dan Mengeluarkan Peluh
Corak kehidupan manusia telah banyak berubah jika dibandingkan dengan 30 atau 40 tahun yang lalu. Dahulu, aktiviti seharian dan pekerjaan adalah lebih fizikal berbanding sekarang. Tetapi pemakanan kita tidak banyak berubah. Masih mengekalkan pemakanan yang terbentuk bagi menyesuaikan keperluan aktiviti fizikal dahulu kala. Apa jua nutrisi yang berlebihan boleh menjadi toksik dalam badan. Maka, adalah penting untuk kita cuba berfizikal sekali-sekala mengeluarkan peluh berserta toksin dan kontaminan dari liang-liang roma kulit supaya tidak tersumbat dan mengakibatkan jerawat yang tidak diingini. Apabila kerap bersenam, kadar degupan jantung meningkat sekaligus meningkatkan aliran darah. Aliran darah membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel di seluruh badan berfungsi baik termasuklah sel kulit. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari bagi kulit lebih sihat.
  1. Tidur Secukupnya
Senaman yang mencukupi membantu tidur yang nyenyak. Tidur yang nyenyak perlu bagi sistem badan  melengkapkan proses dalaman badan yang hanya boleh berlaku ketika tidur. Saat tidur badan mula bekerja mengembalikan keseimbangan kimia dalam tubuh, merembeskan hormon-hormon tertentu, serta memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak atau seperti kebanyakan kes jerawat, adalah bagi membantu melawan jangkitan kuman di bahagian itu. Tidur yang cukup juga menghindarkan diri daripada tekanan yang juga adalah punca bagi sesetengah kes jerawat. Selain dari itu, tidur yang cukup akan membuatkan hormon badan stabil dan sekaligus mengurangkan jerawat. Sebaiknya, kadar tidur selama 8 jam sehari haruslah diamalkan.
  1. Menggunakan Khidmat Pakar Kulit
Jika masalah jerawat anda masih berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kulit. Ini kerana, pakar kulit dapat memberi nasihat yang betul tentang cara menangani masalah jerawat secara lebih efektik yang sesuai dengan kulit anda. Di Dermalene, kami menawarkan beberapa rawatan jerawat yang boleh membantu untuk merawat masalah jerawat anda seperti chemical peel treatment, glycolic peel dan hydrofacial collagen treatment. Untuk maklumat lanjut berkenaan rawatan yang kami tawarkan, sila hubungi/whatsapp 012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170 (Kota Bharu).

Testimoni Dermalene; Puan Murniza Kini Bebas Masalah Pigmentasi

Saya mendapatkan rawatan RX Spot Correct untuk perawatan cela pigmentasi. Tidak perlu risau atau takut kerana tempoh rawatan adalah sekejap malah tidak menyakitkan. Hasilnya, wajah bebas dari pigmentasi sekaligus mencerahkan wajah. Tidak perlu pembedahan, RX mampu membuatkan wajah saya lebih segar & nampak muda. Selain itu, ia mampu merangsang kelembapan dalam kulit dan menambah keanjalan. Kalau saya boleh, kenapa anda tidak? . - Puan Murniza, 32 tahun - #dermalene #pigmentasi #pigmentation

Angular Cheilitis…Luka Di Tepi Bibir

Radang di bahagian tepi bibir yang bermula dengan keadaan bengkak seterusnya luka kemerahan. Angular Cheilitis boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Simptom;

1) Kulit berasa gatal, ngilu, panas seperti terbakar di tepi bibir. 2) Kulit tiba-tiba bersisik dan kering. 3) Bila diusik, terasa keras di kawasan terkesan. 4) Ia juga boleh berdarah dalam sesetengah kes.

Kesan?

Sudah tentu anda sukar makan seterusnya membantutkan nafsu makan. Anda juga sukar bercakap dan tidak boleh mengoles gincu.

Kenapa terjadi?

Jangkitan Bakteria Candida. Pengeluaran air liur berlebihan di sudut tepi bibir bakal membuatkan bibir mengering. Apabila ia mengering, luka akan terhasil. Jangan menjilat bibir sekiranya masalah ini menyerang bibir anda! Ini kerana bakteria bakal lebih marah dan merebak. Angular Cheilitis juga biasanya menyerang perokok atau individu yang kekurangan vitamin B & zat besi. Jika anda dapati luka atau bengkak luar biasa pada bibir, klik je link WHATSAPP ni  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 atau hubungi  012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170(Kota Bharu) untuk maklumat lanjut.
cara hilangkan jeragat

5 Tips Cara Hilangkan Jeragat

Malu dengan kulit jeragat anda? Jangan risau lagi. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda 5 tips cara hilangkan jeragat yang berkesan. Tips yang kami kongsi merangkumi kesemua jenis jeragat iaitu jeragat sejak lahir, akibat dedahan sinar matahari serta juga yang berpunca daripada perubahan hormon.

5 Tips Hilangkan Jeragat

1. Kerap Menyapu Krim Pelindung Suria

Pemakaian krim pelindung suria boleh dikatakan sebagai wajib atau perlu rajin diamalkan setiap kali anda keluar rumah, terutamanya jika kulit anda sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jeragat yang terbentuk akibat terdedah kepada sinaran matahari sebelumnya juga akan menghilang perlahan-lahan apabila kulit terlindung dan semakin kurang meradang.

2. Ganti Bedak Asas dengan Pelindung Suria

Jika anda fikir bedak asas cukup untuk melindungi kulit anda, ketahuilah bahawa ini tidak mencukupi kerana bedak asas tidak mempunyai kadar pelindungan yang cukup. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda disarankan untuk memakai krim yang diformulasi khas untuk melingdungi wajah dari sinar UV. Jadi untuk mereka yang hanya mengamalkan bedak asas sebagai satu-satunya cara untuk melidungi wajah dari sinar UV, bertukarlah kepada pemakaian krim yang diformulasikan khas untuk melindung wajah dari sinar UV.

3. Pengambilan Makanan Tinggi Kandungan Vitamin C

Bagi mereka yang mendapat jeragat kerana perubahan hormon luar biasa, tiada lain yang dapat membantu selain daripada menjaga pemakanan supaya lebih berkhasiat dan lebih berat ke arah kandungan vitamin C. Vitamin ini membantu mengekalkan keanjalan kulit juga menghalang sebarang penyahwarnaan kulit dengan menggalakkan sintesis kolagen. Pengambilan pemakanan yang tinggi kandungan vitamin C dan serat juga penting untuk tujuan menyahkan radikal bebas.
Baca Juga: 17 Petua dan Cara Menghilangkan Jerawat (Mudah dan Pantas)

4. Rawatan Laser

Dan tip menghilangkan jeragat yang terakhir sekali adalah rawatan laser. Ini agak tinggi kosnya namun ia antara cara hilangkan jeragat yang sangat efektif. Proses rawatan ini sangat cepat. Hanya 15 minit dan jeragat anda terus hilang. Pada kulit biasa, rawatan ini tidak menyakitkan, cuma sesetengah kulit mungkin akan menunjukkan tanda-tanda keradangan yang sinonim dengan simptom apabila berjemur lama di bawah sinar matahari —kulit menjadi kemerahan dan kadang-kadang pedih. Namun, kes sebegini jarang berlaku, dan sekiranya berlaku ianya tidak akan lebih daripada 10 hari, tergantung kepada berapa banyak bahagian badan yang dirawat. Walau bagaimanapun, jangan khuatir, secara keseluruhannya rawatan laser adalah dijamin selamat.

5. Menggunakan Khidmat Pakar Kulit

Jika masalah jeragat anda masih berlarutan walaupun telah mencuba berbagai-bagai cara untuk hilangkan jeragat, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kulit. Ini kerana, pakar kulit dapat memberi nasihat yang betul tentang cara menangani masalah kulit secara lebih efektik yang sesuai dengan kulit anda. Berbekalkan ilmu pakar dan juga pelbagai jenis produk yang terbukti untuk membantu menghilangkan jeragat, peluang anda untuk mempunyai wajah yang bebas jeragat adalah lebih tinggi berbanding dengan jika anda melakukannya sendiri. Di Dermalene, kami menawarkan beberapa cara hilangkan jeragat yang efektif melalui produk-produk dan rawatan yang kami tawarkan seperti Chemical peel (anti aging/whitening), Intraceuticals, Rx Spots correct, Collagen Induction Protocol dan Retinol Peel. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan rawatan yang kami tawarkan, sila hubungi/whatsapp 012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170 (Kota Bharu). Anda juga boleh terus klik di sini untuk book appointment rawatan bersama Dermalene.
Product has been added to your cart
×