fbpx

Rawatan Jerawat: 5 Cara Menghilangkan Jerawat

Jerawat adalah masalah biasa bagi kesihatan kulit wajah yang menyerang hampir 85% manusia di muka bumi ini tanpa mengira jantina, asal-usul dan peringkat umur. Sekiranya anda sedang rungsing tentang jerawat di wajah dan sedang memikirkan rawatan jerawat yang ada dipasaran sekarang ini, apa kata anda cuba 5 cara menghilangkan jerawat seperti yang di bawah, yang mungkin anda tidak pernah terfikirkan sebelum ini!
  1. Hentikan Pengambilan Gula
Terdapat beberapa kajian saintifik yang menyokong dakwaan pengambilan gula yang berlebihan menyumbang kepada masalah jerawat. Sekiranya anda mempunyai pelbagai masalah kesihatan, tidak kiralah masalah kecil seperti jerawat atau penyakit kronik yang lain, saranan utama adalah hentikan pengambilan gula, baik dari sumber langsung seperti gula putih mahupun gula dalam sumber makanan atau minuman yang sudah dimasak atau segera. Ini disebabkan oleh peranan gula yang mempengaruhi kadar penghasilan insulin dalam badan, yang seterusnya membawa kepada rembesan hormon-hormon lain yang menjadi punca utama jerawat terutamanya jika ianya diambil secara berlebihan daripada keperluan sebenar badan seseorang. Selain daripada itu, anda disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang mempunyai indeks glisemik (glysemic index) yang rendah.
  1. Amalkan Pemakanan yang Sihat
Diet yang seimbang bagi tubuh anda mungkin tidak seimbang untuk orang lain walaupun dengan ibu bapa anda sendiri. Keperluan gizi makanan setiap orang adalah berbeza. Gaya hidup yang sibuk juga kadang-kadang mengakibatkan seseorang terlupa untuk mengambil pemakanan yang cukup zat. Kurangnya vitamin D dalam badan boleh mengakibatkan badan anda lemah dan tidak mampu melawan jangkitan bakteria yang mengakibatkan jerawat. Oleh itu, pengambilan multivitamin juga penting dan adalah cara menghilangkan jerawat jangka panjang yang berkesan. Bagi menjadikan amalan ini lebih sihat, pastikan sentiasa diselang-seli dengan pengambilan nutrien melalui makanan seimbang biasa yang lebih semula jadi. Jadi, tubuh anda tidaklah dilatih untuk terlalu bergantung kepada nutrisi buatan.
  1. Kerap Bersenam dan Mengeluarkan Peluh
Corak kehidupan manusia telah banyak berubah jika dibandingkan dengan 30 atau 40 tahun yang lalu. Dahulu, aktiviti seharian dan pekerjaan adalah lebih fizikal berbanding sekarang. Tetapi pemakanan kita tidak banyak berubah. Masih mengekalkan pemakanan yang terbentuk bagi menyesuaikan keperluan aktiviti fizikal dahulu kala. Apa jua nutrisi yang berlebihan boleh menjadi toksik dalam badan. Maka, adalah penting untuk kita cuba berfizikal sekali-sekala mengeluarkan peluh berserta toksin dan kontaminan dari liang-liang roma kulit supaya tidak tersumbat dan mengakibatkan jerawat yang tidak diingini. Apabila kerap bersenam, kadar degupan jantung meningkat sekaligus meningkatkan aliran darah. Aliran darah membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel di seluruh badan berfungsi baik termasuklah sel kulit. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari bagi kulit lebih sihat.
  1. Tidur Secukupnya
Senaman yang mencukupi membantu tidur yang nyenyak. Tidur yang nyenyak perlu bagi sistem badan  melengkapkan proses dalaman badan yang hanya boleh berlaku ketika tidur. Saat tidur badan mula bekerja mengembalikan keseimbangan kimia dalam tubuh, merembeskan hormon-hormon tertentu, serta memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak atau seperti kebanyakan kes jerawat, adalah bagi membantu melawan jangkitan kuman di bahagian itu. Tidur yang cukup juga menghindarkan diri daripada tekanan yang juga adalah punca bagi sesetengah kes jerawat. Selain dari itu, tidur yang cukup akan membuatkan hormon badan stabil dan sekaligus mengurangkan jerawat. Sebaiknya, kadar tidur selama 8 jam sehari haruslah diamalkan.
  1. Menggunakan Khidmat Pakar Kulit
Jika masalah jerawat anda masih berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kulit. Ini kerana, pakar kulit dapat memberi nasihat yang betul tentang cara menangani masalah jerawat secara lebih efektik yang sesuai dengan kulit anda. Di Dermalene, kami menawarkan beberapa rawatan jerawat yang boleh membantu untuk merawat masalah jerawat anda seperti chemical peel treatment, glycolic peel dan hydrofacial collagen treatment. Untuk maklumat lanjut berkenaan rawatan yang kami tawarkan, sila hubungi/whatsapp 012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170 (Kota Bharu).

Testimoni Dermalene; Puan Murniza Kini Bebas Masalah Pigmentasi

Saya mendapatkan rawatan RX Spot Correct untuk perawatan cela pigmentasi. Tidak perlu risau atau takut kerana tempoh rawatan adalah sekejap malah tidak menyakitkan. Hasilnya, wajah bebas dari pigmentasi sekaligus mencerahkan wajah. Tidak perlu pembedahan, RX mampu membuatkan wajah saya lebih segar & nampak muda. Selain itu, ia mampu merangsang kelembapan dalam kulit dan menambah keanjalan. Kalau saya boleh, kenapa anda tidak? . - Puan Murniza, 32 tahun - #dermalene #pigmentasi #pigmentation

Angular Cheilitis…Luka Di Tepi Bibir

Radang di bahagian tepi bibir yang bermula dengan keadaan bengkak seterusnya luka kemerahan. Angular Cheilitis boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Simptom;

1) Kulit berasa gatal, ngilu, panas seperti terbakar di tepi bibir. 2) Kulit tiba-tiba bersisik dan kering. 3) Bila diusik, terasa keras di kawasan terkesan. 4) Ia juga boleh berdarah dalam sesetengah kes.

Kesan?

Sudah tentu anda sukar makan seterusnya membantutkan nafsu makan. Anda juga sukar bercakap dan tidak boleh mengoles gincu.

Kenapa terjadi?

Jangkitan Bakteria Candida. Pengeluaran air liur berlebihan di sudut tepi bibir bakal membuatkan bibir mengering. Apabila ia mengering, luka akan terhasil. Jangan menjilat bibir sekiranya masalah ini menyerang bibir anda! Ini kerana bakteria bakal lebih marah dan merebak. Angular Cheilitis juga biasanya menyerang perokok atau individu yang kekurangan vitamin B & zat besi. Jika anda dapati luka atau bengkak luar biasa pada bibir, klik je link WHATSAPP ni  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 –> SILA WHATSAPP  www.wasap.my/+601128738648 atau hubungi  012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170(Kota Bharu) untuk maklumat lanjut.
cara hilangkan jeragat

5 Tips Cara Hilangkan Jeragat

Malu dengan kulit jeragat anda? Jangan risau lagi. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda 5 tips cara hilangkan jeragat yang berkesan. Tips yang kami kongsi merangkumi kesemua jenis jeragat iaitu jeragat sejak lahir, akibat dedahan sinar matahari serta juga yang berpunca daripada perubahan hormon.

5 Tips Hilangkan Jeragat

1. Kerap Menyapu Krim Pelindung Suria

Pemakaian krim pelindung suria boleh dikatakan sebagai wajib atau perlu rajin diamalkan setiap kali anda keluar rumah, terutamanya jika kulit anda sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jeragat yang terbentuk akibat terdedah kepada sinaran matahari sebelumnya juga akan menghilang perlahan-lahan apabila kulit terlindung dan semakin kurang meradang.

2. Ganti Bedak Asas dengan Pelindung Suria

Jika anda fikir bedak asas cukup untuk melindungi kulit anda, ketahuilah bahawa ini tidak mencukupi kerana bedak asas tidak mempunyai kadar pelindungan yang cukup. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda disarankan untuk memakai krim yang diformulasi khas untuk melingdungi wajah dari sinar UV. Jadi untuk mereka yang hanya mengamalkan bedak asas sebagai satu-satunya cara untuk melidungi wajah dari sinar UV, bertukarlah kepada pemakaian krim yang diformulasikan khas untuk melindung wajah dari sinar UV.

3. Pengambilan Makanan Tinggi Kandungan Vitamin C

Bagi mereka yang mendapat jeragat kerana perubahan hormon luar biasa, tiada lain yang dapat membantu selain daripada menjaga pemakanan supaya lebih berkhasiat dan lebih berat ke arah kandungan vitamin C. Vitamin ini membantu mengekalkan keanjalan kulit juga menghalang sebarang penyahwarnaan kulit dengan menggalakkan sintesis kolagen. Pengambilan pemakanan yang tinggi kandungan vitamin C dan serat juga penting untuk tujuan menyahkan radikal bebas.
Baca Juga: 17 Petua dan Cara Menghilangkan Jerawat (Mudah dan Pantas)

4. Rawatan Laser

Dan tip menghilangkan jeragat yang terakhir sekali adalah rawatan laser. Ini agak tinggi kosnya namun ia antara cara hilangkan jeragat yang sangat efektif. Proses rawatan ini sangat cepat. Hanya 15 minit dan jeragat anda terus hilang. Pada kulit biasa, rawatan ini tidak menyakitkan, cuma sesetengah kulit mungkin akan menunjukkan tanda-tanda keradangan yang sinonim dengan simptom apabila berjemur lama di bawah sinar matahari —kulit menjadi kemerahan dan kadang-kadang pedih. Namun, kes sebegini jarang berlaku, dan sekiranya berlaku ianya tidak akan lebih daripada 10 hari, tergantung kepada berapa banyak bahagian badan yang dirawat. Walau bagaimanapun, jangan khuatir, secara keseluruhannya rawatan laser adalah dijamin selamat.

5. Menggunakan Khidmat Pakar Kulit

Jika masalah jeragat anda masih berlarutan walaupun telah mencuba berbagai-bagai cara untuk hilangkan jeragat, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kulit. Ini kerana, pakar kulit dapat memberi nasihat yang betul tentang cara menangani masalah kulit secara lebih efektik yang sesuai dengan kulit anda. Berbekalkan ilmu pakar dan juga pelbagai jenis produk yang terbukti untuk membantu menghilangkan jeragat, peluang anda untuk mempunyai wajah yang bebas jeragat adalah lebih tinggi berbanding dengan jika anda melakukannya sendiri. Di Dermalene, kami menawarkan beberapa cara hilangkan jeragat yang efektif melalui produk-produk dan rawatan yang kami tawarkan seperti Chemical peel (anti aging/whitening), Intraceuticals, Rx Spots correct, Collagen Induction Protocol dan Retinol Peel. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan rawatan yang kami tawarkan, sila hubungi/whatsapp 012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170 (Kota Bharu). Anda juga boleh terus klik di sini untuk book appointment rawatan bersama Dermalene.
Product has been added to your cart
×