Eh eh…panjangnya leher awak, macam Zirafah! Gais, ini bukan sesuatu yang pelik di Timur Burma. Majoriti wanita di sana memakai cincin tembaga di leher untuk tampil cantik. Sebab itu mereka dikenali sebagai ‘Wanita Zirafah’.
Merujuk kepada lagenda di sana, cincin ‘luar biasa’ ini melindungi wanita Kayan daripada serangan harimau, walaupun pada kenyataannya ia hanyalah merupakan sebuah cara untuk melambangkan identiti suku. Unik kan? 😉