Eeee… busuknya ketiak kau! Mandi dah on time, sental pun dah betul tapi still berbau… kenapa erk? 🤔
Peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine. Fungsi utama kelenjar untuk mengatur suhu badan melalui proses perpeluhan.
Kelenjar ini mengeluarkan peluh dengan lebih aktif bila kamu meningkat remaja. Peluh yang keluar daripada kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protein. Inilah punca kepada badan berbau!
Ia berpunca daripada penguraian bahan-bahan protein di dalam peluh yang dikeluarkan oleh kelenjar apoccrine. Mikrob mengurai peluh untuk memperoleh sumber makanan. Penguraian ini menghasilkan sejenis bahan dikenali ammonia.
Kamu pasti tahu kan sifat ammonia memang busuk dan inilah yang menyebabkan punca bau badan!