LIMAU MANDARIN MEMANG SEDAP TAPI…

Post by in Blog

Situ sana sini limau mandarin dijual, memang syok bila tiba saja perayaan Tahun Baru Cina! Pasti banyak buah limau mandarin yang kamu ‘pulun’ kan? Limau memang kaya dengan Vitamin C namun pengambilannya juga membuatkan sesetengah daripada kita mengalami sakit tekak & batuk. Betul tak?

Sebelum limau dipek dan dimasukan dalam kotak untuk dijual, pengusaha buah-buahan menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’ yang mana buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair ini bagi melindungi kulit limau rosak dijangkiti bakteria, kulat dan serangga.

Langkah pencegahan awal sebelum kamu asyik mengunyah limau mandarin, basuh terlebih dahulu sebelum makan! Pakai sarung tangan plastik bersih sebelum mengopek. Cegah awal sebelum batuk & demam datang menyerang okay? Pastikan limau mandarin yang kamu makan itu dalam keadaan 100% bersih. Amalkan tips ini untuk kekal sihat di musim perayaan ini 

#cny #tahunbarucina #tips #dermalene