RAMBUT GUGUR 100 HELAI SEHARI? ITU NORMAL!

Post by in Blog

TelogeAlahai, malunya rambut gugur menggila sejak dua menjak ni. Nampak gaya hujung tahun ni memang botak aku 😥

Antara masalah dihadapi oleh lelaki & wanita, Telogen Effluvium iaitu keguguran rambut yang terlalu banyak namun ia bersifat sementara. Masalah ini selalu berlaku selepas proses kelahiran, demam, tekanan atau diet tak seimbang. Namun kamu jangan risau, ia akan tumbuh semula selepas beberapa waktu 😋

Jangan risau bila rambut kamu gugur setiap hari, sesuatu yang normal bila kehilangan antara 80-100 helai rambut sehari! Tiada istilah kamu sering menyikat atau membasuh, rambut akan gugur!

Tapi ia menjadi luar biasa bila jumlah helaian yang gugur melebihi jumlah itu. Harus tahu, terdapat 3 peringkat kitaran pertumbuhan rambut normal iaitu;

a) Anagen ( Fasa Pertumbuhan ).
b) Telogen ( Fasa Berehat ).
c) Fasa Gugur.

Kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti usia, tekanan, kekurangan nutrisi, ubatan & bahan kimia.