TAZKIRAH JUMAAT: FENOMENA MAKCIK BAWANG JANGAN DIJADIKAN CONTOH

Post by in Blog

Ini salah, itu tak kena. Habis apa yang betul? Fenomena #makcikbawang kini melanda di media sosial. Ia merujuk kepada perbuatan suka mengumpat, jaga tepi kain orang & gemar menghukum individu lain tanpa usul periksa. Jangan jadikan mengumpat sebagai hobi kerana perbuatan itu akan membuat manusia MUFLIS di akhirat kelak.

“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (HR Abu Daud).

#donedakwah #tazkirahringkas #Jumaatbarakah #dermalene