JIWA KACAU DEK KOPI?

Post by in Blog
Pernah tak bila kamu hirup terlebih kopi, kepala automatik jadi pening, gelisah tiba-tiba? Ini petanda kamu mengalami ‘Caffeine Withdrawal’ atau lebih dikenali sebagai ‘Mabuk Kopi’.

Rasa berdenyut-denyut di kepala dek penangan kopi disebabkan saluran darah dipenuhi kafein. Menurut Livestrong, kandungan kafein dalam kopi akan mempercepatkan sistem saraf pusat dan membuat kamu gelisah. 

Kajian terhadap 3,000 penggemar kopi mendapati wujud variasi gen menerusi DNA yang dipanggil PDSS2. Variasi gen ini mengurangkan kemampuan tubuh untuk ‘memecah’ kafein. Kurangkan pengambilannya ya! Sekiranya dah terlalu teruk, hentikan terus pengambilannya!