Alah dengan air?

Post by in Blog

Masalah kulit paling rumit & menyeksakan. Kalau disuruh jauhi seafood atau ayam, okay lagi, tapi kalau air? Adeh…

Air adalah sumber paling penting untuk semua. Aquagenic urticaria, penyakit yang jarang sekali berlaku yang mana kulit bertindak balas dengan air.

Tanda-tanda alahan;

✔ Kegatalan. Biasanya mengambil masa sehingga 30 minit ke 1 jam ruam untuk hilang selepas dilap. .
✔ Sesetengah pesakit tidak boleh minum air langsung kerana ia boleh membuatkan tekak melecur. .
✔ Langkah seperti penggunaan minyak larutan air atau krim emulsi untuk menghalang sentuhan air, tidak boleh berpeluh, tak boleh berenang dan selalu perlu bawa payung ke mana-mana sebagai persediaan jika hujan. .
✔ Ia biasanya berlaku selepas seseorang itu baligh dan menyerang kaum wanita. .
✔Masih tiada rawatan sehingga kini, namun terdapat ubat yang boleh mengurangkan komplikasi ini.