Wanita lepas bersalin, emosi pasti terganggu bila melihat perut meregang. Apa lagi dengan jalur- jalur panjang, memang ‘down’ dibuatnya!
Ketika kandungan membesar, tahap regangan juga meningkat. Faktor dipengaruhi penghidratan kulit, keturunan, jenis kulit & keturunan.
Jadi bila nampak wanita lepas bersalin ada yang persis model, janganlah kamu ‘makan hati’. Banyak faktor menyebabkan kulit regang berlaku, tapi jangan risau kerana ia bersifat sementara.
Sukar bagi wanita hamil untuk elak daripada situasi ini kerana;
👉🏻 Perubahan hormon ketika hamil menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah.
👉🏻 Pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah.
Tempoh pemulihan selepas bersalin SANGAT penting bagi mengekalkan kesihatan & kecantikan tubuh badan. Fizikal kamu mungkin berubah tapi dengan disiplin yang rapi, ‘aset’ kamu pasti kembali ke bentuk asal. Persis anak dara yeah