Elizabeth Blackwell doktor wanita pertama

Post by in Blog

Baik wanita mahupun lelaki, semuanya mempunyai hak untuk berjaya. Ini yang cuba dibuktikan oleh doktor wanita pertama yang mencipta sejarah, Elizabeth Blackwell. Merupakan graduan dari Geneva Medical College, New York, laluannya untuk bergelar doktor bukanlah mudah. Ini kerana permohonannya untuk menempatkan diri sering ditolak! Bayangkan, sewaktu di kelas, dia sering dipinggirkan oleh rakan sekelas lelaki yang mendiskriminasikan kehadiran pelajar wanita. Akhirnya, pada 1849 Blackwell berjaya bergelar doktor sekaligus menyandang gelaran wanita pertama bergelar doktor di Amerika Syarikat. Never doubt the power of women ya 😉