Impetigo; Jangan pandang enteng soal kebersihan

Post by in Blog

Ia mungkin tidak bahaya namun si kecil anda mungkin rasa tak selesa dengannya. Impetigo Bulosa merupakan penyakit kulit berbentuk gelembung cecair mudah pecah yang sering menyerang si kecil disebabkan kuman dikenali Streptococcus. Impetigo kebiasaanya menyerang kanak-kanak berusia di antara 2-5 tahun.

Tanda-tanda Impetigo;
🌀 Muncul gelembung kecil kekuningan dengan diameter 0.5 yang mudah pecah. Apabila luka pecah dan bernanah, ia akan membentuk kerak berwarna coklat kekuningan.

🌀 Cecair gelembung mengandungi bakteria merebak dengan cepat pada bahagian epidermis kulit apabila pecah. Bintik kemerahan akan muncul, tampak seperti bekas seperti dicucuh puntung rokok.

Mengapa si kecil mudah berjangkit penyakit kulit ini?

🌀 Jangan pandang enteng dengan kebersihan di sekeliling anak anda! Si kecil lebih gemar bermain tanpa mempedulikan soal kebersihan.

🌀 Mereka cenderung menggaru bahagian yang terasa gatal atau sakit menyebabkan bakteria merebak dengan cepat.

Impetigo boleh berjangkit secara langsung iaitu melalui sentuhan pada gelembung cecair atau secara tidak langsung menerusi peralatan mengandungi bakteria Streptococcus.

Cegah sebelum lebih parah dengan beberapa cara seperti;

🌀 Jaga kebersihan tempat si kecil bermain.

🌀 Ketika mandi, jangan gosok kawasan bahagian cecair yang menggelembung.

🌀 Beri nutrisi yang baik untuk memperbaiki dan meningkatkan daya tahan tubuh.

🌀 Gunakan pakaian berfabrik lembut bagi mencegah gesekan pada kulit.

🌀 Elak berkongsi barang peribadi (tuala/baju).