Jeragat atau hiperpigmentasi merupakan salah satu masalah kulit yang sering dihadapi oleh ramai orang, terutamanya wanita.
Penampakkan bintik-bintik gelap atau tompok ini terjadi akibat pengumpulan melanin yang berlebihan di dalam kulit.
Tompok tersebut biasanya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan menjadikan tona warna tidak sekata.
Jika semakin merebak atau teruk, boleh menjejaskan penampilan diri dan mengurangkan keyakinan seseorang.
Dalam artikel ini, kita akan mengenali jenis-jenis jeragat di wajah serta rawatan yang sesuai untuk mengatasinya.
Jenis-Jenis Jeragat
- Sun Spot / Age Spot
Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan jeragat jenis ini. Sun spot atau age spot biasanya muncul sebagai bintik-bintik gelap yang tidak sekata dan berwarna coklat pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
- Freckles
Freckles adalah bintik-bintik kecil berwarna coklat atau kemerahan yang biasanya muncul pada kulit yang sering terdedah kepada matahari. Mereka lebih biasa muncul pada individu yang mempunyai kulit cerah dan biasanya diwarisi secara genetik.
- Melasma
Melasma adalah lebih besar dan lebih gelap, biasanya muncul secara simetri pada wajah. Boleh disebabkan oleh faktor genetik, hormon, atau pendedahan kepada cahaya matahari.
Rawatan Jeragat
Dengan rawatan yang sesuai, banyak jenis jeragat boleh pudar dengan ketara atau hilang sepenuhnya.
- Rawatan Laser
Rawatan laser adalah pilihan yang terkenal untuk menghilangkan jeragat. Rawatan ini bertindak dengan memecahkan pigmen melanin dalam kulit, membolehkan kulit yang baru dan cerah muncul.
- Pengelupasan Kimia
Pengelupasan kimia menggunakan asid glikolik atau asid salisilik boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan jeragat. Prosedur ini melibatkan pengelupasan lapisan atas kulit untuk mendedahkan kulit yang lebih segar dan cerah.
- Mikrodermabrasi
Mikrodermabrasi adalah prosedur non-invasif yang melibatkan pengelupasan lapisan atas kulit menggunakan alat khas. Rawatan ini membantu memperbaiki penampilan jeragat dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
- Perlindungan Matahari
Menggunakan pelindung matahari dengan SPF yang tinggi adalah langkah pencegahan yang paling penting untuk mengelakkan jeragat daripada bertambah teruk. Pastikan untuk memakai pelindung matahari setiap hari.
Perubahan pada Kulit Selepas Merawat
Tempoh masa yang diambil untuk melihat perubahan pada kulit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis rawatan dan tahap keterukan hiperpigmentasi.
Secara amnya, perubahan mula dapat dilihat dalam masa beberapa minggu. Tetapi, sesetengah rawatan mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk perubahan yang lebih ketara.
Kejayaan sesuatu rawatan juga bergantung pada faktor seperti kedalaman jeragat dan pematuhan kepada pelan rawatan yang telah ditetapkan.
Berjumpa dengan Pakar Dermatologi
Memahami dan merawat hiperpigmentasi perlu pengetahuan pakar dan penjagaan yang tepat.
Untuk hiperpigmentasi yang berterusan atau teruk, sebaiknya berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mengetahui rawatan muka yang lebih khusus dan berkesan.
Apabila keadaan semakin teruk, tompok-tompok kecil akan membesar dan bercantum dengan kulit lain. Wajah akan kelihatan gelap dan kurang menarik.
Menyelesaikan Masalah Jeragat di Dermalene Skin Centre
Dermalene menyediakan rawatan muka dermatologi yang berkualiti dan berkesan.
Setelah mengenal pasti jenis jeragat anda dan strategi rawatan yang sesuai, kami dapat memperbaiki penampilan kulit anda.
Jika anda menghadapi masalah dengan bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata, Dermalene ada penyelesaiannya.
Kunjungi cawangan Dermalene yang berhampiran anda hari ini, dan mulakan langkah pertama ke arah kulit yang licin dan sekata.
Leave a comment