kulit berjerawat

Kulit Berjerawat Pulih Selepas Rawatan Chemical Peel

Post by in Blog

Menghilangkan kulit berjerawat seringkali menjadi cabaran bagi sesiapa sahaja yang mengalami masalah ini.

 

Jerawat boleh menjadikan seseorang berasa tidak selesa dan mengganggu, baik daripada segi fizikal mahupun emosi.

 

Namun, terdapat penyelesaian yang berkesan untuk merawat kulit berjerawat – rawatan chemical peel.

 

Mari lihat mengapa rawatan ini adalah antara pilihan terbaik untuk menyelesaikan kulit berjerawat dengan efektif.

 

Apa Itu Rawatan Chemical Peel

 

Chemical peel merupakan rawatan kulit yang selamat untuk memperbaiki kulit wajah.

 

Salah satu jenis chemical peel yang popular untuk merawat kulit berjerawat ialah glycolic acid peel.

 

Rawatan ini melibatkan satu kaedah pengelupusan kulit dengan membuang sel kulit mati dengan berkesan.

 

Ia merawat masalah jerawat yang mampu memberi tekstur kulit wajah yang licin serta lebih cerah dan bersinar.

 

Jenis jerawat yang boleh dirawat dengan chemical peel:

 

  1. Jerawat Biasa
  2. Jerawat Batu
  3. Jerawat Pasir
  4. Break Out

 

4 Kelebihan Rawatan Chemical Peel

 

  1. Pembersihan Pori-Pori: Chemical peel membantu membersihkan pori-pori kulit secara mendalam, mengurangkan risiko pembentukan minyak dan bakteria yang menjadi punca utama jerawat.

 

  1. Merawat Jerawat Aktif: Dengan menghilangkan sel kulit mati dan minyak berlebihan, rawatan ini dapat membantu merawat jerawat aktif dan mengurangkan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat.

 

  1. Mengurangkan Parut: Chemical peel juga dapat membantu mengurangkan penampilan parut jerawat, meninggalkan kulit yang lebih licin dan bersih.

 

  1. Meningkatkan Kecerahan Kulit: Dengan merangsang pertumbuhan kulit baru yang lebih sihat, rawatan ini membantu meningkatkan kecerahan kulit dan menghilangkan kusam.

 

Prosedur dan Penjagaan Selepas Rawatan

 

Prosedur rawatan tidak memakan masa yang lama. Tetapi, akan merasakan ketidakselesaan pada kulit.

 

Sebelum rawatan dimulakan, langkah pertama adalah membersihkan wajah dengan teliti.

 

Kemudian, larutan kimia seperti glycolic acid akan disapukan ke kulit.

 

Rawatan ini merangsang reaksi kimia pada kulit yang membolehkan kulit baru menggantikan lapisan yang lama.

 

Ia menyebabkan kebanyakan individu akan merasai sensasi terbakar yang berlangsung selama beberapa minit.

 

Ini adalah reaksi yang normal dan kebanyakan individu mampu menanggungnya.

 

Untuk kurangkan rasa tersebut, jangan risau anda akan diberikan sesuatu yang dapat menyejukkan dan melegakan.

 

Selepas rawatan, jangan abaikan perkara berikut:

 

  • Mengelakkan kulit daripada terdedah kepada sinar matahari secara langsung sekurang-kurangnya 1-2 minggu.
  • Wajib menggunakan krim pelindung matahari di atas SPF 30 untuk melindungi kulit.

 

Secara ringkasnya, chemical peel membantu memperbaiki penampilan kulit dengan membuang sel-sel kulit mati hingga ke lapisan terdalam, menjadikan kulit baru lebih lembut, berseri, dan tegang serta menghilangkan tanda-tanda penuaan kulit yang lain.

 

Rawatan ini amat disyorkan untuk perempuan dan lelaki di semua peringkat umur.

 

Dengan rawatan yang betul dan penjagaan yang berterusan, anda akan dapat menikmati kulit yang lebih cantik dan berseri tanpa jerawat.

 

Dimana Anda Boleh Dapatkan Rawatan Chemical Peel

kulit berjerawat

Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan Chemical Peel, Dermalene boleh membantu anda.

 

Mengapa anda patut memilih kami:

 

  • Rawatan Tanpa Suntikan & Pembedahan
  • Kulit Sihat & Terbukti Secara Klinikal
  • Kakitangan Terlatih dengan Teknologi Terkini
  • Pakar Jerawat, Jeragat, Parut & Ekzema

 

Cawangan Dermalene terletak di lokasi-lokasi berikut:

 

  1. Shah Alam
  2. Bangi
  3. Ampang
  4. Kuala Lumpur
  5. Kota Damansara
  6. Johor Bahru
  7. Kota Bahru
  8. Seremban

 

Hubungi Dermalene untuk sesi konsultasi bagi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk masalah kulit berjerawat anda.

 

Dapatkan Janji Temu Disini

Leave a comment