Jangkitan virus yang selalu menyerang kanak-kanak. Jangan khuatir, ia adalah gangguan kulit ringan tapi ia berjangkit. So, AWAS!
Sifat fizikalnya berbentuk benjolan licin dan bersaiz sebiji kacang hijau. Tak sakit tapi boleh berjangkit! Anggaran saiz sekitar 2-6 milimeter.
Biasanya menyerang sekitar wajah, punggung, kaki & kemaluan.
Kutil muncul akibat virus Molluscum Contagiosum (yes, nama kutil sama dengan nama virus). Virus mula menyerang bermula dari kelenjar rambut & terus menular ke kulit.
Jangkitan akan berlaku akibat sentuhan ( kongsi mainan, pegang tombol pintu )
JANGAN sesekali garu, ia akan merebak! Nanti dah merah & terasa panas, siapa yang susah? Kamu juga kan.
Sekiranya kamu berdepan dengan simptom di atas, temui Dr Alina atau Dr Hazzeem hari ini!