‘Mongolian Spot’ lenyap sendiri

Post by in Blog

Macam lebam tapi bukan…Kebiruan, sedikit kehijauan di bahagian punggung bayi. Jatuhkah anak aku? đŸ˜§

Tompokan ini dinamakan ‘Mongolian Spot’, sejenis pigmentasi pada kulit bayi. Haa, jangan ingat orang berumur je tau ada pigmentasi!

Tompokan ini ‘melekat’ pada bayi seawal usia 20 minggu dalam kandungan dan terlihat pada kulit bayi sejak lahir. Jangan risau, ia akan pudar dengan sendiri pada usia 2-5 tahun.

Sekiranya bayi anda mempunyai tanda lahir yang berbeza daripada ciri-ciri ‘Mongolian Spot’ (bertekstur kasar / timbul, menonjol, ditumbuhi rambut, terlalu banyak, besar), segera bertemu doktor untuk pemeriksaan awal! Ia mungkin bukan Mongolian Spot…