Sudah menjadi trend, anak sekecil enam bulan sudah ditindik telinganya. Tapi pernah tak korang fikir implikasi terhadap si kecil itu sendiri? Tak salah menindik, tapi prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga.
Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin khas bagi melindungi si comel daripada kuman Tetanus! Maklum saja, daya tahan bayi/kanak-kanak masih lemah berbanding orang dewasa. Paling penting, pastikan subang untuk bayi dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan. Jangan fikir bergaya sampai si kecil merana 😉