Dah basuh setiap hari pun masih berbau. Masalah rambut berbau hapak, kepam atau masam selalu terjadi pada wanita.
Masalah rambut berbau disebut sebagai ‘Smelly Hair Syndrome’(SHS) atau Sindrom Rambut Berbau. Kulit kepala bukan sahaja terdapat kelenjar minyak yang akan mengeluarkan sebum, malah terdapat juga kelenjar peluh. Gabungan hasil cernaan dua kelenjar ini menyebabkan kulit kepala berbau dan tidak selesa.
Rambut kan mahkota wanita, jaga & belailah dengan elok ya! Rajinkan diri mencuci rambut, jangan stress, minum air putih banyak & kurangkan pengambilan kafein. Insha Allah, rambut kamu pasti tak berbau lagi 😉