Jerawat adalah masalah biasa bagi kesihatan kulit wajah yang menyerang hampir 85% manusia di muka bumi ini tanpa mengira jantina, asal-usul dan peringkat umur. Sekiranya anda sedang rungsing tentang jerawat di wajah dan sedang memikirkan rawatan jerawat yang ada dipasaran sekarang ini, apa kata anda cuba 5 cara menghilangkan jerawat seperti yang di bawah, yang mungkin anda tidak pernah terfikirkan sebelum ini!
- Hentikan Pengambilan Gula
Terdapat beberapa kajian saintifik yang menyokong dakwaan pengambilan gula yang berlebihan menyumbang kepada masalah jerawat. Sekiranya anda mempunyai pelbagai masalah kesihatan, tidak kiralah masalah kecil seperti jerawat atau penyakit kronik yang lain, saranan utama adalah hentikan pengambilan gula, baik dari sumber langsung seperti gula putih mahupun gula dalam sumber makanan atau minuman yang sudah dimasak atau segera. Ini disebabkan oleh peranan gula yang mempengaruhi kadar penghasilan insulin dalam badan, yang seterusnya membawa kepada rembesan hormon-hormon lain yang menjadi punca utama jerawat terutamanya jika ianya diambil secara berlebihan daripada keperluan sebenar badan seseorang. Selain daripada itu, anda disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang mempunyai indeks glisemik (glysemic index) yang rendah.
- Amalkan Pemakanan yang Sihat
Diet yang seimbang bagi tubuh anda mungkin tidak seimbang untuk orang lain walaupun dengan ibu bapa anda sendiri. Keperluan gizi makanan setiap orang adalah berbeza. Gaya hidup yang sibuk juga kadang-kadang mengakibatkan seseorang terlupa untuk mengambil pemakanan yang cukup zat. Kurangnya vitamin D dalam badan boleh mengakibatkan badan anda lemah dan tidak mampu melawan jangkitan bakteria yang mengakibatkan jerawat. Oleh itu, pengambilan multivitamin juga penting dan adalah cara menghilangkan jerawat jangka panjang yang berkesan. Bagi menjadikan amalan ini lebih sihat, pastikan sentiasa diselang-seli dengan pengambilan nutrien melalui makanan seimbang biasa yang lebih semula jadi. Jadi, tubuh anda tidaklah dilatih untuk terlalu bergantung kepada nutrisi buatan.
- Kerap Bersenam dan Mengeluarkan Peluh
Corak kehidupan manusia telah banyak berubah jika dibandingkan dengan 30 atau 40 tahun yang lalu. Dahulu, aktiviti seharian dan pekerjaan adalah lebih fizikal berbanding sekarang. Tetapi pemakanan kita tidak banyak berubah. Masih mengekalkan pemakanan yang terbentuk bagi menyesuaikan keperluan aktiviti fizikal dahulu kala. Apa jua nutrisi yang berlebihan boleh menjadi toksik dalam badan. Maka, adalah penting untuk kita cuba berfizikal sekali-sekala mengeluarkan peluh berserta toksin dan kontaminan dari liang-liang roma kulit supaya tidak tersumbat dan mengakibatkan jerawat yang tidak diingini. Apabila kerap bersenam, kadar degupan jantung meningkat sekaligus meningkatkan aliran darah. Aliran darah membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel di seluruh badan berfungsi baik termasuklah sel kulit. Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari bagi kulit lebih sihat.
- Tidur Secukupnya
Senaman yang mencukupi membantu tidur yang nyenyak. Tidur yang nyenyak perlu bagi sistem badan melengkapkan proses dalaman badan yang hanya boleh berlaku ketika tidur. Saat tidur badan mula bekerja mengembalikan keseimbangan kimia dalam tubuh, merembeskan hormon-hormon tertentu, serta memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak atau seperti kebanyakan kes jerawat, adalah bagi membantu melawan jangkitan kuman di bahagian itu. Tidur yang cukup juga menghindarkan diri daripada tekanan yang juga adalah punca bagi sesetengah kes jerawat. Selain dari itu, tidur yang cukup akan membuatkan hormon badan stabil dan sekaligus mengurangkan jerawat. Sebaiknya, kadar tidur selama 8 jam sehari haruslah diamalkan.
- Menggunakan Khidmat Pakar Kulit
Jika masalah jerawat anda masih berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kulit. Ini kerana, pakar kulit dapat memberi nasihat yang betul tentang cara menangani masalah jerawat secara lebih efektik yang sesuai dengan kulit anda.
Di Dermalene, kami menawarkan beberapa rawatan jerawat yang boleh membantu untuk merawat masalah jerawat anda seperti chemical peel treatment, glycolic peel dan hydrofacial collagen treatment. Untuk maklumat lanjut berkenaan rawatan yang kami tawarkan, sila hubungi/whatsapp 012-6777617 (Shah Alam) atau 017-9720170 (Kota Bharu).