fbpx

Punca Jerawat dan Cara Atasinya

Kulit breakout? Tiba-tiba segerombolan jerawat hinggap di muka? Sesungguhnya sukar untuk kita mencapai kulit yang licin dan bersih selagi kita tidak berjaya mencari punca kenaikan jerawat tersebut. Jerawat akan muncul apabila pori di kulit tersumbat disebabkan oleh sel kulit mati, minyak, kotoran dan juga bakteria. Jadi, apakah punca-punca kemunculan jerawat? Banyak, sangat banyak. Mari kita kupas serba sedikit di sini.

Punca Jerawat Muncul

1. Berus makeup yang kotor

Makeup sememangnya boleh membuat liang pori tersumbat sekiranya tidak mencuci muka dengan betul. Apatah lagi jika makeup menggunakan berus dan sponge yang kotor? Hal ini demikian kerana, bakteria yang terdapat di peralatan yang digunakan untuk makeup tersebut boleh menjadi punca jerawat di muka. Selain peralatan makeup yang tidak dicuci dengan sewajarnya, makeup yang tebal juga boleh jadi penyumbang kepada jerawat kerana kulit wajah kita memerlukan pengudaraan.

2. Mask punca jerawat. Maskne? Apakah itu? Mask + Acne = Maskne

Maskne akan terjadi bila mana minyak, peluh dan kuman terperangkap di muka ketika kita memakai mask di musim Covid-19. Gabungan kelembapan, haba yang keluar dari mulut dan karbon dioksida boleh menyebabkan kuman mebiak di sekitar pipi, hidung, bibir dan dagu. Di samping itu, apabila fabrik mask itu sendiri tidak bersesuaian dengan kulit muka boleh menyebabkan geseran terjadi antara kulit muka dan mask itu sendiri menajadikan kulit muka lebih sensiitif dan mengundang kepada pertumbuhan jerawat. Walaupun sekarang dah fasa endemic, pastikan mask yang dipakai sentiasa dalam keadaan bersih.

3. Kerap memegang kulit wajah

Tangan kita akan memegang pelbagai jenis permukaan dalam aktiviti seharian kita. Cuci tangan setiap kali ingin membersihkan atau memegang muka kerana sentuhan kulit wajah dengan tangan kotor mampu memindahkan bakteria dan debu di tangan ke wajah anda. Hobi memicit jerawat juga merupakan antara punca kemunculannya jerawat-jerawat lain kerana bakteria di dalam jerawat yang dipicit itu boleh merebak ke tempat lain sekiranya tangan kita tersentuh bahagian muka yang lain.

4. Tidak menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala

Kebanyakan jerawat yang muncul di hairline merupakan jerawat yang terjadi disebabkan keaalpaan kita dalam menjaga kulit kepala. Kulit kepala yang berpeluh terlalu banyak akibat memakai topi, helmet mahupun melakukan aktiviti sukan merupakan salah satu punca jerawat hairline jika kita tidak terus mencuci sesampainya kita di rumah. Selain daripada itu, shampoo dan conditioner juga mampu jadi penyumbang kepada masalah jerawat di kulit kepala. Pemilihan shampoo dan conditioner yang bersesuaian memainkan peranan yang sangat penting dalam proses membersihkan rambut.

5. Stress

Adakah anda sedar bahawa setiap kali anda sedang menghadapi tekanan, pasti akan muncul sekali pakej jerawat di muka. Perkara ini terjadi disebabkan oleh hormon androgen dan adrenalin dalam badan dikeluarkan berlebihan ketika stress yang seterusnya mengundang ke arah pertumbuhan jerawat. Maka setelah kita faham tentang masalah jerawat, adakah kita patut berdiam diri sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan? Ini tidak boleh terjadi. Apa patut kita lakukan? Biarkan saja JERAWAT itu bermaharajelala atau bertindak segera? Pilihan di tangan anda. Tapi kami di sini sebagai “skin life partner” ingin berkongsi tips yang selalu kami pesan dan nasihat kepada patient kami di Dermalene Skin Centre.

Tips dan Nasihat sebagai "Skin Life Partner"

1. Jangan guna skincare yang menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat. “Patch Test” ialah kunci.

Cara yang selamat untuk mengelakkan kemunculan jerawat baru ialah mengamalkan konsep cuba dulu di bahagian lain selain permukaan muka sebelum terus sapu di keseluruhan muka. Atau dalam bahasa mudahnya ialah “Patch Test”. Tujuan patch test ialah untuk menguji sama ada produk tersebut memberi tindak balas yang negatif atau tidak. Kalau tiba-tiba naik jerawat bila kita pakai sesuatu skincare yang baru, jangan lah berlengah lagi. Berhenti dulu untuk memakainya buat sementara waktu terutamanya jika kulit anda sejenis yang sensitif dan cenderung untuk naik jerawat.

2. Kukuhkan asas skincare dulu.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan asas dalam skincare? Cleanser, moisturizer, sunscreen! Yes, ini sahaja pada asasnya. Tidak salah jika ingin menambah produk lain di dalam rutin skincare kita, tetapi pastikan asas skincare yang diperkukuh dulu. Satu benda yang perlu sentiasa tersemat di ingatan ialah, “Hydration is Key”. Sangat penting untuk kita memilih cleanser, moisturizer dan sunscreen yang bersesuaian dengan jenis kulit.

punca jerawat

3. Elakkan penggunaan bahan-bahan yang “trigger” jerawat.

Terkadang kita perlu menjadi cerewet sedikit apabila menelaah ingredient yang terdapat dalam packaging produk-produk yang kita bercadang untuk membeli. Antara kandungan yang patut kita lebih berwaspada ialah “sodium lauryl sulphate (SLS), essential oils, fragrance oils and alcohol”. Perlu diingati bahawa setiap kulit adalah berbeza. Mungkin kita tidak sesuai dengan sesetengah bahan, tapi mungkin sesuai untuk orang lain. Jadi, berhati-hati lah sebelum terlambat dan mengakibatkan jerawat makin menjadi-jadi.

4. Menjalani treatment bersama klinik pakar kulit.

Jika jerawat semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung, kami sentiasa bersedia untuk menjadi “skin life partner” anda. Di sini kami akan memulakan sesi perawatan dengan cara konsultansi menggunakan teknologi canggih “Facial Scanner Analysis” terlebih dahulu sebelum mencadangkan sebarang treatment kepada pesakit. Hal ini demikian kerana, kami di sini mementingkan analisis yang komprehensif supaya kami dapat tahu punca yang tepat bagi jerawat yang tumbuh di muka para pesakit. Hubungi kami untuk membuat tempahan temujanji di Dermalene. Jangan lepaskan peluang yang ada.
cara hilangkan jerawat

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Ingredients Ini!

Buat mereka yang menghadapi masalah breakout wajah, pasti anda telah menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat.

Mana tidaknya, masalah ini boleh menyebabkan seseorang individu kurang berkeyakinan untuk bersosial bersama orang ramai.

Disebabkan itu kami akan berkongsi beberapa cara untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan alami dan juga produk.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

 

 

Definisi Ringkas Masalah Jerawat

cara hilangkan jerawat

Pada bahagian ini, kami akan menerangkan definisi masalah jerawat.

Perkara ini penting dalam menerapkan penjagaan kebersihan kendiri dalam kalangan orang ramai.

Secara amnya, jerawat merujuk kepada bintik-bintik pada permukaan wajah. 

Ia merupakan masalah kulit yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang roma.

Terdapat dua faktor utama yang boleh menyebabkan tersumbatnya liang roma iaitu penghasilan minyak (sebum) berlebihan dan sel kulit mati.

Maka, anda digalakkan untuk melakukan scrubbing bagi menanggalkan kesan berminyak serta sel kulit mati daripada wajah.

Dengan berbuat demikian, wajah anda akan tampak lebih berseri dan bersih meskipun tidak memakai alat solek.

 

 

Jenis-jenis Jerawat 

Seperti yang dinyatakan di atas, penghasilan sebum berlebihan dan sel kulit mati akan menyebabkan liang roma wajah tersumbat.

Sekiranya anda memandang enteng terhadap penjagaan kebersihan wajah, ia akan menyebabkan sejenis bakteria membiak di dalam liang roma.

Bakteria tersebut dikenali sebagai Propionibacterium acnes, atau singkatannya ialah P. Acnes.

Ia akan menyebabkan jenis-jenis jerawat seperti di bawah muncul pada permukaan wajah:

 

1. Bebintik hitam

Bebintik hitam ialah punca utama terjadinya jerawat hitam dan jerawat putih.

Jerawat hitam atau bebintik terbuka terjadi akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat.

cara hilangkan jerawat

Antaranya adalah merokok dan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi.

Selain itu, kelembaban kulit yang tinggi juga boleh mengundang kepada terjadi jerawat hitam.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan senaman dan scrubbing (secara berkala) bagi mengurangkan kandungan air berlebihan daripada tubuh badan.

Manakala, jerawat putih atau bebintik tertutup pula adalah disebabkan penghasilan sebum dan pembiakan bakteria pada permukaan kulit muka.

Berikut merupakan ciri-ciri jerawat putih:

  • Mempunyai bintik putih yang kecil 
  • Keras 
  • Sekeliling jerawat ini tidak meradang (atau kemerahan) 
  • Tumbuh di dahi, pipi, dan kawasan di bawah mata. 

 

2. Jerawat biasa (Papules) 

cara hilangkan jerawat

Pori-pori wajah yang tersumbat merupakan punca utama terjadinya jerawat biasa.

Pembiakan bakteria P. Acnes akan menyebabkan rasa radang pada sekitar jerawat.

Kebiasaannya, jerawat ini memiliki bintik kecil dan berwarna merah atau merah jambu.

 

3. Jerawat Besar (Pustules)

cara hilangkan jerawat

Jika jerawat biasa tidak dirawat dengan segera, ia akan membesar dan dikenali sebagai jerawat besar.

Lazimnya, jerawat besar memiliki ciri-ciri seperti bermata putih, berwarna merah dan keradangan.

 

4. Jerawat Nodul & Sista (Nodules & Cysts)

Jerawat Nodul & Sista amat sukar untuk dirawat kerana saiznya yang besar dan ia menyebabkan rasa sakit kepada si individu.

Buat pengetahuan anda, Nodul ialah jerawat berbintik besar dan keras yang tumbuh di dalam permukaan kulit muka.

Manakala, Sista ialah jerawat yang bermata besar tetapi lembut. Rupa jerawat ini adalah seakan bisul.

Untuk merawat kedua-dua jerawat jenis ini, anda perlu merujuk kepada pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat serta tindakan yang sewajarnya.

 

 

Punca-punca Terjadinya Jerawat 

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi beberapa punca yang menyebabkan terjadinya pertumbuhan jerawat di wajah.

Berikut merupakan punca-puncanya:

 

1. Stress

Stress atau tekanan di institusi pembelajaran atau tempat kerja merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan jerawat.

Ini terjadi disebabkan penghasilan hormon yang tidak seimbang di dalam tubuh badan.

Meskipun anda perlu bertungkus-lumus dalam hal akademik dan kerjaya, anda disarankan untuk memikirkan kepentingan kesihatan mental dan fizikal.

 

2. Kedatangan haid atau hamil

Wanita yang sedang kedatangan haid atau hamil akan mengalami perubahan hormon.

Pertumbuhan jerawat dalam kalangan wanita yang sedang haid adalah sebelum atau semasa tempoh tersebut.

Manakala, bagi wanita mengandung pula, pertumbuhan jerawat lazimnya akan timbul ketika 3 bulan pertama kandungan.

 

3. Tidak membersihkan wajah secara teliti

punca jerawat

Pasti anda tertanya-tanya, mengapa jerawat masih timbul sedangkan anda sudah membersihkan wajah menggunakan produk pencuci muka?

Salah satu sebabnya adalah anda tidak mencuci wajah secara teliti. Anda perlu melakukan rotation pada muka selama 30 saat atau seminit untuk mendapatkan kulit yang bersih.

Rotation ini dibuat untuk memastikan muka anda bersih daripada segala kekotoran dan sebum yang boleh menyumbatkan liang roma.

 

4. Penggunaan produk yang berminyak

punca jerawat

Sekiranya anda melayari Internet, anda pasti akan terjumpa beberapa tips penjagaan kulit yang menggunakan produk berminyak.

Produk berminyak seperti minyak zaitun semestinya bagus untuk membersihkan wajah daripada alat solek serta memberi kelembaban kulit.

Namun, penggunaan produk berminyak secara berlebihan pada muka boleh menyebabkan liang roma tersumbat.

Untuk itu, anda perlu mengehadkan pemakaian produk berminyak dan mencuci muka secara teliti agar liang roma tidak tersumbat.

 

5. Terdedah kepada pencemaran udara

cara hilangkan jerawat

Sebenarnya, terdapat situasi-situasi yang boleh menyebabkan kulit wajah kita kotor. Antaranya ialah:

  1. Mengunjungi kawasan pasar malam atau bazar Ramadan 
  2. Terlibat dalam kesesakan lalu lintas (penunggang motosikal) 
  3. Kedai-kedai makan yang menjual makanan bakar seperti sate

Kawasan berasap dan berdebu seperti ini akan menyebabkan zarah-zarah kotor melekat pada wajah.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mencuci muka dengan menggunakan facial wipe tissues atau micellar water bagi menanggalkan kekotoran di wajah.

Jika anda dapati terdapat kesan-kesan kotor pada produk yang dinyatakan, maka itu merupakan petanda bahawa wajah anda perlu dibersihkan secara teliti.

 

5 Kandungan Bahan Produk Hilangkan Jerawat

bahan hilangkan jerawat

Tahukah anda bahawa terdapat 5 kandungan di dalam produk skincare yang dapat merawat masalah jerawat?

 

  • Benzoyl Peroxide

Benzoyl Peroxide membantu untuk mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat. Ia juga sesuai dijadikan sebagai treatment untuk merawat jerawat untuk tempoh masa yang lama.

Namun begitu, penggunaan produk yang mengandungi Benzoyl Peroxide akan menyebabkan kulit wajah anda kekeringan.

Oleh itu, anda perlu apply produk tersebut sekadar dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.

 

  • Clindamycin & Erythromycin

Clindamycin dan Erythromycin ialah sejenis antibiotik yang dapat mengawal pembiakan bakteria P. Acnes. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan jerawat daripada bertambah teruk.

 

  • Salicylic Acid

Kandungan ini tidak lagi asing di bibir rakyat Malaysia pada masa kini.

Salicylic acid berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati dari permukaan wajah. Ini yang dipanggil sebagai chemical peeling.

Selain daripada membuang sel-sel kulit mati, salicylic acid juga dapat mengelakkan liang roma anda tersumbat dan merawat jerawat yang tumbuh di dalam kulit.

 

  • Azelaic Acid

Bahan ini dapat mengurangkan bengkak dan keradangan jerawat pada permukaan wajah. Ia boleh didapati di dalam bahan organik seperti gandum dan barli.

 

  • Dapzone

Dapzone diperkaya dengan kandungan anti-bakteria yang tinggi. Maka, anda digalakkan untuk menggunakan produk yang mengandungi dapzone sebanyak 2 kali sehari.

Kesimpulannya, pertumbuhan jerawat pada permukaan wajah bukanlah perkara yang remeh. Ia boleh menyebabkan tahap keyakinan seseorang individu merosot.

 

Buat mereka yang amat mementingkan penampilan wajah yang bersih; sama ada lelaki mahupun wanita, usaha anda sangat dikagumi!

Anda boleh mencari produk-produk skincare yang kami kongsikan di atas sebagai alternatif bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih.

Sekiranya anda memerlukan sokongan daripada pakar dermatology, anda boleh merujuk dengan kami di DERMALENE.

DERMALENE ialah sebuah klinik aesthetic yang diasaskan oleh Dr Alina Hasni yang telah melengkapkan pengajiannya dalam bidang Clinical Dermatology daripada Universiti Cardiff.

Disebabkan minat beliau yang begitu mendalam terhadap skop penjagaan kendiri, beliau berkongsi tips kecantikan dan kesihatan di online platform, Youtube.

Kini, DERMALENE sudah mempunyai 5 cawangan di lokasi berikut:

  • Persiaran Ampang UKAY, Ampang di Selangor.
  • Medan Pusat 2d, Seksyen 9 di Bangi, Selangor. 
  • KL Traders Square di Kuala Lumpur.
  • Vista Alam, Seksyen 14 di Shah Alam, Selangor.
  • Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bahru, Kelantan. 

 

Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan kulit di klinik kami?

  • Sesi konsultasi dijalankan selama 30 minit.
  • Rawatan kulit hanya dalam 45 minit sahaja. 
  • Doktor-doktor pakar kulit yang bertauliah dan terpelajar.
  • Rawatan kulit yang skin-friendly, iaitu tidak menggunakan sebarang suntikan. 
  • Menggunakan teknologi terkini dan selamat 

 

Buat anda yang ingin mendapatkan rawatan kulit di DERMALENE, anda boleh menekan pautan di bawah untuk menempah janji temu.

 

Tempah Janji Temu DERMALENE Sekarang

Product has been added to your cart
×