Punca Jerawat dan Cara Atasinya

Post by in Blog

Kulit breakout? Tiba-tiba segerombolan jerawat hinggap di muka?

Sesungguhnya sukar untuk kita mencapai kulit yang licin dan bersih selagi kita tidak berjaya mencari punca kenaikan jerawat tersebut.

Jerawat akan muncul apabila pori di kulit tersumbat disebabkan oleh sel kulit mati, minyak, kotoran dan juga bakteria.

Jadi, apakah punca-punca kemunculan jerawat? Banyak, sangat banyak. Mari kita kupas serba sedikit di sini.

Punca Jerawat Muncul

1. Berus makeup yang kotor

Makeup sememangnya boleh membuat liang pori tersumbat sekiranya tidak mencuci muka dengan betul.

Apatah lagi jika makeup menggunakan berus dan sponge yang kotor?

Hal ini demikian kerana, bakteria yang terdapat di peralatan yang digunakan untuk makeup tersebut boleh menjadi punca jerawat di muka.

Selain peralatan makeup yang tidak dicuci dengan sewajarnya, makeup yang tebal juga boleh jadi penyumbang kepada jerawat kerana kulit wajah kita memerlukan pengudaraan.

 

2. Mask punca jerawat. Maskne? Apakah itu? Mask + Acne = Maskne

Maskne akan terjadi bila mana minyak, peluh dan kuman terperangkap di muka ketika kita memakai mask di musim Covid-19.

Gabungan kelembapan, haba yang keluar dari mulut dan karbon dioksida boleh menyebabkan kuman mebiak di sekitar pipi, hidung, bibir dan dagu.

Di samping itu, apabila fabrik mask itu sendiri tidak bersesuaian dengan kulit muka boleh menyebabkan geseran terjadi antara kulit muka dan mask itu sendiri menajadikan kulit muka lebih sensiitif dan mengundang kepada pertumbuhan jerawat.

Walaupun sekarang dah fasa endemic, pastikan mask yang dipakai sentiasa dalam keadaan bersih.

 

3. Kerap memegang kulit wajah

Tangan kita akan memegang pelbagai jenis permukaan dalam aktiviti seharian kita.

Cuci tangan setiap kali ingin membersihkan atau memegang muka kerana sentuhan kulit wajah dengan tangan kotor mampu memindahkan bakteria dan debu di tangan ke wajah anda.

Hobi memicit jerawat juga merupakan antara punca kemunculannya jerawat-jerawat lain kerana bakteria di dalam jerawat yang dipicit itu boleh merebak ke tempat lain sekiranya tangan kita tersentuh bahagian muka yang lain.

 

4. Tidak menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala

Kebanyakan jerawat yang muncul di hairline merupakan jerawat yang terjadi disebabkan keaalpaan kita dalam menjaga kulit kepala.

Kulit kepala yang berpeluh terlalu banyak akibat memakai topi, helmet mahupun melakukan aktiviti sukan merupakan salah satu punca jerawat hairline jika kita tidak terus mencuci sesampainya kita di rumah.

Selain daripada itu, shampoo dan conditioner juga mampu jadi penyumbang kepada masalah jerawat di kulit kepala.

Pemilihan shampoo dan conditioner yang bersesuaian memainkan peranan yang sangat penting dalam proses membersihkan rambut.

 

5. Stress

Adakah anda sedar bahawa setiap kali anda sedang menghadapi tekanan, pasti akan muncul sekali pakej jerawat di muka.

Perkara ini terjadi disebabkan oleh hormon androgen dan adrenalin dalam badan dikeluarkan berlebihan ketika stress yang seterusnya mengundang ke arah pertumbuhan jerawat.

 

Maka setelah kita faham tentang masalah jerawat, adakah kita patut berdiam diri sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan? Ini tidak boleh terjadi. Apa patut kita lakukan?

Biarkan saja JERAWAT itu bermaharajelala atau bertindak segera? Pilihan di tangan anda.

Tapi kami di sini sebagai “skin life partner” ingin berkongsi tips yang selalu kami pesan dan nasihat kepada patient kami di Dermalene Skin Centre.

Tips dan Nasihat sebagai “Skin Life Partner”

1. Jangan guna skincare yang menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat. “Patch Test” ialah kunci.

Cara yang selamat untuk mengelakkan kemunculan jerawat baru ialah mengamalkan konsep cuba dulu di bahagian lain selain permukaan muka sebelum terus sapu di keseluruhan muka.

Atau dalam bahasa mudahnya ialah “Patch Test”. Tujuan patch test ialah untuk menguji sama ada produk tersebut memberi tindak balas yang negatif atau tidak.

Kalau tiba-tiba naik jerawat bila kita pakai sesuatu skincare yang baru, jangan lah berlengah lagi.

Berhenti dulu untuk memakainya buat sementara waktu terutamanya jika kulit anda sejenis yang sensitif dan cenderung untuk naik jerawat.

 

2. Kukuhkan asas skincare dulu.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan asas dalam skincare? Cleanser, moisturizer, sunscreen! Yes, ini sahaja pada asasnya.

Tidak salah jika ingin menambah produk lain di dalam rutin skincare kita, tetapi pastikan asas skincare yang diperkukuh dulu.

Satu benda yang perlu sentiasa tersemat di ingatan ialah, “Hydration is Key”. Sangat penting untuk kita memilih cleanser, moisturizer dan sunscreen yang bersesuaian dengan jenis kulit.

punca jerawat

3. Elakkan penggunaan bahan-bahan yang “trigger” jerawat.

Terkadang kita perlu menjadi cerewet sedikit apabila menelaah ingredient yang terdapat dalam packaging produk-produk yang kita bercadang untuk membeli.

Antara kandungan yang patut kita lebih berwaspada ialah “sodium lauryl sulphate (SLS), essential oils, fragrance oils and alcohol”.

Perlu diingati bahawa setiap kulit adalah berbeza. Mungkin kita tidak sesuai dengan sesetengah bahan, tapi mungkin sesuai untuk orang lain.

Jadi, berhati-hati lah sebelum terlambat dan mengakibatkan jerawat makin menjadi-jadi.

 

4. Menjalani treatment bersama klinik pakar kulit.

Jika jerawat semakin berleluasa dan tidak dapat dibendung, kami sentiasa bersedia untuk menjadi “skin life partner” anda.

Di sini kami akan memulakan sesi perawatan dengan cara konsultansi menggunakan teknologi canggih “Facial Scanner Analysis” terlebih dahulu sebelum mencadangkan sebarang treatment kepada pesakit.

Hal ini demikian kerana, kami di sini mementingkan analisis yang komprehensif supaya kami dapat tahu punca yang tepat bagi jerawat yang tumbuh di muka para pesakit.

Hubungi kami untuk membuat tempahan temujanji di Dermalene. Jangan lepaskan peluang yang ada.

Comments (1)

  1. Pingback: Bengkung: Cara Untuk Dapatkan Bentuk Badan Yang Ideal – EurothermSupply

Leave a comment