Rimas Dengan Kulit Kering? Amal Tips Ni
Kulit kering akan menukarkan tekstur kulit dari lembut kepada kasar.
Ini akan menyebabkan kulit terasa gatal atau menjadi warna lain dari tona kulit asal anda.
Tidak semua kulit jenis ini berbahaya, tetapi kulit kering kronik boleh membawa ketidakselesaan kepada penghidapnya.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi sedikit ilmu mengenai jenis-jenis kulit kering, punca terjadi kulit kering dan seterusnya tips merawat kulit kering mengikut pakar kulit.
Kulit dehidrasi boleh terjadi jika suhu atau cuaca berubah.
Sebagai contoh, kulit akan menjadi lebih terhidrat dari kebiasaan jika anda berada dalam ruangan yang bersuhu terlalu rendah.
Sememangnya mandi dengan air panas sangat menenangkan, but not for kulit sensitif!
Air panas, secara asasnya, akan membuatkan liang pori terbuka dan menghakis minyak yang terbentuk secara semula jadi di dalam kulit.
Disebabkan itu, kulit akan menjadi semakin kering dan cepat merekah.
Pakai pelembab sejurus sahaja selepas mandi.
Tak lupa juga untuk pakai pelembab beberapa kali, lebih-lebih lagi setiap kali anda rasa kulit tidak lembab dan sedikit kering atau selepas mencuci tangan dengan sabun.
Jenis Kulit Kering
Penting untuk anda tahu kulit anda jenis kulit kering yang mana satu. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan rawatan yang sebetulnya.1. Contact dermatitis
Contact dermatitis terjadi disebabkan oleh partikel atau barangan yang menyentuh kulit lalu menyebabkan iritasi atau alergi. Kebiasaannya ia akan lega atau sembuh sendiri. Simptom contact dermatitis adalah seperti:- tompok kering, merah atau bersisik pada kulit
- gatal-gatal
- rasa gatal atau terbakar pada kawasan yang terjejas
- lepuh terbuka atau bocor
2. Seborrheic dermatitis
Seborrheic dermatitis timbul apabila kulit anda menghasilkan terlalu banyak minyak di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan berkuping, lebih-lebih lagi di kulit kepala. Jenis kulit kering ini sering didapati di bayi. Untuk mengenal pasti jenis kulit kering ini, ia selalu mempunyai simptom seperti:- sisik nipis, putih atau kuning
- tompok kulit berminyak atau berminyak
- tompok merah pada kulit
- kegatalan
3. Atopic dermatitis
Atopic dermatitis juga dikenali sebagai ekzema. Ia adalah satu penyakit kulit kronik di mana kuping kering terjadi pada kulit di badan. Simptom atopic dermatitis sering terjadi pada bahagian pipi, lengan dan kaki. Simptomnya termasuk:- kulit kemerahan dan kering
- kulit bersisik
- ruam
- kegatalan
- kulit pecah di belakang telinga
Artikel Berkaitan Jenis Penyakit Kulit dan Cara Rawatannya