jenis penyakit kulit

Jenis Penyakit Kulit Dan Cara Rawatannya

Post by in Blog

Kulit ialah organ terbesar di tubuh badan kita dan sering terdedah dengan macam-macam benda. Ini menjadikannya mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kulit.

Jadi, dalam artikel ini kami akan membincangkan pelbagai jenis penyakit kulit dan rawatan yang sesuai untuk mengatasinya. Teruskan membaca!

Jenis Penyakit Kulit

1. Jerawat

jerawat

Jerawat merupakan penyakit kulit yang sering terjadi di mana pori muka anda tersumbat dengan sebum.

Dalam terma medik, jerawat dipanggil sebagai acne vulgaris.

Terdapat 4 jenis jerawat, iaitu:

  • Fungal acne: Terjadi apabila pori muka tersumbat dengan folikel rambut. Ia mungkin akan sedikit gatal dan merah-kemerahan.
  • Jerawat batu (Cystic Acne): Kebiasaannya jerawat batu ini dipenuhi dengan nanah yang agak dalam dan boleh menyebabkan parut jerawat.
  • Jerawat hormon: Jerawat jenis ini selalu terjadi kepada individu dewasa yang mempunyai produktiviti sebum yang berlebihan.
  • Jerawat nodular: Jerawat jenis ini ialah jenis yang paling teruk kerana di permukaan ia hanya terlihat ketulan merah, tetapi ketulan nodular di dalamnya.

2. Ekzema

ekzema

Ekzema menyebabkan permukaan sebahagian kulit menjadi kering, gatal-gatal, dan berbonggol.

Keadaan ini melemahkan lapisan kulit utama yang membantu mengekalkan kelembapan dan melindungi tubuh badan dari elemen luar.

Ekzema juga dikenal pasti sebagai salah satu jenis dermatitis, di mana ia merupakan keadaan yang menyebabkan inflamasi kulit.

Ekzema boleh terjadi kepada sesiapa pun, tanpa mengira usia. Bayi seawal beberapa bulan juga boleh terkena penyakit ini.

3. Psoriasis

jenis penyakit kulit

Psoriasis adalah keadaan autoimun yang menyebabkan inflamasi pada kulit.

Lazimnya, psoriasis mempunyai simptom seperti terdapat sebahagian kulit dilitupi kupingan kulit kemerahan.

Psoriasis adalah keadaan kulit yang kronik, di mana ia boleh iritasi tanpa diduga dan tiada penawar.

Ia boleh timbul di mana-mana sahaja. Kawasan permukaan kulit yang selalu terjadi ialah:

  • Siku dan lutut
  • Muka dan dalam mulut
  • Kulit kepala
  • Kuku tangan dan kaki
  • Kemaluan
  • Pinggang
  • Tapak tangan dan kaki

4. Melanoma

jenis penyakit kulit

Melanoma adalah jenis kanser kulit yang paling serius, di mana ia terhasil dari sel yang menghasilkan melanin (melanocytes).

Punca terjadinya Melanoma boleh disebabkan oleh pendedahan radiasi cahaya ultra ungu (UV) dari cahaya matahari atau proses tanning.

Risiko Melanoma didapati boleh terjadi pada individu bawah 40 tahun, lebih-lebih lagi wanita.

5. Lupus

Lupus, seperti Melanoma, adalah penyakit kulit yang terjadi kerana sistem imun badan menyerang tisu dan organ dalam tubuh badan.

Inflamasi yang disebabkan oleh Lupus oleh menjejaskan pelbagai sistem badan, seperti endi, kulit, buah pinggang, sel darah, otak, jantung dan paru-paru.

Penyakit Lupus susah untuk didiagnos. Ini kerana simptom dan tanda-tandanya sering seperti penyakit lain.

Tanda-tanda paling ketara anda mungkin mempunyai penyakit Lupus adalah ruam muka yang menyerupai sayap rama-rama di pipi.

6. Kurap

Kurap atau tinea corporis adalah jangkitan kuman di kulit dan boleh terjadi di mana-mana bahagian badan.

Kurap juga dikenali sebagai ringworm kerana sering terjadi seakan-akan bentuk cincin. 

Sering terjadi pada kanak-kanak dan belia, ia juga boleh terjadi pada sesiapa sahaja terutamanya kepada individu yang terdedah dengan cuaca panas.

Kalau anda nak tahu, kurap boleh berjangkit akibat sebaran spora kulat dari kulit yang dijangkiti, iaitu dermatophyte fungi.

Senarai Rawatan Kulit

1. Chemical Peels

Chemical peel semakin popular di kalangan penggemar kecantikan.

Juga dipanggil sebagai derma peeling, ia menggunakan bahan kimia untuk memperbaiki tekstur kulit akibat pigmentasi, parut jerawat dan lain-lain.

Sebelum rawatan dimulakan, muka akan dibersihkan terlebih dahulu dari segala make-up dan kotoran.

Selepas itu, larutan kimia akan disapu di bahagian kulit yang ingin dirawat.

Dalam beberapa tempoh masa atau minggu, chemical peel ini akan menyebabkan berlakunya luka terkawal untuk menimbulkan lapisan kulit baru.

Seperti yang disebut awal tadi, chemical peeling ini sangatlah bagus untuk merawat jerawat dan parut jerawat dalam, jeragat, kedutan muka dan hiperpigmentasi.

2. Microdermabrasion

Microdermabrasion selalu diolok dengan panggilan facelift segera. Butir-butir kristal halus digunakan untuk menghaluskan permukaan kulit.

Butir-butir ini akan membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menolak lapisan kulit baru muncul.

Dalam prosedur ini, aplikator khas yang mempunyai permukaan kasar digunakan untuk menanggalkan lapisan kulit paling atas untuk menghasilkan kulit baru.

Rawatan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah:

  • Kedutan halus
  • hiperpigmentasi
  • Pori muka besar
  • Jerawat dan parut jerawat
  • Kulit rosak akibat cahaya matahari

3. Light Therapy

Seringkali mereka yang disarankan untuk menjalani rawatan ini untuk mereka yang sukar untuk sembuh dengan hanya menggunakan krim topikal.

Light therapy atau fototerapi melibatkan mendedahkan kawasan yang terjejas kepada jumlah terkawal cahaya matahari semula jadi.

Selain itu, untuk fototerapi yang lain, ia melibatkan cahaya UVA dan UVB artifikal sahaja atau dengan sokongan ubat.

Rawatan ini sesuai untuk ekzema dan Lupus. Ini kerana sinar UV menghalang tindak balas inflamasi pada kulit, dan juga mempengaruhi pembahagian sel.

4. Immunotherapy

Immunotherapy ialah sejenis rawatan yang meningkatkan kemampuan sistem imun badan untuk memusnahkan sel melanoma.

Selain itu, rawatan ini membantu membantutkan penyebaran sel melanoma dari mengembang.

Untuk pesakit Melanoma, Immunotherapy hanya digunakan untuk pesakit Melanoma tahap terakhir atau lanjutan sahaja.

Jom Buat Rawatan Kulit Hari Ini

Kesimpulannya, tiada satu jenis rawatan yang one-size-fits-all untuk ke semua jenis penyakit kulit.

Rawatan terbaik untuk anda akan bergantung pada jenis masalah kulit yang anda alami, keterukan gejala anda, dan keperluan individu anda.

Dalam sesetengah kes, ubat-ubatan tanpa preskripsi atau ubat rumah mungkin cukup untuk membersihkan kulit anda.

Dalam kes lain, ada juga yang memerlukan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat preskripsi atau pilih rawatan lain.

Jika anda mahukan rawatan kulit atau anda sudah fed-up menggunakan pelbagai produk tapi tidak berkesan, jom dapatkan rawatan di Dermalene!

Kami tidak menggunakan sebarang suntikan, jadi jangan risau! Semua rawatan di Dermalene terbukti secara klinikal selamat untuk semua jenis kulit.

 

Leave a comment