fbpx
ekzema

Ekzema, Ketahui Jenis dan Cara Merawatnya

Mencecah tahun 2022, ekzema bukan lagi penyakit yang asing dalam komuniti di Malaysia. Ia merupakan sejenis penyakit keradangan kulit yang berlaku dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Disebabkan itu, kami akan berkongsi beberapa info penting yang berkaitan dengan penyakit kulit ini. Antara info penting yang kami akan kupas di dalam artikel ini adalah jenis-jenis ekzema, punca serta rawatan terbaik untuk penyakit radang kulit ini. Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Definisi Ringkas Ekzema 

ekzema Ekzema, atau juga dikenali sebagai atopic dermatitis, ialah sejenis penyakit kulit yang melibatkan keradangan, bengkak, rasa gatal dan ruam merah. Kebiasaannya, ekzema terjadi pada permukaan kulit wajah, pergelangan tangan, siku, dan lutut. Kulit pada anggota yang disebutkan ini akan kelihatan berkerak dan merah-kemerahan. Meskipun penyakit ini tidak berjangkit, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor kesihatan. Jika anda membiarkan ia melarat, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa, kesakitan serta mengganggu aktiviti harian.

Jenis-jenis Ekzema

Buat pengetahuan anda, jenis-jenis penyakit ekzema ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza. Kami sertakan jenis-jenis ekzema dan informasi ringkas di bawah:

1. Atopic Dermatitis

Jenis ekzema yang pertama ini sering dijumpai oleh individu yang menghidapinya. Lazimnya, simptom-simptom untuk atopic dermatitis ini adalah:
  • Ruam pada bahagian siku dan lutut
  • Bahagian anggota badan yang mempunyai ruam berwarna kemerahan (terang atau lebih gelap)
  • Lapisan kulit anggota badan yang mempunyai ruam kebiasaannya lebih tebal
  • Terdapat benjolan kecil atau luka yang berair jika anda menggaru pada anggota gatal
  • Untuk golongan bayi, ruam biasanya akan timbul pada pipi dan kulit kepala
Punca terjadi atopic dermatitis adalah disebabkan seperti berikut:
  • Keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap atopic dermatitis.
  • Kulit kering.
  • Tahap imuniti tubuh badan yang lemah.
  • Faktor persekitaran yang kurang bersih.

2. Contact Dermatitis

Contact dermatitis terjadi disebabkan oleh bahan-bahan asing seperti bahan cecair, getah, logam, dan juga bahan kimia. Antara simptom bagi contact dermatitis ialah:
  • kulit anda terasa gatal dan bertukar merah.
  • Terdapat benjolan kecil.
  • Kulit yang berair (blister)
  • Kulit terkesan itu akan menebal dan terasa seperti bersisik
Berikut merupakan punca-punca terjadinya contact dermatitis:
  • Bahan-bahan cecair seperti sabun basuh pakaian, peluntur, cat dan sabun mandi.
  • Barang perhiasan seperti barang kemas, jam tangan, minyak wangi, dan skin care.
  • Bahan getah.
  • Asap rokok

3. Dyshidrotic Eczema 

Dyshidrotic eczema mengakibatkan luka seperti blister di tangan dan kaki anda. Simptom-simptomnya adalah seperti berikut:
  • Terdapat luka berair (blister) pada jari tangan,  jari kaki, tapak tangan dan tapak kaki.
  • Luka berair (blister) akan menyebabkan rasa gatal dan sakit
  • Permukaan kulit yang terlibat akan kelihatan berkerak
Punca-punca dyshidrotic eczema adalah seperti berikut:
  • Alergik
  • Permukaan tapak tangan dan kaki akan berpeluh
  • Stres

4. Hand Eczema

Hand eczema ini merupakan sejenis penyakit kulit yang melibatkan anggota tangan. Sekiranya anda bekerja di salon kecantikan rambut atau gemarkan aktiviti pembersihan, cecair kimia yang digunakan boleh menyebabkan iritasi pada tangan anda. Simptom bagi hand eczema ialah:
  • Anggota tangan anda akan menjadi kemerahan, gatal dan kering.
  • Kawasan anggota yang terkena ekzema akan ada blisters.
Hand eczema kebiasaannya terjadi dalam kalangan mereka yang: ekzema
  • Terlalu kerap membuat pembersihan.
  • Mencuci pakaian dengan menggunakan tangan  atau dry cleaning.
  • Menyentuh pelbagai cecair kimia.

5. Nummular Eczema

ekzema Bagi Nummular eczema pula, ia kelihatan sedikit berbeza daripada jenis-jenis penyakit ekzema yang lain. Hal ini kerana ia berbentuk bulat seperti duit syilling. Ia boleh menyebabkan rasa kegatalan yang kuat serta kulit akan kelihatan seperti bersisik. Punca terjadinya nummular eczema adalah disebabkan oleh gigitan serangga, kulit kering, dan alergi terhadap bahan logam dan kimia.

6. Stasis Dermatitis

Jenis penyakit ekzema ini terjadi apabila terdapat kebocoran cecair pada urat anggota badan yang semakin lemah. Kedengaran seperti tidak berbahaya, betul? Salah. Sebenarnya, kebocoran cecair ini boleh menyebabkan bengkak, kemerahan, rasa gatal, dan juga rasa sakit kepada individu. Apakah simptom-simptom bagi stasis dermatitis?
  • Terdapat bengkak pada bahagian kaki anda
  • Terasa sakit apabila anda berjalan
  • Berkemungkinan mengalami varicose vein.
  • Kulit anggota yang mengalami varicose vein akan menjadi kering dan gatal.
Berdasarkan simptom-simptom stasis dermatitis yang dinyatakan di atas, ia berpunca dalam kalangan individu yang mengalami masalah peredaran darah pada kaki.
Artikel Berkaitan; Jenis Penyakit Kulit dan Cara Rawatannya

Apa Yang Perlu Anda Lakukan? 

Buat individu yang menghidapi penyakit ekzema, terdapat beberapa langkah-langkah yang anda perlu lakukan. Ini bertujuan untuk mengurangkan keradangan dan juga memelihara kelembapan kulit. Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pemilihan produk yang bersesuaian

masalah kulit Sebenarnya, produk kebersihan turut memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan keradangan penyakit ekzema. Anda perlu memilih produk kebersihan seperti sabun mandi atau detergen yang bersesuaian. Pastikan produk tersebut tidak mempunyai bahan-bahan kimia yang boleh trigger kegatalan. Ciri-ciri sabun mandi atau detergen yang sesuai untuk individu menghidap ekzema ialah:
  • Tidak mengandungi bahan pencuci yang kuat
  • Tidak mempunyai bau wangian (fragrance) yang terlampau kuat
  • Tidak menghasilkan buih yang banyak
  • Tidak mengeringkan kulit

2. Menggunakan moisturizer

ekzema Tahukah anda bahawa penggunaan moisturizer membantu untuk mengekalkan kelembapan pada tubuh badan? Lebih-lebih lagi, individu yang menghidap penyakit ekzema sering kali mengalami masalah kulit kering. Jadi, anda digalakkan untuk menggunakan moisturizer yang seperti berikut:
  • Mengandungi glycerol (atau glycerine), urea, petrolatum, ceramide, dan minyak sayuran seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

3. Penggunaan ubat sapu steroid 

masalah kulit Doktor sering kali menyarankan penggunaan ubat sapu steroid kepada penghidap ekzema. Buat pengetahuan anda, ubat steroid ini mempunyai potency yang berbeza. Jadi, pastikan anda dapatkan khidmat nasihat daripada doktor bagi mengetahui pemilihan dan cara penggunaan ubat sapu yang betul.

4. Balutan basah (wet wrap)

Teknik rawatan balutan basah atau wet wrap merupakan rawatan untuk mereka yang menghidap ekzema tahap sederhana dan serius. Tujuan membuat rawatan ini adalah untuk memastikan ubat sapu diserap ke dalam kulit dan mengelakkan daripada individu menggaru anggota terkena ekzema. Kesimpulannya, jangan memandang remeh terhadap penyakit kulit ini. Jika dibiarkan untuk tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan kegatalan kepada individu. Pasti anda tidak berasa selesa untuk melakukan aktiviti harian. Disebabkan itu, jangan berlengah lagi. Segera dapatkan rawatan ekzema di DERMALENE sekarang. DERMALENE ialah sebuah klinik aesthetic yang diasaskan oleh Dr Alina Hasni. Beliau telah melengkapkan pengajiannya dalam bidang Clinical Dermatology daripada University Cardiff. DERMALENE mempunyai 5 cawangan di lokasi-lokasi berikut:
  • Persiaran Ampang UKAY, Ampang di Selangor.
  • Medan Pusat 2d, Seksyen 9 di Bangi, Selangor.
  • KL Traders Square di Kuala Lumpur.
  • Vista Alam, Seksyen 14 di Shah Alam, Selangor.
  • Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bahru, Kelantan.
Mengapa anda perlu mendapatkan rawatan kulit di klinik kami?
  • Sesi konsultasi dijalankan selama 30 minit.
  • Rawatan kulit hanya dalam 45 minit sahaja.
  • Doktor-doktor pakar kulit yang bertauliah dan terpelajar.
  • Rawatan kulit yang skin-friendly, iaitu tidak menggunakan sebarang suntikan.
  • Menggunakan teknologi terkini dan selamat
Jom dapatkan rawatan ekzema yang sewajarnya di DERMALENE. Klik link di bawah untuk membuat janji temu bersama kami sekarang.

Tempah Janji Temu DERMALENE Sekarang

Product has been added to your cart
×