Kulit Kusam: Punca Serta Cara Merawat Kulit Tidak Bermaya
Masalah kulit kusam adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh ramai wanita di Malaysia. Oleh itu, terdapat banyak produk-produk untuk kulit kusam ada di pasaran.
Ada yang menyatakan di antara punca utamanya adalah disebabkan oleh cuaca panas dan lembab yang berlaku sepanjang tahun di negara ini.
Sudah tentu tiada siapa yang mahukan kulit kusam kerana ia membuatkan wajah tampak gelap dan tidak bermaya.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui punca utama berlakunya kulit kusam serta cara-cara untuk merawat kulit kusam.
8 Punca Kulit Kusam
1. Penuaan
Di antara sebab terjadinya kulit kusam ialah:
- usia mula lanjut
- kebolehan kulit untuk memperbaharui sel baru juga mula merosot. Ini akan menyebabkan muka dipenuhi sel-sel kulit mati.
- Disebabkan itu, wajahyang dulunya berseri dan nampak bermaya kini semakin kusam dan tidak berseri.
2. Sel-sel kulit mati terkumpul
Ini berlaku apabila seseorang itu tidak membersihkan muka dengan betul, seterusnya mengakibatkan sel-sel kulit mati terkumpul dan kelihatan kusam.
3. Kulit kering
Apabila mempunyai jenis kulit ini atau terhidrasi, kulit akan kering dan menyebabkan kulit kusam.
4. Stres
Stres boleh menyebabkan kesan kepada diri termasuk pada kulit muka.
Faktor tekanan boleh mempercepatkan proses penuaan kulit hinggalah menyebabkan ia kelihatan kusam.
5. Tidak cukup lembab
Apabila anda tidak minum air yang mencukupi dan tidak menggunakan moisturiser, ini juga akan menyebabkan kulit anda kelihatan tidak bermaya.
6. Tidak mengamalkan pengelupasan (exfoliation)
Walaupun anda sudah menggunakan pencuci muka, ini masih belum mencukupi. Kulit anda masih akan mempunyai lapisan kulit mati, jadi anda perlu melakukan pengelupasan.
7. Tidak tidur dengan cukup
Apabila anda tidur dan mendapat rehat yang cukup, kulit akan segar dan sel-sel kulit boleh diperbaharui dengan baik.
8. Guna produk yang salah
Apabila anda menggunakan produk yang salah atau tidak bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi, ini boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam.
Kulit kusam mungkin akan kelihatan lain berdasarkan jenis-jenis kulit. Jika anda ingin tahu kalau anda mempunyai ciri ciri kulit kusam, teruskan membaca:
- Kulit kering: kulit terasa ketat dan timbul dry patch, kulit tegang hingga timbul garis di beberapa kawasan, pori hampir tidak kelihatan.
- Kulit berminyak: kulit terlalu berminyak di kawasan T-zone, kulit kelihatan lebih gelap, dan pori kelihatan besar dari biasa.
- Kulit normal: kulit tidak lagi anjal dan menjadi kering, kulit akan kelihatan gelap dari biasa.
Cara Menghilangkan Kulit Kusam
1. Berdisiplin dalam penjagaan kulit
Ilmu penjagaan kulit adalah penting walaupun anda menggunakan pelbagai jenis produk.
Anda tidak perlu menghabiskan banyak duit untuk merawat masalah ini sekiranya anda berdisiplin menjaga kulit setiap hari.
Pastikan anda sudah mahir dan kukuh dalam langkah asas iaitu pencuci muka, moisturiser, dan sunscreen. Pastikan anda tidak skip sunscreen atau semuanya sia sia.
2. Tidak lupa untuk exfoliate
Langkah ini penting dalam memastikan kulit anda betul-betul bersih. Namun jangan terlalu kerap kerana mungkin boleh rosakkan kulit. Cukuplah sekali ke dua kali seminggu sahaja.
3. Penghidratan adalah penting
Ini adalah antara tip yang paling penting dengan memastikan kulit lembab. Pakailah moisturiser yang bersesuaian dengan kulit anda dan lihatlah perbezaannya!
4. Elak guna produk berbahaya
Elakkan menggunakan produk timbang kilo yang boleh membuatkan anda seputih kapas dalam dua hari.
Ini kerana kebanyakan produk ini mengandungi bahan-bahan beracun seperti logam merkuri, hydroquinone, tretinoin, niacinamide dan sebagainya dan tidak mendapat kelulusan KKM.
Demikian adalah beberapa tips untuk membantu anda merawat masalah ini dengan berkesan.
Perunding Masalah Kulit Dermalene
Sekiranya anda sedang mencari penyelesaian kepada masalah kulit, klinik kulit Dermalene menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah.
Di antara kelebihan Dermalene ialah klinik ini dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dan diiktiraf. Banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit muka makin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene.
Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah:
- chemical peel treatment
- glycolic peel dan
- hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.
Tidak kira apa jua jenis kulit yang anda ada seperti kulit muka kombinasi, kulit muka sensitif mahupun kulit muka berminyak, Dermalene pasti akan membantu anda.
Bukan itu sahaja, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan. Anda boleh walk-in ke Dermalene skin-centre yang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu atau buat pembelian di website mereka.