bintik hitam di muka

Cara Salah & Betul Merawat Bintik Hitam di Muka

Post by in Blog

Ramai keliru dengan bintik hitam di muka dengan sebaceous filaments,  menjadikan ia masalah kulit yang paling tidak difahami.

Disebabkan itu, ramai menggunakan cara yang salah untuk merawat dan mengawal bintik hitam.

Malah, penggunaan metod yang salah akan memburukkan lagi keadaan kulit seperti luka dan jangkitan fungal.

Jadi, apa yang perlu anda buat untuk merawat bintik hitam di muka?

Sebelum itu, untuk lebih mengetahui lebih lanjut tentang bintik hitam, jom kami kongsikan apa itu bintik hitam lebih mendalam.

Teruskan membaca!

Apa Itu Bintik Hitam?

Bintik hitam, lebih dikenali sebagai blackhead, adalah salah satu masalah kulit yang biasa terjadi, tidak kira perempuan atau lelaki.

Ia terjadi akibat liang pori di muka tersumbat dengan minyak (sebum) dan sel kulit mati bergabung membentuk ‘plug’ yang menyumbat pori-pori muka.

Jika nak tahu sama ada anda ada bintik hitam, anda boleh check di bahagian hidung. Di bahagian ini, jika bahagian ini terdapat bintik-bintik hitam kecil, itulah blackhead.

Jangan keliru dengan sebaceous filament. Berbanding bintik hitam, sebaceous filament sering jika dipicit, ia tak akan keluar.

Sebaceous filament mempunyai warna yang lain, seperti kelabu, coklat cerah atau kuning,berbanding dengan bintik hitam yang berwarna hitam.

Berbalik kepada bintik hitam, kadang kala, mencuci dan exfoliate mungkin cukup untuk melonggarkan bintik hitam dan menariknya keluar.

Tetapi jika bintik hitam mengeras, atau terlalu dalam untuk diakses, anda mungkin tidak dapat mengeluarkan bintik hitam itu sendiri.

Jangan Rawat Bintik Hitam Dengan Cara Ni!

1. Guna scrub yang kasar

bintik hitam di muka

Dalam kalangan anda, mesti ada yang mempunyai keinginan untuk menanggalkan semua bintik hitam dengan cara instant.

Scrub kimia seperti AHA membantu merawat masalah ini, tapi jangan sesekali menggunakan scrub jenis biji-biji (granule).

Scrub jenis ini bukan sahaja tidak berkesan, malah akan menanggalkan minyak semulajadi di muka.

Bukan itu saja, scrub granule ini akan menyebabkan microtear, iaitu luka-luka kecil yang membuatkan kulit nampak kusam.

2. Memicit

bintik hitam di muka

Memicit bintik hitam adalah jalan pintas untuk merawatnya.

Tapi! Memicitnya akan menyebabkan folikel muka pecah dan mendorong pembentukan luka atas cyst.

Dalam erti kata lain, memicit bintik hitam boleh membawa kepada masalah kulit muka lebih serius.

3. Guna alat penyedut

remove blackheads

Permukaan kulit muka lebih sensitif dari kulit di anggota badan lain.

Alat penyedut memang memudahkan proses pengeluaran bintik hitam, tapi alat ini membahayakan kulit anda.

Baca Juga; Parut Jerawat: Punca, Tips dan Dapatkan Treatment Di Dermalene!

Cara Selamat Merawat Bintik Hitam

1. Guna salicylic basic-based product

Asid salisilik, iaitu asid beta hidroksi yang membantu meningkatkan penghasilan sel kulit dan membersihkan liang pori tersumbat.

Ini termasuk dalam keupayaan bahan ini untuk membuang bintik hitam yang terjadi disebabkan oleh liang pori tersumbat.

2. Add-on retinol dalam rutin penjagaan kulit

Krim retinoid topikal boleh dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit anda.

Ini kerana retinol boleh menggalakkan pusing ganti sel, dimana kulit akan sentiasa dihasilkan dan liang pori menjadi kurang tersumbat.

Keadaan sebegini akan mengurangkan ruang untuk bintik hitam terhasil.

Untuk itu, selepas mencuci muka dengan pencuci muka yang lembut, sapukan sedikit krim ini, sebesar saiz kacang pea,  dalam gerakan ke atas dan ke bawah sebelum pelembap.

Pakai pada waktu malam sahaja. Untuk permulaan, pakai 2 kali seminggu, setiap 3 hari.

Krim retinol agak potent untuk mereka yang baru memakainya. Memakai setiap hari boleh menyebabkan iritasi dan kemerahan.

Jadi, take note ya.

3. Berjumpa pakar kecantikan

Jika anda tak pasti produk yang mana sesuai untuk merawat masalah bintik hitam di muka, anda boleh pergi ke klinik kulit berdekatan.

Rawatan biasa untuk merawat bintik hitam, lazimnya adalah Fraxel laser atau Clear + Brilliant laser atau microneedling.

Walaupun sesetengah orang berpuas hati dengan satu kali rawatan, yang lain mungkin memerlukan beberapa sesi untuk mencapai hasil yang diinginkan.

Kesimpulannya, menghilangkan bintik hitam boleh menjadi sukar, tetapi ia pasti boleh dilakukan — satu atau cara yang dikongsikan di atas boleh membantu.

Tapi, jika tiada apa-apa perubahan dalam tempoh 6 minggu, anda boleh berjumpa pakar kulit.

Apa kata book saja temujanji rawatan bintik hitam di Dermalene? Untuk yang pertama kali datang ke Dermalene, anda akan menjalani sesi konsultasi selama 30 minit.

Terdiri daripada doktor klinik pakar kulit yang  bertauliah, ke semua rawatan di sini tidak menggunakan seberang suntikan.

Berminat? Anda boleh lawati salah satu cawangan Dermalene di:

  • Cawangan Ampang: Persiaran Ampang UKAY, Ampang di Selangor.
  • Cawangan Shah Alam: Vista Alam, Seksyen 14 di Shah Alam, Selangor.
  • Cawangan Bangi: Medan Pusat 2d, Seksyen 9 di Bangi, Selangor.
  • Cawangan Kota Damansara: A-3A-G Block A Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Cawangan Kuala Lumpur: KL Traders Square di Kuala Lumpur
  • Cawangan Kota Bharu: Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan.
  • Cawangan Johor Bharu:28 & 28-01, Jln Perjiranan 4/1, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Untuk membuat temujanji, klik di sini.

Leave a comment