cara hilangkan jerawat batu

5 Cara Hilangkan Jerawat Batu Berkesan & Efektif

Post by in Blog

Banyak sahaja cara hilangkan jerawat batu di carian Google, tapi belum tentu semua itu efektif dan berkesan kepada kulit kita.

Jerawat batu ini ada yang sampaikan boleh melemahkan semangat dan menyebabkan kita rendah diri. Sedikit sebanyak ia mengganggu kehidupan harian kita.

Tidak seperti jerawat biasa, jerawat batu boleh memberikan kesakitan kepada kulit dan luka.

Dalam artikel ini, kami kongsikan dengan anda beberapa cara hilangkan jerawat batu yang berkesan dan efektif. Sebelum itu jom ketahui maklumat umum mengenai jerawat batu.

Bagaimana Jerawat Batu Terjadi?

cara hilangkan jerawat batu

Sumber: eMediHealth

Jerawat batu atau jerawat cis (cyst) mempunyai rupa dan bentuk di mana ia timbul ke permukaan kulit muka dan berwarna merah yang menyakitkan.

Lazimnya, jerawat timbul akibat minyak yang tersumbat di liang pori muka. Ini juga boleh terjadi disebabkan sel kulit mati, kemudiannya membentuk nanah dan bengkak kemerahan.

Jerawat batu pula muncul kerana jerawat biasa yang dijangkiti dan berjangkit ke dalam kulit.

Apabila jerawat batu ini nanahnya pecah, nanah ini akan merebak lalu menjangkiti bahagian kulit yang lain, kemudian terjadinya breakouts jerawat batu.

Jerawat batu boleh terjadi dalam jangka masa yang lama, dan bekas jerawat boleh meninggalkan parut dalam.

Punca Jerawat Batu

Tiada punca tetap bagaimana jerawat batu boleh terhasil, tetapi doktor mengesan hormon androgen memainkan peranan utama dalam permasalahan ini.

Hormon androgen, semasa remaja, akan mencanak naik dan membawa kepada pori muka tersumbat dengan minyak dan berjerawat.

Punca lain juga boleh dikaitkan dengan:

  • Jenis kitaran haid seorang wanita
  • Kehamilan
  • Menopause
  • Sindrom ovari polisistik
  • Sesetengah ubat-ubatan
  • Jenis produk muka
  • Peluh dan kelembapan udara

Walau punca yang dikatakan di atas lebih berkait rapat dengan wanita tapi kajian mendapati lelaki lebih cenderung mendapatkan jerawat batu.

Kerana lelaki turut mempunyai hormon yang boleh menyebabkan jerawat iaitu hormon testosteron. 

Bermakna, jerawat batu tidak semestinya wanita sahaja mengalaminya, tetapi begitu juga kepada lelaki.

Baca Juga: Rawatan Parut Berlubang Selamat di Dermalene

Cara Hilangkan Jerawat Batu

1. Antibiotik

Antibiotik oral boleh mengawal dan merawat aktiviti pertumbuhan jerawat batu di muka.

Antibiotik oral boleh mengurangkan bakteria dan inflamasi yang disebabkan oleh jerawat batu di pipi.

Walaupun ia satu solusi untuk mengawal jerawat batu, perlu diingatkan untuk mengamalkannya dalam waktu singkat sahaja.

Ini untuk mengelakkan masalah rintangan bakteria.

Juga, antibiotik oral mungkin memberi kesan sampingan seperti:

  • Muntah
  • Sakit perut
  • Loya
  • Kepekaan terhadap cahaya matahari

2. Pil Perancang Kehamilan

Pil perancang kehamilan bukan sahaja digunakan untuk merancang kehamilan, tetapi juga merawat jerawat batu.

Pil ini boleh mengawal hormon estrogen wanita secara keseluruhan dan mengurangkan aktiviti jerawat di muka.

Sebelum membuat keputusan untuk mengambil pil ini, berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.

Individu yang merokok, mempunyai darah beku, dan yang berusaha untuk menimang cahaya mata tidak sesuai untuk mengamalkan pil ini.

3. Benzoyl Peroxide

Jika anda perasan, benzoyl peroxide sering digunakan dalam produk-produk untuk merawat jerawat.

Benzoyl peroxide berguna untuk merawat jerawat batu dengan membunuh bakteria dalam kulit, serta menanggalkan sel kulit mati.

4. Retinol

Retinol merupakan produk yang mengandungi deratif vitamin A yang membantu merawat masalah jerawat, termasuk jerawat batu.

Retinol membantu meningkatkan julat peningkatan sel kulit baru, inflamasi, dan mengurangkan penghasilan sebum atau minyak di kulit.

Untuk permulaan, disarankan untuk mendapatkan produk retinol dos rendah. Boleh juga berjumpa dengan ahli farmasi untuk mendapatkan saranan yang sepatutnya.

5. Accutane

Jika benzoyl peroxide dan pil perancang kehamilan tidak berkesan, mungkin anda boleh mencuba accutane.

Accutane sebenarnya hampir sama dengan retinol.

Accutane di dalam bentuk pil. Kebiasaannya doktor menyarankan pengambilan dua kali sehari dalam tempoh 15 hingga 20 minggu.

Had pengambilan sering diberi atas faktor keadaan diri anda, berat badan, dan respond badan ke atas accutane itu sendiri.

Berjumpa Dengan Pakar Kulit

pakar kulit

Sebelum mengambil apa-apa preskripsi, lebih elok sekiranya anda bertemu dengan pakar kulit terlebih dahulu.

Pakar kulit akan mengesyorkan apa yang terbaik untuk anda berdasarkan keperluan dan tahap tindak balas badan terhadap ubat atau rawatan yang akan diberikan.

Sememangnya jerawat batu sukar dirawat dirumah kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat parut dalam.

Diingatkan bahawa ke semua cara dan rawatan yang disarankan di atas mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara.

 

Dermalene Boleh Bantu Anda Merawat Jerawat Batu

Untuk yang sedang mencari-cari jalan penyelesaian jerawat batu anda yang hingga ke hari ini tidak jemu bertandang di kulit, Dermalene adalah rakan penyelamat kulit anda!

Dermalene menawarkan percubaan pertama kepada pelanggan baharu Dermalene. Yang mengalami masalah jerawat batu dialu-alukan.

Untuk pelanggan baru, anda akan mendapat:

  • Konsultasi kulit (skin scan) selama 30 minit
  • Rawatan kulit terpilih selama 45 minit
  • Sokongan Careline 24/7

cara hilangkan jerawat batu cara hilangkan jerawat batu

Yang berminat, boleh lawati cawangan Dermalene di:

  • Kota Damansara
  • Shah Alam
  • Bangi
  • Ampang
  • Kuala Lumpur
  • Johor Bahru
  • Kota Bharu
  • Seremban

Leave a comment