fbpx

Kulit Gatal Tiada Lagi, Rawatan Efektif di Dermalene

Kulit Gatal Tiada Lagi, Rawatan Efektif di Dermalene

Kulit gatal ada kalanya disebabkan gigitan serangga, habuk, air kotor dan lain-lain. Semua di kalangan kita semestinya ada yang pernah rasa gatal tiba-tiba tanpa sebab. Kalau rasa gatal sekejap sahaja tiada masalah, tetapi rasa gatal yang berlarutan sehingga menimbulkan kudis dan luka sangat memedihkan! Untuk yang mengalami masalah ini, jom – buat rawatan paling berkesan di Dermalene! Pakar konsultasi kulit Dermalene boleh membantu anda menyembuhkan kulit gatal. Sebelum itu, kami akan kongsikan dengan anda beberapa punca yang mungkin menyebabkan anda mempunyai kulit gatal.

Punca Utama Kulit Gatal

1. Urtikaria

kulit gatal Urtikaria merupakan reaksi alergi yang timbul di permukaan kulit seperti benjolan merah atau bengkak yang sangat gatal. Alergi yang terjadi disebabkan oleh reaksi terhadap makanan, ubatan, atau alergen luar seperti bulu haiwan, hama, atau sengatan serangga. Untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya urtikaria, pakar kulit selalunya menyarankan untuk mengelakkan diri dari alergen. Selain itu anda boleh mengambil ubat antihistamin atas nasihat pakar kulit.

2. Dermatitis Kontak

gatal kulit

Sumber: Dermatology Republic

Dermatitis kontak, tidak seperti Urtikaria, adalah reaksi alergi terhadap sabun, tumbuhan, lateks, besi atau bahan kimia. Hasilnya, kulit boleh menjadi kemerahan, bengkak dan gatal-gatal yang mungkin sehingga terjadi kulit berkerak, bersisik dan luka. Sesetengah individu tidak akan nampak kesannya  selepas sahaja tersentuh bahan-bahan ini, ada kalanya kesan akan timbul sehari selepasnya.

3. Dermatitis Seboroik

gatal kulit

Sumber: Vibrant Dermatology

Dermatitis Seboroik adalah sejenis penyakit kulit gatal yang biasa, tidak berjangkit dan mudah dirawat. Jenis kulit gatal ini boleh menimbulkan tompok merah yang gatal dan sisik kulit berminyak yang berwarna putih atau kerak kuning di kulit kepala. "Seboroik" merujuk kepada kelenjar "sebum" manakala "derm" bermaksud "kulit." Ia dipanggil "kelemumur" (pityriasis capitis) apabila ia pada kulit kepala remaja atau dewasa, dan "cradle cap" apabila ia pada kulit bayi. Bukan sahaja di kulit kepala, bahagian kulit yang lain boleh juga terkena penyakit ini seperti bahagian dada, belakang badan, belakang telinga, pelipat siku, lutut, kaki dan celah kangkang. Jika anda dilahirkan dengan kulit berminyak secara semula jadi, anda lebih berkemungkinan mendapat dermatitis jenis ini.

4. Gigitan Kutu

gatal kulit

Sumber: Cleveland Clinic

Gigitan kutu atau flea bites adalah benjolan kecil yang berubah warna pada kulit anda. Pada asalnya, kutu ini menggigit dan menghisap darah di badan. Gatal disebabkan gigitan kutu tidak akan menyebabkan gatal yang terlalu lama. Tetapi, ia boleh membawa padah kerana kutu boleh menyebarkan penyakit yang berbahaya ke dalam badan anda.

5. Kurap

kulit gatal Kurap terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman. Kurap boleh dikenalpasti dengan permukaan kulit gatal yang mempunyai ruam berbentuk bulat seperti cincin dengan bintik-bintik merah berair di tengahnya. Disebabkan rupanya begitu, kurap diolok-olokan dengan nama ringworm.

6. Psoriasis

kulit gatal Psoriasis mempunyai beberapa sub jenis, tetapi jenis “plaque psoriasis” paling biasa dialami hampir 80% individu. Mungkin anda tidak dapat membezakan gatal disebabkan psoriasis dengan ekzema, tetapi ada beberapa key point yang anda boleh cuba kenalpasti seperti:
  • Tahap rasa gatal
Psoriasis, berbanding ekzema, tidaklah terlalu gatal sehingga mengganggu tidur. Tahapnya di antara mild sehingga moderate.
  • Faktor umur
Jika anda yang membaca ini seorang dewasa, psoriasis sering mula timbul dan terjadi semasa dewasa. Selain daripada dua sebab di atas, untuk lebih pasti dengan keadaan anda, adalah lebih baik untuk merujuk kepada pakar kulit untuk rawatan klinikal.

7. Ekzema

Ekzema adalah nama umum yang digunakan untuk sejenis penyakit kulit yang menyebabkan inflamasi, kegatalan, dan kemerahan. Hampir ke semua kes ekzema disebabkan dermatitis atopik, sub jenis ekzema umum yang menjangkiti pesakitnya. Ekzema boleh timbul dengan simptom yang berbeza untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Untuk kanak-kanak, ekzema selalunya timbul sebagai ruam merah di bahagian leher, siku, kaki, buku lali dan pergelangan tangan yang sangat gatal. Ekzema boleh menjadi lebih teruk apabila digaru sehingga luka. Ketujuh-tujuh punca yang telah disebut di atas sebahagiannya boleh dirawat dan dikawal daripada menjadi teruk (flare-up) seperti ekzema dan psoriasis. Selain daripada dua penyakit ini, selebihnya oleh dirawat dengan krim topikal dan ubatan yang lain. Sekiranya berlarutan sehingga  tiga bulan, rawatan kulit gatal di Dermalene boleh membantu anda sehingga pulih. Tidak invasif dan tidak melibatkan suntikan dalam rawatan, Dermalene hanya menggunakan teknologi moden untuk merawatan masalah kulit anda. Pakar kulit Dermalene terdiri daripada pakar yang berpengalaman dan terlatih, ramai pelanggan memberikan testimoni keberkesanan rawatan di sini. Kunjungi cawangan Dermalene di:
  • Kota Damansara
  • Shah Alam
  • Bangi
  • Ampang
  • Kuala Lumpur
  • Johor Bahru
  • Kota Bharu
  • Seremban

Buat Temu Janji Di Sini

kulit gatal

Kulit Gatal: Punca dan Rawatan Terbaik

Masalah kulit gatal mungkin kelihatan seperti masalah kecil dan biasa, namun ia pasti akan mengganggu dan memberi kesan kepada aktiviti seharian seseorang individu.

Kulit gatal boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan boleh memberi kesan yang buruk sekiranya ia dibiarkan berlarutan dan tidak di rawat.

Oleh itu, ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui punca-punca kegatalan kulit, cara mengesan dan merawat masalah kegatalan tersebut.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kulit Gatal

kulit gatal

Kulit gatal atau dalam bahasa saintifik nya pruritis, merupakan rasa yang tidak selesa pada bahagian kulit yang akan menyebabkan seseorang itu ingin menggaru.

Masalah ini sering di alami oleh mereka yang berumur disebabkan lapisan kulit yang nipis dimana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Namun begitu, masalah kegatalan ini juga boleh berlaku pada golongan muda di mana mereka mempunyai kulit yang sensitif ataupun mempunyai penyakit yang tertentu.

Tabiat menggaru boleh menyebabkan berlaku nya keradangan dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut semakin tebal, mudah merekah dan senang dijangkiti kuman.

Malahan, masalah kegatalan ini, lebih-lebih lagi yang disebabkan oleh penyakit radang boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan psikologi seseorang.

Bergantung kepada punca kegatalan yang dialami oleh seseorang, ia mungkin boleh menyebabkan perubahan terhadap kulit sebelum atau selepas itu.

Antara perubahan yang terjadi kepada kulit adalah seperti berikut:

  • Kulit yang seperti digigit nyamuk(bintat)
  • Kulit yang tebal
  • Kulit yang bersisik
  • Kulit kering dan merekah
  • Ruam cacar air
  • Ruam yang tidak mempunyai air

Punca Terjadi Kulit Gatal

kulit gatal

Masalah kulit gatal ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Alahan

Antara punca utama masalah kegatalan adalah disebabkan oleh alahan seseorang individu terhadap ubat-ubatan, makanan ataupun bahan kimia. 

Mereka yang mengalami kegatalan yang berpunca dari alahan ini selalunya mempunyai sejarah alahan ataupun menghidap penyakit asma dan ekzema.

Tambahan lagi, mereka yang mempunyai alahan ini akan mempunyai ruam pada bahagian kulit yang terdedah dan akan menyebabkan kegatalan yang sangat teruk.

  • Penyakit psikiatri

Seterusnya, masalah kegatalan juga boleh berlaku pada mereka yang mempunyai penyakit psikiatri.

Antara penyakit psikiatri yang boleh menyebabkan kegatalan adalah kemurungan, Obsessive Compulsive Disorder (OCD) serta Penyakit Kebimbangan (Anxiety).

  • Penyakit saraf

Selain itu, penyakit saraf seperti kayap,kencing manis dan multiple sclerosis juga boleh menyebabkan berlakunya kegatalan terhadap seseorang individu. 

  • Jangkitan kuman

Jangkitan kuman yang berlaku terhadap kulit seperti kudis api, kudis buta dan kurap juga merupakan beberapa faktor utama kegatalan.

  • Penyakit kronik

Bukan itu sahaja, terdapat masalah kegatalan yang berpunca dari beberapa jenis penyakit kronik seperti limfoma, buah pinggang, anemia, tiroid dan lain-lain.

  • Masalah kulit

Akhir sekali, masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, kulit kering (xerosis), parut dan kawasan gigitan serangga juga adalah punca utama kegatalan kulit yang dialami.

Baca Juga; Jenis Penyakit Kulit dan Cara Rawatannya

Cara-Cara Pengesanan Kegatalan Pada Kulit

kulit gatal

Sekiranya anda mengalami  masalah kegatalan seperti yang diperkatakan di atas dan masih tidak mengetahui puncanya, jangan risau.

Terdapat beberapa cara dan ujian yang anda boleh lakukan untuk mengetahui punca kegatalan yang dialami. Berikut merupakan beberapa ujian yang anda boleh lakukan.

  • Ujian Darah

Ujian darah merupakan salah satu ujian yang sering dilakukan untuk mengesan beberapa penyakit seperti tiroid, kencing manis dan buah pinggang.

Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan terjadinya masalah kulit kering dan menyebabkan kegatalan.

  • Pemeriksaan Fizikal

Selain dari ujian darah, kebanyakan punca masalah kulit dapat diketahui dengan hanya melakukan pemeriksaan fizikal sahaja.

Antara punca yang boleh diketahui melalui pemeriksaan fizikal adalah kulit kering, tebal, mempunyai nanah, ruam dan sebagainya.

Elakkan Kulit Gatal Dengan 5 Cara Ini

kulit gatal

Jika anda mengalami simptom-simptom kegatalan atau menghidapi masalah keradangan dan ingin mengurangkan rasa gatal yang dialami, jangan risau. 

Di sini kami kongsikan beberapa cara muda yang boleh membantu anda untuk mengelakkan dan melegakan masalah kulit gatal ini.  

  1. Elakkan bahan atau pakaian yang boleh menyebabkan kegatalan

kegatalan

Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah material dan jenis pakaian yang boleh membuatkan seseorang itu alah dan berlakunya keradangan pada kulit mereka?

Bukan itu sahaja, terdapat sesetengah pakaian yang tebal dan membuatkan seseorang itu berpeluh seterusnya berasa gatal pada bahagian kulit mereka. 

  1. Gunakan beberapa jenis losyen

losyen

Terdapat beberapa jenis losyen yang bagus yang membantu melegakan masalah kegatalan terutamanya yang berpunca dari ruam, alahan, chicken pox, kudis, jangkitan kulat dan lain-lain.

Antaranya adalah calamine lotion. Namun begitu, jika anda mempunyai masalah ekzema, elakkan dari penggunaan calamine lotion kerana ia boleh mengeringkan kulit anda. 

  1. Mandi menggunakan air yang suam

kulit gatal

Seterusnya, mandi dengan menggunakan air suam dapat membantu anda dalam mengurangkan rasa gatal dan memberi keselesaan pada kulit.

  1. Gunakan Pelembab udara (air humidifier)

kulit gatal

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan boleh menyebabkan masalah kegatalan, anda disarankan untuk menggunakan air humidifier di rumah.

Hal ini kerana, air humidifier berfungsi untuk memastikan udara di rumah serta mengelakkan kulit anda  dari menjadi terlalu kering. 

  1. Elakkan menggaru

kulit gatal

Walaupun kelihatan mudah, namun ramai yang susah untuk menggunakan kaedah mengelakkan kulit gatal yang terakhir ini. 

Caranya adalah dengan mengelakkan dari menggaru kawasan yang gatal. Ini adalah untuk memastikan kawasan tersebut tidak luka dan dijangkiti bakteria.

Untuk mengelakkan dari menggaru kawasan tersebut, anda boleh mencuba kaedah lain yang di sebut di atas seperti mandi air suam ataupun menyapu losyen yang sesuai.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masalah kegatalan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia mungkin berpunca dari keturunan yang mempunyai alahan, penyakit ataupun keadaan sekeliling.

Walaupun ia nampak seperti masalah kecil, namun ia boleh memudaratkan sekiranya tidak dirawat dengan kaedah yang betul dan segera.

Jika anda mempunyai masalah kegatalan dan sedang mencari penyelesaian kepada masalah kulit yang dihidapi, anda boleh cuba untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kulit Dermalene.

Klinik kulit Dermalene menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah. 

Di antara kelebihan Dermalene ialah klinik ini dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dan diiktiraf. 

Bukan itu sahaja, terdapat banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit muka makin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene.

Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah:

  • chemical peel treatment
  • glycolic peel dan 
  • hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.

Tidak kira apa jua jenis kulit yang anda ada seperti kulit muka kombinasi, kulit muka sensitif mahupun kulit muka berminyak, Dermalene pasti akan membantu anda.

Bukan itu sahaja, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan. 

Anda boleh terus walk-in ke Dermalene skin-centre yang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu atau buat pembelian di laman web rasmi mereka

Klik Sini untuk menghubungi dermalene

Product has been added to your cart
×