Kulit Gatal Tiada Lagi, Rawatan Efektif di Dermalene

Post by in Blog

Kulit Gatal Tiada Lagi, Rawatan Efektif di Dermalene

Kulit gatal ada kalanya disebabkan gigitan serangga, habuk, air kotor dan lain-lain. Semua di kalangan kita semestinya ada yang pernah rasa gatal tiba-tiba tanpa sebab.

Kalau rasa gatal sekejap sahaja tiada masalah, tetapi rasa gatal yang berlarutan sehingga menimbulkan kudis dan luka sangat memedihkan!

Untuk yang mengalami masalah ini, jom – buat rawatan paling berkesan di Dermalene! Pakar konsultasi kulit Dermalene boleh membantu anda menyembuhkan kulit gatal.

Sebelum itu, kami akan kongsikan dengan anda beberapa punca yang mungkin menyebabkan anda mempunyai kulit gatal.

Punca Utama Kulit Gatal

1. Urtikaria

kulit gatal

Urtikaria merupakan reaksi alergi yang timbul di permukaan kulit seperti benjolan merah atau bengkak yang sangat gatal.

Alergi yang terjadi disebabkan oleh reaksi terhadap makanan, ubatan, atau alergen luar seperti bulu haiwan, hama, atau sengatan serangga.

Untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya urtikaria, pakar kulit selalunya menyarankan untuk mengelakkan diri dari alergen.

Selain itu anda boleh mengambil ubat antihistamin atas nasihat pakar kulit.

2. Dermatitis Kontak

gatal kulit

Sumber: Dermatology Republic

Dermatitis kontak, tidak seperti Urtikaria, adalah reaksi alergi terhadap sabun, tumbuhan, lateks, besi atau bahan kimia.

Hasilnya, kulit boleh menjadi kemerahan, bengkak dan gatal-gatal yang mungkin sehingga terjadi kulit berkerak, bersisik dan luka.

Sesetengah individu tidak akan nampak kesannya  selepas sahaja tersentuh bahan-bahan ini, ada kalanya kesan akan timbul sehari selepasnya.

3. Dermatitis Seboroik

gatal kulit

Sumber: Vibrant Dermatology

Dermatitis Seboroik adalah sejenis penyakit kulit gatal yang biasa, tidak berjangkit dan mudah dirawat.

Jenis kulit gatal ini boleh menimbulkan tompok merah yang gatal dan sisik kulit berminyak yang berwarna putih atau kerak kuning di kulit kepala.

“Seboroik” merujuk kepada kelenjar “sebum” manakala “derm” bermaksud “kulit.”

Ia dipanggil “kelemumur” (pityriasis capitis) apabila ia pada kulit kepala remaja atau dewasa, dan “cradle cap” apabila ia pada kulit bayi.

Bukan sahaja di kulit kepala, bahagian kulit yang lain boleh juga terkena penyakit ini seperti bahagian dada, belakang badan, belakang telinga, pelipat siku, lutut, kaki dan celah kangkang.

Jika anda dilahirkan dengan kulit berminyak secara semula jadi, anda lebih berkemungkinan mendapat dermatitis jenis ini.

4. Gigitan Kutu

gatal kulit

Sumber: Cleveland Clinic

Gigitan kutu atau flea bites adalah benjolan kecil yang berubah warna pada kulit anda.

Pada asalnya, kutu ini menggigit dan menghisap darah di badan.

Gatal disebabkan gigitan kutu tidak akan menyebabkan gatal yang terlalu lama.

Tetapi, ia boleh membawa padah kerana kutu boleh menyebarkan penyakit yang berbahaya ke dalam badan anda.

5. Kurap

kulit gatal

Kurap terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman.

Kurap boleh dikenalpasti dengan permukaan kulit gatal yang mempunyai ruam berbentuk bulat seperti cincin dengan bintik-bintik merah berair di tengahnya.

Disebabkan rupanya begitu, kurap diolok-olokan dengan nama ringworm.

6. Psoriasis

kulit gatal

Psoriasis mempunyai beberapa sub jenis, tetapi jenis “plaque psoriasis” paling biasa dialami hampir 80% individu.

Mungkin anda tidak dapat membezakan gatal disebabkan psoriasis dengan ekzema, tetapi ada beberapa key point yang anda boleh cuba kenalpasti seperti:

  • Tahap rasa gatal

Psoriasis, berbanding ekzema, tidaklah terlalu gatal sehingga mengganggu tidur. Tahapnya di antara mild sehingga moderate.

  • Faktor umur

Jika anda yang membaca ini seorang dewasa, psoriasis sering mula timbul dan terjadi semasa dewasa.

Selain daripada dua sebab di atas, untuk lebih pasti dengan keadaan anda, adalah lebih baik untuk merujuk kepada pakar kulit untuk rawatan klinikal.

7. Ekzema

Ekzema adalah nama umum yang digunakan untuk sejenis penyakit kulit yang menyebabkan inflamasi, kegatalan, dan kemerahan.

Hampir ke semua kes ekzema disebabkan dermatitis atopik, sub jenis ekzema umum yang menjangkiti pesakitnya.

Ekzema boleh timbul dengan simptom yang berbeza untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Untuk kanak-kanak, ekzema selalunya timbul sebagai ruam merah di bahagian leher, siku, kaki, buku lali dan pergelangan tangan yang sangat gatal.

Ekzema boleh menjadi lebih teruk apabila digaru sehingga luka.

Ketujuh-tujuh punca yang telah disebut di atas sebahagiannya boleh dirawat dan dikawal daripada menjadi teruk (flare-up) seperti ekzema dan psoriasis.

Selain daripada dua penyakit ini, selebihnya oleh dirawat dengan krim topikal dan ubatan yang lain.

Sekiranya berlarutan sehingga  tiga bulan, rawatan kulit gatal di Dermalene boleh membantu anda sehingga pulih.

Tidak invasif dan tidak melibatkan suntikan dalam rawatan, Dermalene hanya menggunakan teknologi moden untuk merawatan masalah kulit anda.

Pakar kulit Dermalene terdiri daripada pakar yang berpengalaman dan terlatih, ramai pelanggan memberikan testimoni keberkesanan rawatan di sini.

Kunjungi cawangan Dermalene di:

  • Kota Damansara
  • Shah Alam
  • Bangi
  • Ampang
  • Kuala Lumpur
  • Johor Bahru
  • Kota Bharu
  • Seremban

Buat Temu Janji Di Sini

Leave a comment