Penyakit kulit psoriasis merupakan penyakit kulit kronik yang telah dihadapi oleh 30 peratus daripada 500,000 rakyat Malaysia.
Ia bukanlah penyakit yang akan sembuh, tetapi penyakit yang perlu ditanggung oleh penghidapnya sepanjang hayat.
Berbanding orang normal, pesakit psoriasis mengalami pertukaran atau pembahagian sel kulit (keratinocyte) setiap 3 hingga 4 kali.
Keadaan ini menyebabkan sel terhasil secara tidak normal dan kulit menjadi tebal, berkuping, pecah dan akan mendedahkan pesakit ini kepada jangkitan kuman.
Tanpa rawatan yang betul, pesakit psoriasis mungkin menghidapi arthritis psoriatik, di mana bahagian sendi dan tisu mereka bengkak dan mengalami kerosakan kekal.
Psoriasis adalah keadaan yang menjejaskan autoimun badan. Oleh itu, penting untuk anda mengenal pasti apa yang menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi punca penyakit kulit psoriasis menjadi lebih teruk dan rawatan untuk mengawal keadaan kulit pesakit penyakit ini.
Apa yang Menyebabkan Psoriasis Menjadi Lebih Teruk?
1. Genetik
Individu yang mempunyai ahli keluarga termasuk ibu, bapa atau adik-beradik yang menghidapi psoriasis mempunyai risiko tinggi untuk menghidapinya juga.
2. Cuaca terlalu sejuk dan panas
Cuaca panas dan peluh boleh menerukkan lagi keadaan kulit anda yang terjejas dengan psoriasis.
Begitu juga dengan cuaca dan suhu terlalu sejuk. Suhu begini akan mengeringkan kulit, seterusnya membuatkan kulit yang terjejas lebih kerang dan senang pecah.
3. Impak trauma di kulit
Luka, calar, bekas gigitan serangga dan selaran matahari boleh menerukkan lagi keadaan psoriasis.
4. Ubat
Ubat-ubatan boleh menyebabkan kulit yang terjejas dengan psoriasis menjadi lebih teruk.
Beberapa jenis ubat didapati boleh menerukkan psoriasis, seperti beta-blockers, lithium, dan ubat antimalarial.
Jika anda mengambil ubat-ubat ini, sila berjumpa dengan segera.
5. Berat badan
Ada kajian mendapati peningkatan berat badan juga menjadi salah satu punca psoriasis anda menjadi lebih teruk dan mengalami inflamasi berterusan.
6. Merokok
Selain menjadi punca psoriasis menjadi lebih teruk, merokok juga boleh menjadi punca mendapat risiko penyakit kulit psoriasis.
7. Alkohol
Alkohol, umumnya, memang tidak digalakkan untuk diminum, lebih-lebih lagi kulit anda sensitif dan menghidapi alergi alkohol.
Tambahan lagi, alkohol juga boleh menyebabkan psoriasis lebih teruk.
Anda boleh kurangkan tekanan stres dengan aktiviti yang membuatkan anda gembira dan lebih tenang.
Aktiviti seperti meditasi, yoga dan apa-apa hobi kegemaran pun boleh!
2. Kurangkan berat badan
Bila bercakap mengenai penyakit kulit psoriasis, mengekalkan berat badan yang sesuai boleh membantu mengurangkan kadar inflamasi di kulit.
Selain mengamalkan diet seimbang, melakukan aktiviti fizikal yang boleh buatkan anda kekal ‘fit’.
3. Ubat topikal
Krim salap (ointment) boleh digunakan untuk melegakan inflamasi akibat tindak balas sistem autoimun badan.
Krim salap yang mengandungi vitamin D analogue calcipotriol mengubah suai kecenderungan kulit untuk overproduce sel kulit dan mengawal psoriasis.
Selain vitamin ini, anda juga boleh menggunakan Dithranol untuk fungsi yang sama.
4. Kortikosteroid topikal
Krim steroid ringan seperti hydrocortisone atau yang jenis kuat seperti Betnovate boleh digunakan untuk merawat inflamasi penyakit kulit psoriasis.
Tetapi, jangan gunakan dalam amaun banyak. Krim steroid boleh menipiskan kulit.
Oleh itu, gunakan pada kulit yang terjejas saja. Jika ingin berhenti memakainya, anda perlu memakainya secara beransur-ansur atau selang beberapa hari.
Pemberhentian penyapuan krim steroid boleh menyebabkan kulit tidak dapat adaptasi dan kemudian menyebabkan inflamasi datang kembali.
5. Ubat immunosuppression
Ubat immunosuppression seperti methotrexate boleh digunakan untuk merawat inflamasi penyakit psoriasis.
Ini kerana, ubat ini mampu mengurangkan tindak balas keradangan seluruh badan.
Dapatkan nasihat dan preskripsi doktor terlebih dahulu.
Walau ubat immunosuppression tidak memberi kesan mudarat, diingatkan untuk sentiasa merujuk doktor. Seperti ubat yang lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan ringan hingga teruk.
6. Fototerapi
Jika rawatan dan ubatan topikal tidak bertindak balas dengan baik terhadap kulit yang terjejas dengan psoriasis, anda boleh cuba rawatan fototerapi.
Fototerapi, juga dikenali sebagai terapi cahaya UV, boleh melambatkan pengeluaran sel-sel kulit.
Sinaran UV dalam terapi ini dibahagikan kepada dua, iaitu UVA dan UVB.
Kebiasaanya, terapi UVB digunakan terlebih dahulu dalam rawatan kerana ia mempunyai risiko komplikasi yang rendah berbanding UVA.
Semasa rawatan terapi UVA, ubat psoralen digunakan untuk menjadikan kulit lebih reaktif dengan sinaran UV.
Dalam rawatan ini anda akan perlu menjalani beberapa sesi rawatan selama beberapa minggu.
Penutup
Walaupun tiada ubat atau rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit psoriasis, anda boleh mengawal psoriasis dari menjadi teruk dengan mengelakkan punca dan mendapatkan rawatan sepatutnya.
Jika anda tidak pasti dengan keadaan kulit anda, anda disarankan untuk berjumpa dan mendapat preskripsi daripada pakar kulit.
Kami di Dermalene mempunyai pakar kulit yang mempunyai pengalaman dalam merawat pelbagai jenis penyakit kulit.
Semua jenis kulit adalah unik, setiap satu memerlukan setiap rawatan yang paling sesuai supaya kulit cantik dan tanpa cela.
Invest untuk kecantikan kulit anda di Dermalene sekarang!
Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit yang boleh membuatkan seseorang itu terasa gatal dan tidak selesa. Bukan itu sahaja, ada sesetengah masalah kulit yang boleh mengancam nyawa.
Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun anda akan lebih berisiko sekiranya anda terdedah kepada persekitaran yang boleh mengaktifkan bakteria tersebut.
Untuk mengetahui tentang jenis-jenis serta simptom penyakit kulit dan cara merawatnya, ikuti artikel ini sehingga akhir.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kulit
Penyakit kulit gatal ini berbeza dari segi simptom dan keparahanya. Ada sesetengah penyakit kulit yang bersifat sementara dan ada juga yang bersifat kekal.
Penyakit kulit ini juga boleh disebabkan faktor genetik anda. Bukan sahaja anda akan mengalami kegatalan dan ianya juga akan membuatkan anda berasa sakit akibat menggaru.
Apabila ini terjadi, lapisan luar kulit anda akan pecah dan ini akan menyenangkan virus, kuman serta alergen untuk memasuki badan anda.
Seterusnya, anda akan mengalami kegatalan yang berterusan dan ianya akan menjadi semakin teruk akibat sistem imun yang menghantar isyarat ke permukaan kulit.
Sekiranya anda tidak merawat penyakit kulit tersebut, ianya bukan sahaja akan merosakkan permukaan kulit anda, ianya juga akan memberi kesan terhadap kehidupan seharian anda.
Mari kita lihat jenis penyakit kulit yang biasa berlaku di kalangan rakyat Malaysia.
9 Jenis Penyakit Kulit Yang Biasa Dialami Masyarakat
Mari kita lihat jenis-jenis penyakit kulit dan simptom-simptom nya.
1. Ekzema
Ekzema merupakan penyakit kulit yang disebabkan alergi seperti alergi makanan, ubat-ubatan serta produk kecantikan serta kosmetik.
Bukan itu saja, penyakit kulit ekzema ini juga boleh disebabkan cuaca yang sangat panas dan hormon badan yang tidak stabil.
Antara simptom-simptom ekzema adalah:
Berasa sangat gatal walaupun tiada ruam di permukaan kulit
Ruam timbul dalam pelbagai bentuk dan kelihatan sangat merah
Ruam akan menjadi bernanah dan berair sekiranya dijangkiti kuman
Ruam yang timbul akan menebal dan menyebabkan kulit berkerak sekiranya kulit terlalu kering
Penyakit ekzema ini boleh dielakkan sekiranya anda menjaga kebersihan tubuh badan anda dan menghindari punca-punca alergi anda.
Tambahan pula, ubat bagi ekzema hanya boleh di dapati dari doktor anda ataupun klinik dan farmasi yang diiktiraf sahaja.
2. Jerawat
Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang sangat biasa didengari dan sering berlaku pada mereka yang sedang dalam fasa membesar dan juga orang dewasa.
Ia berpunca dari hormon reproduktif untuk membantu perkembangan organ reproduktif. Penyakit kulit ini boleh menjadi teruk sekiranya tidak dirawat.
Simptom-simptom jerawat ini berbeza mengikut setiap individu. Antara simptom tersebut ialah:
Benjolan keras, besar serta menyakitkan (Nodule )
Liang muka terbuka dan menjadi gelap disebabkan udara dan oksidasi (Blackhead)
Liang tersumbat (Whitehead)
Benjolan kecil dan lembut (Papules)
Benjolan kecil, lembut dan bernanah (Pustules)
Pustules yang besar di bawah lapisan kulit dan menyakitkan (Jerawat sista)
Punca utama jerawat disebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan di bahagian muka, sel kulit mati serta liang pori tersumbat.
Namun begitu, anda boleh merawat masalah-masalah ini dengan sentiasa melakukan rutin merawat kulit dengan konsisten menggunakan produk yang sesuai.
Pastikan anda mendapat nasihat doktor atau pakar kulit mengenai keadaan kulit anda serta jenis-jenis produk yang sesuai.
3. Psoriasis
Penyakit kulit psoriasis merupakan penyakit kulit kronik di mana proses pertumbuhan kulit berlaku dengan sangat pantas dan membentuk permukaan tebal berwarna merah serta bersisik.
Selain itu, psoriasis ini merupakan penyakit kulit autoimun di mana punca penyakit ini tidak diketahui.
Namun begitu, ianya bukan lah sejenis penyakit berjangkit kerana ianya bukanlah disebabkan oleh bakteria atau virus berbahaya.
Antara simptom-simptom psoriasis adalah:
Kulit yang sangat kering dan pecah-pecah sehingga berdarah
Rasa gatal dan terbakar pada kulit yang dijangkiti
Mempunyai lapisan kering, nipis dan berwarna putih dan selalu berada di bahagian siku, kulit kepala, dan bahagian bawah punggung.
Walaupun penyakit psoriasis ini tiada penawar, anda boleh mencuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan gejala-gejala tersebut.
4. Melanoma
Penyakit kulit melanoma ini terjadi disebabkan cahaya ultraungu (UV) yang berlebihan yang merosakkan DNA dan menyebabkan kanser kulit.
Melanoma merupakan kanser kulit yang paling berbahaya kerana ianya boleh membesar dan merebak ke organ-organ lain dengan sangat cepat.
Selain itu, anda sangat berisiko sekiranya anda mempunyai kulit yang cerah berbanding mereka yang mempunyai kulit gelap. Selain itu, melanoma juga disebabkan oleh faktor genetik.
Simptom-simptom nya adalah seperti berikut:
Tompok atau sakit yang menyakitkan, gatal, atau lembut
Tompok atau sakit yang mula berdarah.
Sakit kulit yang tidak sembuh.
Titik merah rata yang kasar, kering atau bersisik
Benjolan merah yang kukuh dan berdarah atau kelihatan mempunyai ulser atau berkerak.
Perubahan warna, bentuk, atau ukuran tempat atau tahi lalat yang sedia ada.
Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas.
Herpes boleh di bahagi kepada dua kategori iaitu herpes mulut dan herpes genital.
Ini disebabkan virus yang menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit ataupun lapisan mukosa dan virus ini akan kekal di dalam tubuh.
Herpes merupakan penyakit berjangkit dan kebanyakannya terjadi dari hubungan kelamin. Virus ini akan berjangkit melalui perkongsian barang seperti tuala dan berus gigi.
Antara simptom-simptom herpes adalah:
Ruam dan kudis berisi air di bahagian luar ataupun dalam bibir
Rekahan kulit (ulser) yang sakit
Gusi bengkak dan merah
Terdapat selaput putih pada lidah
Demam
Bengkak kelenjar leher
Penyakit kulit herpes ini tidak mempunyai penawar, tetapi ubat antivirus dapat membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan.
6. Urtikaria
Sekiranya anda mengalami gatal kulit, membengkak, menebal dan merah, anda berkemungkinan menghidap penyakit kulit urtikaria ini.
Ini selalunya disebabkan alergi ataupun faktor haba dan senaman.
Selain itu, penyakit ini selalunya akan hilang selepas 24-48 jam dan ianya tidak serius seperti penyakit-penyakit kulit lain. Gejalanya boleh dikurangkan dengan ubat antihistamin.
Simptom-simpton urtikaria:
Ruam dan gatal pada permukaan kulit tetapi tidak sakit
Tekak bengkak dan mengalami kesukaran bernafas
Mengalami kebengkakan di bahagian mata dan mulut
7. Kurap
Kurap merupakan salah satu penyakit kulit yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Ini terjadi disebakan jangkitan sejenis kulat yang di panggil dermatophyte.
Jangkitan kurap ini boleh berlaku melalui sentuhan sesama manusia ataupun haiwan yang berkurap. Tidak lupa juga barang yang mempunyai kulat di permukaannya.
Antara simptom-simptom penyakit kulit kurap ini ialah:
Timbulnya plak kemerah-merahan yang bersisik dan bersisik halus
Ruam yang berbentuk seperti gegelang
Pastikan anda mendapat rawatan awal di klinik pakar kulit dengan segera untuk memastikan jangkitan kurap ini sembuh dengan sepenuhnya.
8. Demam Campak (Measles)
Demam campak atau juga dikenali sebagai Measles merupakan demam ruam jangkitan virus dan sangat mudah untuk menjangkiti orang lain.
Demam campak ini selalunya menyerang kanak-kanak yang belum mendapatkan suntikan vaksin campak. Namun begitu, ianya juga boleh terjadi terhadap orang dewasa.
Selain itu, virus measles ini juga boleh tersebar melalui batuk dan bersin dari seseorang yang sedang menghidapi demam campak.
Sekiranya, anda mempunyai simptom- simptom dibawah, segera dapatkan rawatan di hospital berdekatan untuk mengelakkannya dari berjangkit kepada orang lain.
Simptom-simptom demam campak:
Kurangnya selera makan
Rasa letih
Demam melebihi 38.5 darjah celcius
Batuk
Ruam pada kulit atau mulut
9. Lupus
Akhir sekali, penyakit kulit yang sering dihidapi oleh masyarakat adalah penyakit kulit Lupus.
Lupus merupakan penyakit sistem imunisasi di mana ianya tidak melindungi tisu-tisu dan organ-organ tubuh dan menghasilkan antibodi yang menyerang sel-sel tisu yang sihat.
Penyakit lupus ini boleh merosakkan sistem badan seperti sendi, kulit, buah pinggang, otak, jantung, paru-paru serta sel-sel darah.
Namun begitu, penyakit ini bukanlah penyakit yang berjangkit.
Antara simptom-simptom penyakit lupus adalah:
Ruam pada kulit
Ulser mulut
Demam tanpa sebab
Kesakitan otot
Keguguran rambut
Kelenjar bengkak
Sensitif kepada matahari
Sakit dada apabila bernafas panjang
Kesimpulan
Kesimpulanya, anda haruslah segera mendapatkan rawatan sekiranya anda telah dijangkiti penyakit kulit untuk mengelakkan ia dari menjadi semakin teruk.
Jika anda masih lagi tercari-cari tempat rawatan kulit yang bagus untuk merawat masalah penyakit kulit yang anda hidapi, anda bolehlah mendapatkan rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene.
Dermalene merupakan local brand yang menawarkan perkhidmatan rawatan kulit untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat dan terjaga.
Selain itu, Dermalene juga telah mengeluarkan produk skin care yang diperbuat dari bahan bebas chemical dan di keluarkan oleh makmal yang diiktiraf.
Bukan itu sahaja, Dermalene telah mendapat sijil HALAL serta berdaftar bersama KKM demi memastikan produk dikeluarkan selamat dan boleh digunakan tanpa rasa was-was.
Dermalene juga menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah. dan dikendalikan oleh doktor profesional dan diiktiraf.
Banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit mereka makin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene
Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah:
chemical peel treatment
glycolic peel
hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.
Dermalene pasti dapat membantu anda tidak kira jenis kulit samada kulit kombinasi, kulit berminyak mahupun kulit sensitive.
Bukan itu sahaja, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan. Anda boleh walk-in ke Dermalene skin-centreyang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu.