Penyakit Kulit Psoriasis

Rawat Penyakit Kulit Psoriasis, Elak Artritis Psoriatik

Post by in Blog

Penyakit kulit psoriasis merupakan penyakit kulit kronik yang telah dihadapi oleh 30 peratus daripada 500,000 rakyat Malaysia.

Ia bukanlah penyakit yang akan sembuh, tetapi penyakit yang perlu ditanggung oleh penghidapnya sepanjang hayat.

Berbanding orang normal, pesakit psoriasis mengalami pertukaran atau pembahagian sel kulit (keratinocyte) setiap 3 hingga 4 kali.

Keadaan ini menyebabkan sel terhasil secara tidak normal dan kulit menjadi tebal, berkuping, pecah dan akan mendedahkan pesakit ini kepada jangkitan kuman.

Tanpa rawatan yang betul, pesakit psoriasis mungkin menghidapi arthritis psoriatik, di mana bahagian sendi dan tisu mereka bengkak dan mengalami kerosakan kekal.

Psoriasis adalah keadaan yang  menjejaskan autoimun badan. Oleh itu, penting untuk anda mengenal pasti apa yang menyebabkan psoriasis menjadi lebih teruk.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi punca penyakit kulit psoriasis menjadi lebih teruk dan rawatan untuk mengawal keadaan kulit pesakit penyakit ini.

Apa yang Menyebabkan Psoriasis Menjadi Lebih Teruk?

1. Genetik

Individu yang mempunyai ahli keluarga termasuk ibu, bapa atau adik-beradik yang menghidapi psoriasis mempunyai risiko tinggi untuk menghidapinya juga.

2. Cuaca terlalu sejuk dan panas

Cuaca panas dan peluh boleh menerukkan lagi keadaan kulit anda yang terjejas dengan psoriasis.

Begitu juga dengan cuaca dan suhu terlalu sejuk. Suhu begini akan mengeringkan kulit, seterusnya membuatkan kulit yang terjejas lebih kerang dan senang pecah.

3. Impak trauma di kulit

penyakit kulit psioriasis

Luka, calar, bekas gigitan serangga dan selaran matahari boleh menerukkan lagi keadaan psoriasis.

4. Ubat

sakit kulit

Ubat-ubatan boleh menyebabkan kulit yang terjejas dengan psoriasis menjadi lebih teruk.

Beberapa jenis ubat didapati boleh menerukkan psoriasis, seperti beta-blockers, lithium, dan ubat antimalarial.

Jika anda mengambil ubat-ubat ini, sila berjumpa dengan segera.

5. Berat badan

berat badan

Ada kajian mendapati peningkatan berat badan juga menjadi salah satu punca psoriasis anda menjadi lebih teruk dan mengalami inflamasi berterusan.

6. Merokok

Selain menjadi punca psoriasis menjadi lebih teruk, merokok juga boleh menjadi punca mendapat risiko penyakit kulit psoriasis.

7. Alkohol

Alkohol, umumnya, memang tidak digalakkan untuk diminum, lebih-lebih lagi kulit anda sensitif dan menghidapi alergi alkohol.

Tambahan lagi, alkohol juga boleh menyebabkan psoriasis lebih teruk.

Artikel Berkaitan: Jenis Penyakit Kulit dan Cara Rawatannya

Cara Merawat Psoriasis

penyakit kulit psoriasis

1. Kurangkan tekanan stres

Anda boleh kurangkan tekanan stres dengan aktiviti yang membuatkan anda gembira dan lebih tenang.

Aktiviti seperti meditasi, yoga dan apa-apa hobi kegemaran pun boleh!

2. Kurangkan berat badan

Bila bercakap mengenai penyakit kulit psoriasis, mengekalkan berat badan yang sesuai boleh  membantu mengurangkan kadar inflamasi di kulit.

Selain mengamalkan diet seimbang, melakukan aktiviti fizikal yang boleh buatkan anda kekal ‘fit’.

3. Ubat topikal

Krim salap (ointment) boleh digunakan untuk melegakan inflamasi akibat tindak balas sistem autoimun badan.

Krim salap yang mengandungi vitamin D analogue calcipotriol mengubah suai kecenderungan kulit untuk overproduce sel kulit dan mengawal psoriasis.

Selain vitamin ini, anda juga boleh menggunakan Dithranol untuk fungsi yang sama.

4. Kortikosteroid topikal

Krim steroid ringan seperti hydrocortisone atau yang jenis kuat seperti Betnovate boleh digunakan untuk merawat inflamasi penyakit kulit psoriasis.

Tetapi, jangan gunakan dalam amaun banyak. Krim steroid boleh menipiskan kulit.

Oleh itu, gunakan pada kulit yang terjejas saja. Jika ingin berhenti memakainya, anda perlu memakainya secara beransur-ansur atau selang beberapa hari.

Pemberhentian penyapuan krim steroid boleh menyebabkan kulit tidak dapat adaptasi dan kemudian menyebabkan inflamasi datang kembali.

5. Ubat immunosuppression

Ubat immunosuppression seperti methotrexate boleh digunakan untuk merawat inflamasi penyakit psoriasis.

Ini kerana, ubat ini mampu mengurangkan tindak balas keradangan seluruh badan.

Dapatkan nasihat dan preskripsi doktor terlebih dahulu.

Walau ubat immunosuppression tidak memberi kesan mudarat, diingatkan untuk sentiasa merujuk doktor. Seperti ubat yang lain, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan ringan hingga teruk.

6. Fototerapi

Jika rawatan dan ubatan topikal tidak bertindak balas dengan baik terhadap kulit yang terjejas dengan psoriasis, anda boleh cuba rawatan fototerapi.

Fototerapi, juga dikenali sebagai terapi cahaya UV, boleh melambatkan pengeluaran sel-sel kulit.

Sinaran UV dalam terapi ini dibahagikan kepada dua, iaitu UVA dan UVB.

Kebiasaanya, terapi UVB digunakan terlebih dahulu dalam rawatan kerana ia mempunyai risiko komplikasi yang rendah berbanding UVA.

Semasa rawatan terapi UVA, ubat psoralen digunakan untuk menjadikan kulit lebih reaktif dengan sinaran UV.

Dalam rawatan ini anda akan perlu menjalani beberapa sesi rawatan selama beberapa minggu.

Penutup

Walaupun tiada ubat atau rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit psoriasis, anda boleh mengawal psoriasis dari menjadi teruk dengan mengelakkan punca dan mendapatkan rawatan sepatutnya.

Jika anda tidak pasti dengan keadaan kulit anda, anda disarankan untuk berjumpa dan mendapat preskripsi daripada pakar kulit.

Kami di Dermalene mempunyai pakar kulit yang mempunyai pengalaman dalam merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

Semua jenis kulit adalah unik, setiap satu memerlukan setiap rawatan yang paling sesuai supaya kulit cantik dan tanpa cela.

Invest untuk kecantikan kulit anda di Dermalene sekarang!

Leave a comment