muka breakout

Muka Breakout? Ketahui 5 Punca Utama Dan Petua Menghilangkannya

Post by in Blog

Satu perkara yang sangat dibenci oleh semua orang adalah apabila muka breakout yang menyebabkan muka kita penuh dengan jerawat.

Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa pun dan perlu diambil berat. Jika anda tidak mengambil tindakan, ada kemungkinan bahawa parut-parut itu akan berkekalan sampai bila-bila.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda punca dan cara untuk anda merawat muka breakout.

Apa Itu Breakout?

muka breakout

Breakout adalah satu fenomena di mana kulit kita akan mengalami masalah di bahagian yang mempunyai kelenjar minyak yang banyak.

Ia biasanya paling banyak berlaku di muka kita. Ini akan menyebabkan anda berasa kulit anda gatal dan akan penuh dengan jerawat dan bintik-bintik merah.

Selain dari jerawat, bintik hitam iaitu blackhead juga akan timbul di bahagian tempat yang anda mengalami breakout. 

Bagi sesetengah orang, mereka akan mengalami kesakitan pada bahagian ini dan menyebabkan mereka untuk berjumpa dengan pakar untuk membantu mereka.

Muka breakout adalah perkara yang dialami oleh ramai orang. Oleh itu, anda jangan berasa malu kerana ia adalah perkara yang biasa.

Punca Muka Breakout

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan breakout. Di sini kami akan memberi anda beberapa sebab.

1. Diet Pemakanan

Ramai pakar berpendapat bahawa makanan yang mempunyai kandungan glisemik yang tinggi adalah salah satu punca anda mengalami breakout.

Ini kerana makanan ini diproses dengan banyak dan kandungannya boleh menaikkan paras gula dalam darah anda. 

Makanan yang berminyak juga boleh menyebabkan jerawat timbul dengan banyak di muka. Ini adalah antara makanan yang boleh tidak elok untuk kulit anda jika diambil dengan banyak:

  • Air bergula
  • Kentang goreng
  • Pasta
  • Pastri bergula

2. Produk Penjagaan Kulit

Jika anda mengguna produk yang tidak sesuai dengan kulit anda, ia boleh menyebabkan breakout. 

Ini kerana bahan kimia dalam produk itu akan kekal dalam kulit anda dan menyebabkan bintik-bintik. Ia juga boleh disebabkan produk yang tidak diluluskan oleh KKM.

Terdapat banyak syarikat yang menjual produk yang ‘telah diluluskan oleh KKM’ tetapi hakikatnya bahawa ia adalah sijil yang palsu untuk menarik perhatian pelanggan.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati semasa ingin beli produk dan pastikan kandungannya selamat untuk digunakan. 

rawatan muka

3. Gaya Hidup

Gaya hidup yang terlalu berorientasikan kerja dan tegang juga merupakan salah satu punca. Ini kerana ia akan menyebabkan anda stres.

Pakar kulit telah berpendapat bahawa tahap tekanan yang tinggi akan menyebabkan jerawat timbul dengan lebih banyak di bahagian muka anda.

Ini kerana apabila kita stres, badan kita akan mengeluarkan hormon pelepasan kortikotropin (CRH) yang akan menaikkan kandungan minyak dalam badan kita.

Ini akan menyebabkan jerawat dan bintik-bintik keluar di muka anda.

4. Tidur Tak Cukup

Apabila kita tidur, ia memberi peluang badan untuk berehat dan sembuh. Ini akan membantu badan kita untuk mengumpulkan balik tenaga dan membaiki tisu mati.

Ini juga termasuk bahagian muka kita. Jika kita tidak tidur dengan cukup, jerawat dan bintik-bintik yang timbul tidak akan hilang dan akan berkekalan.

Tidur yang tidak cukup juga akan menyebabkan stres yang juga merupakan punca seperti yang kami cerita sebelum ini.

Cara Merawat Muka Breakout

Di bahagian ini, kami akan memberi anda beberapa petua yang anda boleh ikut untuk membantu mengurangkan breakout.

1. Selalu Basuh Muka

Satu perkara yang sangat senang untuk mengelakkan anda mengalami breakout adalah untuk selalu basuh muka.

Anda disarankan untuk membasuh muka apabila bangun dan juga sebelum anda tidur. Ini untuk membuang minyak dan kotoran yang terdapat pada muka anda.

Anda dinasihatkan untuk membasuh muka jika anda berpeluh untuk membuang toksin.

2. Minum Air Dengan Banyak

Cara untuk merawat breakout yang kedua adalah untuk minum air dengan banyak pada setiap hari. Ini kerana kekurangan air boleh menyebabkan kandungan minyak naik.

Kita perlu minum 10 hingga 12 cawan air pada setiap hari untuk mengelakkan diri kita dari mengalami dehidrasi. 

Kandungan air yang cukup dalam sistem badan kita akan mengekalkan sistem ketahanan badan yang boleh membantu dalam merawat breakout.

muka breakout

3. Ambil Ubat Atau Produk Kulit

Ini adalah cara yang sangat efektif tetapi juga merupakan cara yang sangat sensitif. Ini kerana jika anda tersalah guna produk yang tidak sesuai, ia akan menimbul masalah yang lebih banyak.

Oleh itu, jika akan anda mengalami breakout yang teruk, anda boleh ke pakar kulit untuk mendapat nasihat mereka mengenai masalah anda.

Mereka akan membantu anda untuk mendapat bantuan yang anda memerlukan.

Kesimpulannya, muka breakout adalah satu perkara yang perlu diambil berat kerana ia boleh menyebabkan kesan yang buruk.

Jika anda mencari produk-produk kulit yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai, anda boleh cuba Dermalene.

Dermalene mempunyai pelbagai produk seperti:

Semua produk kami telah melalui proses yang teliti dan juga mempunyai ciri-ciri di bawah :

  • Terbukti Secara Saintifik
  • Halal dan Berdaftar Bersama KKM
  • Diformulasikan Oleh Pakar